Kau dan aku dah janji akan jalan kehadapan dan tak akan toleh-toleh ke belakang lagi. kata kau, yang ada dibelakang kau semuanya pahit. aku kata, okay, jangan pandang belakang lagi. dan kami, berjalan kehadapan dan tidak menoleh ke belakang.
kemudian, sesuatu dari belakang kau sapa kau, yang ketika itu sedang memandang kehadapan. lalu, kau terhenti dan berdiri disitu. menunggu. aku tanya kau, nak kehadapan atau terus dibelakang? kau kata, biar aku pilih. walaupun tempoh hari, aku tanya antara memilih dan dipilih yang mana kau nak pilih dan kau lebih rela dipilih dari memilih kerana kau kata kau tak mahu menyesal dengan pilihan kau.
aku berdiri disitu, seketika. dan aku tanya. nak dibelakang lagi atau maju kehadapan? kau paksa aku beri masa. jadi, aku berdiri disitu untuk 2 minggu 5 hari, 3 jam 45 minit. kebas. kaku. kaki aku.
dan kau berikan dia jambangan dan baju itu. kau hadiahkan aku duka dan baju macam itu juga. terima kasih aku kata. peritnya aku akan simpan. supaya aku akan ingat rasa ini sampai bila-bila.
kemudian, aku lafaz, Alhamdulillah. Allah sedarkan aku tepat pada masanya. aku tarik nafas dalam-dalam, dan aku lepaskan ia, sambil berjalan kehadapan berbekalkan hati yang duka lagi terluka. ouch! terima kasih ya!
No comments:
Post a Comment