Thursday, July 21, 2011

KEMON LAH

Kau cakap macam umpama aku tak ada perasaan. as if, my heart didn’t carry any weight. Serious, kadang tu rasa macam nak rembas muka kau yang berkumis itu dengan kayu besbol sebanyak 3 kali.

Jangan terlalu drag masa lampau dalam masa depan kau. Sebab kalau kau drag, sama macam kau jatuh dalam lumpur, dan kau biarkan lumpur itu kering dibadan kau hingga ia menjadi kepingan-kepingan coklat that looks delicious but not eatable. Dan lumpur-lumpur itu, akan menyebabkan kulit kau yang putih jantan itu berkudis, kotor, berdaki. kudis itu pulak memamah kulit kau tu dan membentuk sebuah empire. Tapi, kau masih berjalan dengan lumpur tu. Eish. Umpama, kau kencing dalam seluarlah senang, tapi kau tak nak basuh seluar tu. Dan kau berjalan dengan seluar basah serta bau hancing tu. Betul tak?

Katakan aku salah, kalau kau rasa berjalan dengan seluar hancing tu tak busuk. Berjalan dengan lumpur dibadan tu tak kotor. Terpulang kepada kau. Yang pasti, kanak-kanak berusia 3 tahun pun tak mahu bermain jika sisa buangannya tidak dibasuh.

Bukan aku maksudkan dia tu kotor atau najis, atau segala kenangan-kenangan manis kau dengan dia tu busuk, berulat mahupun janji-janji antara dia dan kau tu rubbish. Aku cuma mengandaikan sahaja betapa pentingnya kau bergerak kehadapan dan tinggalkan semua benda-benda yang buat kau rasa tak comfort dan sakit tu. Yang mana sedang makan diri kau tu balik.

Redhalah weh dengan ketentuan-Nya. Nak buat macam mana… ini yang tertulis. (Yes, ayat cliché, pffft!) Wah, senanglah kan aku untuk bercakap pok pek pok pek sebab aku marka pun tak pernah ada. Tak pernah ada pengalaman. Pathetic loser. Katalah apa pun. Yang pasti, aku tak mahu lihat kau macam nih. Bebal, mood swing, moody, emo, and you hurt people’s feeling dalam keadaan tak sedar. Itu tak cool.

No matter how hard for you to swallow the pain, to face the truth, to accept your destiny, please don’t neglect people who has been very supportive and concern about you. Because without them, kau mungkin masih dalam lopak lumpur tu atau masih tak sedar yang kau dah terkencing dalam seluar. Okay, aku tahu. Aku dah obsess dengan cerita lumpur dan kencing dalam seluar tu.hah hah silly me. But, it’s just some thought that can make us ponder although macam bodoh je kalau cerita kat orang kan? Hohoho So, think about it dude.

Remember, if you need me, you know where to find.

No comments:

Post a Comment