kau cakap kau sakit. Aku Tanya kau baik-baik kau sakit apa? Kau kata kau sakit hati. Jadi, aku tanya lagi bagaimana rasa itu? kau kata rasa macam orang lukakan tangan aku dengan pisau yang tajam kemudian diperah limau nipis dekat luka tu. Lepas tu kau Tanya, sakit tak? Aku kata tak tahu sebab tak pernah lagi orang lukakan tangan aku kemudian perahkan limau dekat luka itu.
Kemudian kau ambil tangan aku, kau capai pisau dan kau lukakan tangan aku. Kau Tanya lagi, sakit tak? Sakit ini aku pernah rasa, aku kata. Kau cakap, baik, aku akan bagi sakit yang kau belum rasa. Kau ambil limau dari mee goreng aku dan kau perah ke luka aku. Aku jerit. Aku kata kau bodoh. Kau kejam. Kau tak guna. Tapi kau senyum sahaja. Dan kau kata sekarang kau tahu macam mana aku rasa kan? Aku jawab ya, Cuma kali ini aku rasa dua kesakitan, bodoh!
No comments:
Post a Comment