Sunday, October 9, 2011

CANTIK YANG SUBJEKTIF

Cantik tu subjektif. Pernah dengarkan? manusia sekarang semakin taksub nak cantik. Kan? public figure lah terutamanya. Pressure kot kalau hari-hari kena jumpa orang. Nak kena siap-siap. Nak kena cantik-cantik. Pastu kena berhadapan dengan statement-statement orang bila orang tegur, eh muka awak dah berkedut bla bla bla, hoih! Terasa pulak stress nya. Ehehehe disebabkan tekanan tu khidmat pakar kecantikkan amatlah diperlukan. Solution? Needle! Yay! Vitamin C lah Botox lah. Hoih! Apa nih? Hehe Tapi setuju tak kalau aku kata botox dan yang sekutu dengannya nih memburukkan lagi dari mencantikkan?
Kita ambil contoh Botox lah senang. Kali pertama cucuk botox nih memang menjadi. Botox dengan kulit kita communicate dengan baik. They’ve both say hello, hi nice to me you. Hey, nice hair. Really, yours too. Shake hand. Bla bla bla. Tapi kalau lepas tu rakyat-rakyat Botox ditambah dan ditambah lagi dekat kulit? Yeah. Dalam kulit tu akan menjadi sesak dan tahta Botox lama yang semakin tua tu akan diambil alih! Haa jadi akan berlaku pergolakan dalam kulit kita semasa perebutan tahta berlaku. Perang sini sana. Tembak atas bawah. Arghhhhh! Lepas perang dah tamat kesannya, akan jadi lebih dramatic! Malaysia will have their own Shrek! Hehehe jahatnya aku. Masha Allah. *tampar dahi*
Okay, cuba bayangkan benda yang lebih simple lah. Adunan untuk buat donut yang dimasukkan yis mengikut keperluan. Lepas tu diuli-uli sampai jadi doh. Doh tadi akan jadi cantik, gebu, lembut ja bila pegang apatah lagi kalau dimakan. (okay, terbayang donut Big Apple, damn!!) lepas tu, bayangkan pulak doh untuk buat donut tu ditambahkan lagi yis. Gebunya lain macam tapi masih lembut kan? Tambahkan lagi yis dan tengok apa jadi. Doh tu akan jadi lagi besar kan pastu kembung tapi dah kurang cantik. Bila makan, tak tepu. Ringan semacam. Bila sejuk, kecut. Liat. Pfffft! Indah khabar dari rupanya.
Botox, vitamin C penama lah benda cucuk-cucuk nih semua will effect you sooner or later. Betul tak? Jadi, hargailah apa yang ada. Kalau nak buat penambah baikkan pun, aku suggest ampa jaga pemakanan macam makan ulam-ulam, minum air daun pegaga(yang aku tahu rasanya tak sedap!), makan supplement macam collagen ke pati beri ke (wink! :P) atau guna produk kecantikkan yang disahkan halal! Haa.. selain dapat jaga kesihatan, ampa juga boleh jadi cantik without any needle needed! Tak sakit, tak perlu berpantang. Boleh lalu bawah penyidai! Hehehe

No comments:

Post a Comment