Sunday, October 9, 2011

Jalan atau Mati

Aku berjalan menyusuri hutan. Gelap. Aku tak Nampak jalan. Aku temu seekor kelip-kelip yang sesat. Aku tangkap dan buat torch light. Terang. Jalan aku terang. Aku jalan lagi. Ada bunyi seperti mat-mat rempit berlumba ditelinga aku. Eish. Bising. Aku tempik sendiri. Kemudian, mat-mat rempit kecil tu gigit-gigit kulit aku yang ketika itu, masih lagi bersih dan gebu. Tak lupa juga wangi. Bingit. Sakit. Rimas. Sudah aku sembur tapi masih disini. Ahh aku kata. Kemudiannya, aku cucuk telinga aku dengan earphone.
Langkahku tak terhenti disitu. Aku terus menyusuri jalan gelap yang bercahaya ala-ala torch light tikam dikedai Ramu dihujung jalan itu. Ahhhhhhh!! Aku jerit. Sakit! Kaki aku tersangkut di celah-celah kayu. Sakit! Aku jerit lagi. Aku tarik ia keluar perlahan-lahan dengan kudrat yang pada ketika itu tinggal 45 peratus sahaja lagi. Sakit. Kelip-kelip itu berhenti terbang. Seakan faham dengan kesakitan aku ini. Kental aku bangun. Jalan terhencut-hencut. Seperti menari lagu Michael Jackson. Ini ujian. Aku fikir positif. Kemudian, aku jalan lagi.
Sejam berlalu. Aku dan kelip-kelip jalan lagi. Oh nenek hang! Aku latah. Sedarnya aku, muka aku sedang bercumbu dengan molekul-molekul halus yang digelar pasir bercampur sedikit rumput-rumput kering. Cecair pekat lagi suam menitis dipipi. Apa pulak ini kata aku seorang diri. Aku raba mata aku. Arghhh!! Kening aku! Kening aku dah macam kening usher. Ya, terbelah. Pasti lepas ini aku akan kelihatan lebih, ehem, samseng. Sambil itu aku ketawa kecil. Memang sakit. Tapi itu habuan bagi orang yang tak berhati-hati, barangkali. 10 minit kemudian, aku bangun dan terus berjalan.
Luka tadi masih pedih. Aku koyakkan lengan baju aku dan balut belahan dedua itu. Tiba-tiba, terpancul keluar perkataan, arghhh, lagi dan kali ini, ia jauh lebih kuat dari yang sebelumnya. Ketika itu, yang dapat aku lihat hanyalah kelip-kelip yang terpelanting 90 darjah dari genggaman aku. Aku jatuh lagi. Kali ini lebih hebat. Yes. Aku terjatuh dalam pasir mendap. Ntah mana datangnya. Kudrat aku ketika itu tinggal 45%. Ranting kayu berada sedepa dari aku. Namun, untuk ke ranting itu, aku harus berlawan dengan molekul-molekul halus ini yang ya, sedang menarik aku ke bawah. Aku lawan. Dan terus lawan. Dan lawan lagi. Dan aku. Letih. Penat. Dan. Tak. Ber. Daya. Setengah badanku ditelan pasir yang lapar itu. Aku. Letih. Dan. Tak. Ber. Daya. Lagi. Aku nekad untuk membiarkan ia menarikku. Sadis. Mungkin ini akhirnya cerita aku. Ya, keadaan aku sungguh sadis.
Tiba-tiba, kepala aku terasa seperti disepak dengan but askar dengan kelajuan 20km/j. bengong! Cepat capai kayu itu!!! Aku jerit sambil mendepa tangan aku dan mencapai kayu itu! Aku berlawan. Tiba-tiba, rasa seperti ada seribu ekor resaksa biru yang comel menolak kaki-kaki dan tangan-tangan aku untuk mendapatkan kayu itu. Aku semakin hamper. Ya, hamper mendapatkan kayu itu. Sedikit sahaja lagi. Jaraknya dalam 3 tapak sahaja lagi. Ya. Cepat. Cepat!!
*menguap*
Okay. Aku dah mengantuk. Kau orang predict lah apa yang jadi lepas tu. Heeeeeeee J good night!

No comments:

Post a Comment