Sunday, October 9, 2011
CANTIK YANG SUBJEKTIF
KATA KERJA DICURI
Jalan atau Mati
Rasa-rasa
Entah Mentah-mentah
ketam albino
PUTIK BUNGA MULUS
Putik bunga berwarna suci yang wangi bila dicium dan lembut bila dipegang itu, gugur di tepi pagar. Lalu, datang seekor kucing peliharaan ku ke sisi bunga itu dan dihidu keindahan baunya. Mimic mukanya, seakan-akan tersenyum ketika memandang kelopak bunga yang cantik dan mulus itu.
Kemudian, dengan matanya yang biru kejernihan dan mukanya yang agak teduh itu, Ten-Ten (nama kucing tersebut) , memandang aku dengan sayu, seperti kesal dengan pengakhiran sekuntum bunga yang gugur ditepi pagar itu. Aku, yang hanya memandang dari pintu, melentokkan kepalaku ke kanan sedikit dan menemukan sepasang keningku ditengah-tengah zon T sambil memuncungkan mulutku, sedikit dan membuat bunyi, hmmm... Ya, sungguh aneh moment itu. Ianya bertambah aneh tatkala kalian yang membaca juga cuba untuk melakukannya. Aneh. Rupa. Anda.
*bunyi cengkerik Afrika*
Diciumnya lagi kelopak bunga itu sekali lagi sebelum Ten-Ten, bukan nama sebenar, menyiramnya kelopak bunga itu dengan air kumbahannya. Dan perilaku Ten-Ten mengharukan aku. Niatnya mulia, barangkali.
Dan dengan pengakhiran itu, aku mengundurkan badan aku lalu aku depakan tangan kanan aku sambil memandang ke kanan juga untuk menarik pintu luncur, sambil berkata, kucing. (aku tidak prejudis, kan?)
kau tidak matang
Wednesday, September 21, 2011
dalam luar begini
satu pagi di Lokin
that day, we went to Kuala Kangsar to meet some friends. nak tag shoot wedding. habis ja, we end up, tengok bola ramai-ramai sebab game best-best kot. jadinya, nak balik malam tu jugak kira berkira jugaklah sebab dah lewat. hehehe we decide to join the rest pergi Lokin dekat Ipoh, pagi berikutnya. Lokin nih lebih kurang macam Rope Walk dekat Penang tu jugak. cumanya, barang dekat Lokin wayyyyyyyy lebih rare dari Rope Walk! jadi, dah alang-alang ada kat Perak, alang-alangkanlah saja. hahaha
sampai-sampai Lokin pukul 8 camtu, kedai tak banyak bukak lagi sebab hujan rintik-rintik. tapi lepak hujan berhenti, Lokin menjadi sangat rancak! haa... punya berjalan tengok barang sampai tak perasan dah 3 jam kami pusing-pusing kat situ. cik ririn sempat sebat sepasang kasut yang boleh tahan cun (ngam-ngam size dia!), make up pouch yang teramatlah rare dan cun, and record lama. so, Lokin is a great place for those yang gila barang-barang antik dan lama.
lepas penat berjalan, kami ramai-ramai tibai nasi ganja (legend, katanya) dekat satu kedai nih. sedap tapi pedas sikit. hee hee balik dengan tersenyum walaupun aku hanya beli dominos zaman purba dengan harga rm5 sahaja. hahahaha I had a really good time. thank you semua! serious. hee so, here's few things yang aku sempat snap masa kat sana. :)
ilmu memotret. gila legend buku nih tapi mahal! aiyo yo!
record zaman dulu kala. murah nih. rm10 ja.
M. Nasir masa muda-muda. haha
bake me!
kalau aku susah hati, kecenderungan untuk mengemas dan mencuci sangatlah tinggi. kalau aku senang hati, kecenderungan untuk baking boleh tahan tinggi. jadi, mai nak share recipe cake rainbow yang aku selalu buat. senang ja, tak susah. :)
(drum rolls) bahan-bahannya adalahhhhhhhhh ;
butter 250gm panjang 125mm padu kedalaman 3kaki 2 inci
telur 6 bijik tolak 3 kali 2
gula halus lus 2 cawan wan
tepung gandum dum 3 cawan wan ju ju gak gak
baking powder 3 sudu kecil kecil cili padi
esen vanilla 1 tudung dia bukan 1 botol okay?
