Tuesday, September 20, 2011

tunggu macam batu

2 tahun dulu dia kata, tunggu dia. jangan lupa dia. aku percaya, jadi aku tunggu. aku cuba untuk tidak lupa. tunggu macam tunggul. ingat tebal-tebal.

dia janji akan hantar email hari-hari. dia janji nak beritahu pasal dia dekat aku. dia janji begitu. dia suruh aku tunggu. dia suruh aku online setiap waktu. aku tunggu sampai beku. aku online sampai kaku. sebulan berlalu. mulanya ada, kemudiannya tiada.

3 bulan lepas itu, aku tunggu lagi. macam tunggul batu. dia tegur aku. dia kata aku dah sombong dengan dia. dah tak ingat dia. dah tak sayang dia. dah nak lupakan dia. aku senyum. aku kata kau memang syaitan!! ya, aku kata begitu. tapi dia tak dengar. jadi aku taip, aku masih macam dulu. dia senyum. dia kata terima kasih sebab tunggu.

setahun berlalu. aku temu ramai kawan-kawan baru. kawan-kawan berlainan jantina dengan aku. dia tahu. dia marah aku. dia cakap aku tak setia. aku main kayu tiga. aku cakap, tidak. aku masih macam dulu. dia diam dan tak email aku lepas itu.

2 hari lepas itu, aku keliru. macam mana dia tahu aku ada kawan baru? jadi aku cari dia di muka buku. terkejut. terkedu. dia ada muka buku. tapi tak add aku. kurang asam kuku cagu. berani kau buat begitu.

aku tengok gambar-gambar dia. dia tak private. bodoh macam aku jugak. ada perempuan panggil dia baby. terasa seperti ada sepuluh ekor serigala sedang cakar-cakar hati aku. sakit betul. perempuan tu puji-puji dia. puja-puja dia. dia yang suruh aku tunggu tu. dia yang suruh aku ingat dia tu.

bengangnya. rasa macam nak marah-marah saja. tapi aku diamkan sahaja. hati aku yang dulunya sebesar tapak tangan mengecil jadi sebesar syiling 5sen.

aku cuba cari baru. semua buat aku garu kepala laju-laju. tak mahulah. tak mahu. dia jugak yang aku nak tunggu. dia jugak yang aku mahu.

genap 2 tahun lepas itu, kelmarin dulu, dia cari aku. dia cakap dia balik september nanti. tunggu aku. aku rindu kamu. dia kata kat aku. aku kata aku dah tunggu sampai berbulu! cakap pusing macam hindu! pergi jangan cari aku. tapi aku taip, okay aku tunggu.

kau balik nanti siaplah. kau pulak yang tunggu!

PS : courtesy dari cerita seorang kawan yang sungguh setia dan sabar :)

No comments:

Post a Comment