Saturday, July 21, 2018

HELLO POLIS

Tolong tangkap si petak ini
yang tidak gagal ucap selamat pagi
yang berusaha ceriakan hari-hari
yang masih berjaya melayankan rasaksa ini

Tolong penjarakan organnya yang simpan segala rasa
supaya tiada yang lain mampu menebusnya
biar aku terus tamak menikmatinya
dan kekal menjadi yang utama

Tolong tinggalkan dia disini
biar dia terus berada ditepi
melalui segala hari
sampai kami tua nanti.




KAWAN YANG TAK DIANDAIKAN

Kawan yang tak diandaikan
yang dahulunya saban hari dicari
sekarangnya tiap kali diketepi
tatkala hati sudah dipeduli

Kawan yang tak diandaikan
masihkah aku dianggap kawan?
Atau bagi kau aku kawan bila diperlukan?
tatkala tidak dibiar menghilang seperti awan?

Kawan yang aku andaikan
sampai bila pun kau masih kawan
bertukar status bukan alasan
untuk kita tidak mengandaikan.

PS : simpan sajalah buku-buku aku. atau buat sendal pintu. atau sedekah dimana perlu. sebab aku dah tak baca buku-buku tu. mual.

TIDAK SAMA

Kau tahu macam mana rasa kecewa? Bila mana kau bersusah payah membawa impian orang lain sejauh kau mampu yang disepanjang perjalanannya kau tempuh duka, duga dan kecewa tapi akhirnya, semuanya hampir musnah gara-gara mereka terlalu selesa? Dan bilang mereka, ini semua hasil dari susah payah mereka dan watak kau cuma dihujung cerita? Atau dengan lebih tepat, watak tambahan tak berdialog yang lebih sesuai dilepaskan segala dendam dan amarah sahaja? 

Kau layak sengsara. atas segala duka dan kebutuhan yang telah kau sendiri reka. doaku agar kau terus bahagia. dan semoga kau tidak gentayangan terlalu lama dan jumpa akar kau semula.

SI PETAK PENCURI HATI

Tak pernah terfikir segala ini mampu ku rasa. Angan yang berulang kali diulit derita dan kecewa tidak singgah untuk ini cerita. Aku tak mahu yang lainnya. ini. yang ini sahaja aku mahu. sambil menunjukkan muka si petak pencuri hati yang senyumnya begini.

Dari sudut tingkap Nusa

Debu beterbangan
Mengisi ruang yang isinya kian menghilang
Dapatkah aku melihat sang suria dari sudut tingkap ini?
Yang sering kali mencuit pandangan tatkala aku terlajak bermimpi?

25/5, Jumaat

Wednesday, April 18, 2018

UNPLANNED ROADTRIP

tak dirancang dan tak terlintas. yang pasti, jika ini berlaku beberapa tahun lalu, mungkin telah ku singgahkan muka aku ni dengan hayunan selipar pada kadar 180km/j untuk menyedarkan aku bahawa ia benar-benar berlaku. seorang yang pernah memberi suka dan seorang yang sedang memberi suka, kedua-duanya di dalam satu perjalanan yang sama. bercampur-baur. kenangan lama diimbas, kenangan baru dicipta. dua-dua disayang. satu sebagai abang, satu lagi mungkin lebih dari sekarang :)

sejenak

Sejenak melawat blog yang berhabuk ini,
terkenang memori-memori suka dan duka dahulu. 
Mon dah dewasa,
Mon dah go thru berbagai duga,
Good job, Mon. 
You are what you are before. 
But stronger.
:)