food coloring (jangan guna water color pulak! hahaha)
___________________________________________________________________
Ini cara-cara membuatnya ye makcik-makcik (sambil buat mulut tangguk)
mula-mula, asingkan telur putih dengan telur kuning. kemudian, pukul telur putih nih sampai gebu dan bila terbalikkan mangkuk telur putih nih, tak terkeluar hasil pukulan ini.
sampai macam nih. haaaaaa! (padahal aku terbalikkan, terkeluar jugak telur nih. hahaha)
dimangkuk yang berasingan, masukkan butter dengan gula. lepas tu pukul sampai lebam.
pukul sampai putih macam nih. aku tak suka guna mixer, al-kisah. lenguh jugak la pukul. tapiiiii, nih baru warm up! :)
kemudiaan, masukkan esen vanilla bebeh. lepas tu, pukul sampai sebati.
masukkan telur kuning dalam adunan tadi nih. pukul lagi sampai sebati. yeah! warm up, 2nd round :D
dia akan jadi pekat bila dah sebati.
kemudian, masukkan tepung gandum, sikit demi sedikit. time nih memang kompem lenguh tangan. hehehehe
adunan akan jadi super pekat! yeahhhh!
lepas tu, tuangkan putih telur yang kita dah pukul awai-awai tadi nih.
dia akan jadi ringan sikit dari tadi nih. (maaf, gambar blur! hee)
okay, then, bahagikan adunan kepada 4 atau beberapa bahagian. ikut suka hati lah nak buat berapa cover pun.
part feveret, masukkan coloring!!!!
kacau wau sampai color mixed well then tuangkan dalam tin pembakar!! yay! :D
macam nih.
macam tu.
begini. haaa!
sampailah adunan tadi habis macam nih.
dan macam tu. hehehe lepas tu bakar selama sejam dengan api kecil-kecil cili padi.
dah inilah hasilnya, tadaaaaaa!!
yay! dah siap, sila bagi boyfriend anda makan dan paksa dia kata sedap! haha
(kalau takdak boyfriend, bagi la kat sapa-sapa pastu paksa depa pulak! kikikih)
SELAMAT MENCUBA! :)
tak mahu tengok lagi
Tuesday, September 20, 2011
tunggu macam batu
Tiap kali
Tiap kali terdengar suara kau, segala patah kata dalam tekak aku, hilang
Bibir kering dan pecah ini yang tidak henti bergerak, terdiam
Otak yang tadinya berputar laju ibarat tayar kereta F1, tidak berfungsi
Jantung bergetap dengan deras, sederas air terjun yang mencurah-curah
Dan tiada bait-bait indah dapat aku muntahkan melainkan, wey ang apa cita?
Apa cita?? Huh?! Huh?! HUH?!
Stu. Pid. Lah. Kau. Fa. Red. Pfffft.
Friday, August 26, 2011
memo gila untuk orang tua
hi orang tua bersuara garok persis suara kucing jantan yg mendamba kucing betina pujaannya. kau apa cerita?
hi orang tua berambut karat yang suka senyum macam kuda, kau hilang tanpa berita, sudah dihantar masuk mana2 rumah orang tua2? lol
hi orang tua berwajah jambu berhati tisu, kenapa diam? dah bisu? (hahaha)
hi orang tua, penulis blog pink yang sudah berhabuk, oh,aku tahu, mesti kau akan jawab kau sibuk.
hi orang tua yang suka ciwi gadget baru, dah sebat ipad 2? :)
hi orang tua kurus kedekiang tinggal kulit dengan tulang, aku doa kau jumpa jalan pulang. (ekekeke!)
hi orang tua yang tengah panas baca memo gila ini, harap2 tahun ini kau tak bukak puasa time azan zohor lagi. (lalalala~)
hoih orang tua! selamat hari raya maaf zahir dan batin! :D
Friday, August 19, 2011
stabil
ekonomi perlu stabil.
tukaran mata wang perlu stabil.
tekanan darah perlu stabil.
sistem pemerintahan perlu stabil.
kerajaan perlu stabil.
suami isteri perlu stabil.
emosi perlu stabil.
aku perlu stabil.
