Wednesday, September 21, 2011

bake me!

kalau aku susah hati, kecenderungan untuk mengemas dan mencuci sangatlah tinggi. kalau aku senang hati, kecenderungan untuk baking boleh tahan tinggi. jadi, mai nak share recipe cake rainbow yang aku selalu buat. senang ja, tak susah. :)

(drum rolls) bahan-bahannya adalahhhhhhhhh ;

butter 250gm panjang 125mm padu kedalaman 3kaki 2 inci

telur 6 bijik tolak 3 kali 2

gula halus lus 2 cawan wan

tepung gandum dum 3 cawan wan ju ju gak gak

baking powder 3 sudu kecil kecil cili padi

esen vanilla 1 tudung dia bukan 1 botol okay?

food coloring (jangan guna water color pulak! hahaha)

___________________________________________________________________

Ini cara-cara membuatnya ye makcik-makcik (sambil buat mulut tangguk)

mula-mula, asingkan telur putih dengan telur kuning. kemudian, pukul telur putih nih sampai gebu dan bila terbalikkan mangkuk telur putih nih, tak terkeluar hasil pukulan ini.

sampai macam nih. haaaaaa! (padahal aku terbalikkan, terkeluar jugak telur nih. hahaha)

dimangkuk yang berasingan, masukkan butter dengan gula. lepas tu pukul sampai lebam.

pukul sampai putih macam nih. aku tak suka guna mixer, al-kisah. lenguh jugak la pukul. tapiiiii, nih baru warm up! :)

kemudiaan, masukkan esen vanilla bebeh. lepas tu, pukul sampai sebati.

masukkan telur kuning dalam adunan tadi nih. pukul lagi sampai sebati. yeah! warm up, 2nd round :D

dia akan jadi pekat bila dah sebati.

kemudian, masukkan tepung gandum, sikit demi sedikit. time nih memang kompem lenguh tangan. hehehehe

adunan akan jadi super pekat! yeahhhh!

lepas tu, tuangkan putih telur yang kita dah pukul awai-awai tadi nih.

dia akan jadi ringan sikit dari tadi nih. (maaf, gambar blur! hee)

okay, then, bahagikan adunan kepada 4 atau beberapa bahagian. ikut suka hati lah nak buat berapa cover pun.

part feveret, masukkan coloring!!!!

kacau wau sampai color mixed well then tuangkan dalam tin pembakar!! yay! :D

macam nih.

macam tu.

begini. haaa!


sampailah adunan tadi habis macam nih.

dan macam tu. hehehe lepas tu bakar selama sejam dengan api kecil-kecil cili padi.

dah inilah hasilnya, tadaaaaaa!!

yay! dah siap, sila bagi boyfriend anda makan dan paksa dia kata sedap! haha

(kalau takdak boyfriend, bagi la kat sapa-sapa pastu paksa depa pulak! kikikih)

SELAMAT MENCUBA! :)


No comments:

Post a Comment