Monday, September 30, 2013

Askar Jahanam.



Askar-askar berhabuk dan kotor mati diliang-liang pori. Subur memuncak jerawat sebagai penghormatan atas askar-askar jahanam itu.

Cerpendek #2 : Gwiyomi

Dia datang dengan wajah bengis menuju ke meja hujung situ. Lalu dihayun tangannya ke pipi lelaki itu dan berkata, "kau tak layak buat gwiyomi!".


image

Cerpendek #1 : Roti

"Back off bitch!", kata seorang makcik itu kepada seekor anjing betina yang cuba untuk meragut roti yang baru dibelinya selepas 4 hari mengemis.


image

KERING, KEBAS, KEBAL



Kalau boleh disidai hati ni, aku dah sidai.
Sidai sampai betul-betul kering.
Biar sampai tak boleh merasa.
Biar kebas.
Biar kebal.

Sunday, September 29, 2013

YANG NAMANYA MANUSIA



Saya pun manusia
Punya rasa, punya cela.

Lainlah kalau saya ni robot
tiada rasa, tiada jiwa.

Jadi macam mana?
Atau biar saya telan saja semua dan pura-pura
tiada rasa sampai semua kebas dan hati bertukar warna?

Soalnya, 
sampai bila?

Kita dicipta berbeza-beza.
Kalau kau nak yang sama,
cari Mattel, bukan manusia.



Hah.

Di suatu tempat,
Di suatu ketika,
Kita terkandas dalam susah,
Tapi semuanya masih suka,
Dan bila dibuka mata,
Nampak dia.
Dan mereka.

-Melaka, Aug, 2013


image

BUKU DAN JIWA

 

Buku tu makanan jiwa
Jiwa yang mahu lari
Lari dari hiruk pikuk luar
Lari dari omongan-omongan besar
Lari tinggal didalam dunia sendiri
Dunia yang bebas dari manusia
Buat seketika.