kau perlu stabil x?
nah, ambil stabil aku yang tak berapa nak stabil nih.
oh begitu
aku mahu begitu.
begitulah ending kepada cerita ini. begitu please. tak mahulah begini. kerana tiap kali pun cerita aku berakhir begini. dan bila ia begini, hati aku, hancur. air mata aku, murah. diri aku, lost. keyakina aku, hilang.
tolonglah. biarkan ending nya untuk kali ini begitu. kerana ending begitu yang aku impi. sebab bila ending begitu, hati aku, gembira. diri aku, bahagia. hari-hari aku, ceria. hidup aku, sempurna.
ps : poyo kan aku? okay, sila cucuh bunga api ditelinga aku. haha aku main-main saja na T.T
lelaki kacak itu di bazaar ramadhan
Monday, August 15, 2011
hardship and relief
subhan Allah. The Almighty will respond. not give, not deliver, but respond. so what am i waiting for, again? aiya, i kept on forgetting as if i have eaten 3kg of ants! hoho okay, let's pray and invoke. Allah is listening. Allah is watching. Allah Al-'Alim. He knows things that i do not know. how i felt so small right now. masha Allah. goose bumps in the sudden lah!
let's stay positive and smiles! whatever happened, it would all be according to Allah's master plan. hey, it's ramadhan now. so it's such a perfect month to seek for His forgiveness! don't be lazy sleepy head! remember, with the hardship, there's a relief!
happy fasting people! :)
Thursday, August 11, 2011
keluh kesah
buat si kuning
makan, minum, berhibur, berduka, berlara
aku harapnya sampai bila2
ntah bagaimana dan kenapa
puncanya buat menjarak persahabatan kita
setiap kata mu
setiap herdik mu
setiap tawa mu
aku lah yang menadah mendengar
setiap waktu
dari telinga ini terus ke otak dan dari situ aku simpan
penuh laci bergari didalamnya
semuanya kau yang punya
dan aku terus kuncikan ia
buat penenang hati teman
aku, yang mungkin gagal sebagai sahabat
dan hilang dalam lebat yang pekat mencari punca untuk menyebat
ah ah ah mad. (tgh dengar lagu tu haha T.T)
ps : mana ang yang dulu?
double ciss!
dan kau ragut semangkuk koko krunch yang aku pegang dan mula menghabiskannya...
sedikit demi sedikit
dan kemudian kau bersuara, cerita yang aku berlakon nih best kan? sambil menundingkan jari ke peti televisyen.
cis, balanya jadi begini kalau sebelum tidur tengok movie, kata aku seorang diri
cis nya lagi apabila sampai masuk ke dalam mimpi
masuk ini sudah 3 kali
aku mimpi zahiril adzim dan aku tengok tv sekali
tidakkkkk!! sampukkan movie menyerang lagi! buat penggoncang intestine yang bertali padamkan dalam otak juga dalam hati sebab dia sudah ada pelengkap rusuk kiri!
Monday, August 8, 2011
kata begini kata begitu
aku frust gile weh tokleh gi concert diorang. aku craving gile kot. adoi eh weh album baru diorang yang cetak rompak dah kuar belum kat sane? sini aku carik xde la. kata kipas-susah-mati band itu.
filem malaysia nih elok download ja. kalau pi tengok wayang bazir gila. kualiti tak setanding cita omputeh. tapi cita tolong awek aku pontianak tu best gila. sweet siot macam cita just like heaven. kata seorang peminat filem overseas.
produk kecantikkan nih baguih kak. kalau pakai nih, hilang abih bintik-bintik hitam nih semua nih kira licin lait la haih nanti muka kak. gebu elok ja nih. kata seorang penjual produk kecantikkan yang mempunyai masalah kulit.
awat yang pi beli kuih kat dia tu? bukan sedap pun. beli kat makcik. lagi sedap. (kata seorang pemborong kuih yang memborong ditempat yang sama)
kata mereka begitu. jadi kata anda?
pembunuh tegar
aku mampu membunuh sekumpulan lipas yang menghurung siput bab1 itu
aku mampu membunuh seekor lalat yang berterbangan didepan aku
aku mampu membunuh semut-semut yang berusaha untu melarikan bangkai lalat tadi
aku mampu membunuh semua nyamuk yang menghisap darah aku dengan gerilanya
tapi aku tak mampu membunuh masalah-masalah yang ada dengan aku nih
masalah yang merosakkan hati aku, menghurung otak aku, berterbangan dalam minda aku, melarikan nilai rasionaliti aku, dan menghisap nilai-nilai positif aku
ahh... aku tak mampu
tak mampu jadi pembunuh masalah itu
Thursday, August 4, 2011
so, hi?
lumpur
dan jatuhnya aku rasa macam jatuh dalam lopak paling dalam aku pernah jatuh
loser nya lagi bila tiada tangan yang mengapai atau mahi menarik aku keluar
arghhh... mungkin lebih baik aku berkawan dengan lopak dan lumpur ini
mungkin juga lopak dan lumpur ini adalah kebahagiaan yang aku cari
lumpur? bahagia? lopak? kuala? lopak = kuala?
kuala lumpur bahagia yang aku cari?
loser me, I mean us.
Friday, July 22, 2011
Thursday, July 21, 2011
DI MANA AWAN COTTON CANDY?
Disini.. didalam riuh rendah gelak tawa manusia
Dalam pekikan penghibur lara dan petikan gitarnya
Dalam hinggar binggar peniaga meraih pembelinya
Aku disitu.. seorang diri.. terduduk dan mendongak ke langit
Aku tak mahu langitku begini.. tapi aku mahu langitku begitu
Sambil menunjuk kepulan awan yang cantik seperti cotton candy
Aku mahu langitku begitu.. aku tak mahu langitku begini
Sambil menunjukkan langit yang terbentang luas tanpa kepulan awan
Dan aku menggeleng-gelengkan kepala.
GAGAL LAGI
Gagalnya aku dalam menjaga mata, hidung, telinga, mulut aku.
Gagalnya aku dalam menjaga hati, fikiran, akal, nawaitu aku.
Gagalnya aku dalam menjaga tangan, lengan, jari, kaki, betis, jari kaki aku.
Gagal. Gagal. Gagal. Gagal. GAGAL!
KEMON LAH
Kau cakap macam umpama aku tak ada perasaan. as if, my heart didn’t carry any weight. Serious, kadang tu rasa macam nak rembas muka kau yang berkumis itu dengan kayu besbol sebanyak 3 kali.
Jangan terlalu drag masa lampau dalam masa depan kau. Sebab kalau kau drag, sama macam kau jatuh dalam lumpur, dan kau biarkan lumpur itu kering dibadan kau hingga ia menjadi kepingan-kepingan coklat that looks delicious but not eatable. Dan lumpur-lumpur itu, akan menyebabkan kulit kau yang putih jantan itu berkudis, kotor, berdaki. kudis itu pulak memamah kulit kau tu dan membentuk sebuah empire. Tapi, kau masih berjalan dengan lumpur tu. Eish. Umpama, kau kencing dalam seluarlah senang, tapi kau tak nak basuh seluar tu. Dan kau berjalan dengan seluar basah serta bau hancing tu. Betul tak?
Katakan aku salah, kalau kau rasa berjalan dengan seluar hancing tu tak busuk. Berjalan dengan lumpur dibadan tu tak kotor. Terpulang kepada kau. Yang pasti, kanak-kanak berusia 3 tahun pun tak mahu bermain jika sisa buangannya tidak dibasuh.
Bukan aku maksudkan dia tu kotor atau najis, atau segala kenangan-kenangan manis kau dengan dia tu busuk, berulat mahupun janji-janji antara dia dan kau tu rubbish. Aku cuma mengandaikan sahaja betapa pentingnya kau bergerak kehadapan dan tinggalkan semua benda-benda yang buat kau rasa tak comfort dan sakit tu. Yang mana sedang makan diri kau tu balik.
Redhalah weh dengan ketentuan-Nya. Nak buat macam mana… ini yang tertulis. (Yes, ayat clichĂ©, pffft!) Wah, senanglah kan aku untuk bercakap pok pek pok pek sebab aku marka pun tak pernah ada. Tak pernah ada pengalaman. Pathetic loser. Katalah apa pun. Yang pasti, aku tak mahu lihat kau macam nih. Bebal, mood swing, moody, emo, and you hurt people’s feeling dalam keadaan tak sedar. Itu tak cool.
No matter how hard for you to swallow the pain, to face the truth, to accept your destiny, please don’t neglect people who has been very supportive and concern about you. Because without them, kau mungkin masih dalam lopak lumpur tu atau masih tak sedar yang kau dah terkencing dalam seluar. Okay, aku tahu. Aku dah obsess dengan cerita lumpur dan kencing dalam seluar tu.hah hah silly me. But, it’s just some thought that can make us ponder although macam bodoh je kalau cerita kat orang kan? Hohoho So, think about it dude.
Remember, if you need me, you know where to find.
KAKI GATAL
tempoh hari kaki kiri aku kata tak mahu.. tak mahu lagi jalan tanpa teman. Dia cakap bosan asyik jalan dengan kaki kanan saja. Dia teringin nak berdepan dengan kaki kiri lain, face to face, katanya. Kaki kanan pula, senyap tanpa suara. Tapi dalam hatinya, aku tahu, dia juga mahu begitu Cuma dia tak berani nak berkata-kata. Takut aku terluka, barangkali.
Jadi aku bawa kaki aku berjalan-jalan. Bermacam kaki aku jumpa. Kaki auta, kaki pau, kaki bangku, kaki makan, kaki bebal, kaki pukul, ahhh.. macam-macam kaki. Dengan harapan, kaki aku akan kata, okay, lepas ini tak mahu lagi meminta untuk berjumpa dengan kaki-kaki lain. Tapi, harapan aku meleset, sama sekali. Kaki kiri aku tetap memberontak. Dia cakap, dalam semua kaki yang dijumpa tadi tu, tiada satu kaki pun yang ada chemistry dengan kaki-kaki aku.
Lalu, aku duduk dan marah dia. Aku cakap kau jangan nak macam-macam. Kaki kiri aku memekak kemudiannya. Dia kata itu, dia kata ini. Lalu, aku sarungkan stokin yang aku lupa basuh untuk diamkan dia.
Tiba-tiba, kaki kanan aku yang tadinya berhibernasi itu, berlunjur. Kemudian, dia gedik-gedikkan kaki seperti hendak menari. Dan dia cakap dengan nada perlahan, pandang depan, pandang depan. dengan muka penuh hairan, aku pandang depan. Yang ada sepasang kaki lelaki, maksud aku, milik seorang lelaki, besarnya lebih kurang kaki aku, bersepatu Vans biru lusuh, ada embroidery corak dibelakangnya. Kecil, kering betisnya.
Aku panggung muka penuh tanda tanya itu dan aku lihat kau. Kau tersenyum dan tanya, boleh duduk disebelah? kaki kanan I kata dia ada chemistry dengan kaki kiri you. Dan sejak dari itu, kaki aku tidak lagi merungut.
PAHIT PERIT
Pahit tu… pahit tu aku kena telan
Telan telan telan telan TELAN
Aku jerit lagi, pahit tu!
Tapi pahit itu yang disuap
Naknya aku meludah balik
Naknya aku sembur balik
Naknya…
Tuesday, July 19, 2011
ejen pembunuh
2 drunk guys and a half
Friday, July 15, 2011
sabariah
parah marah pasrah
perempuan cantik
*sigh* ALONE
Thursday, July 14, 2011
kau yang ciwi pt 2
SI PEMBERI SEPATU BATMAN
PANDA again!
KAU YANG CIWI pt 1
Tuesday, July 12, 2011
asap busuk sebusuk mulutmu
Kau turun dari kereta yang kau pinjam dari bonda. kemudian kau libas-libas kunci kereta itu sambil buat muka bangga "mak aku naik kereta BMW bayar bulan tak habis lagi".
Kau angkat kening sebelah masa dan pandang aku. Aku pula pandang kau dengan hairan "dah kau kenapa?".
Mata kau tak putus tengok aku hingga kepala kau terkiat ke belakang "aku usha kau tajam gila nih". Aku roll mata ke atas dan paling ke arah lain. Dan kau keluarkan sebatang rokok dari poket depan kemeja kau dan hisap penuh nikmat rokok itu.
Muka kau bangga lagi sedangkan aku tahu kau beli rokok kretek itu dekat kedai runcit India seberang jalan tu tadi. -.-"