dia berjalan. ke hulu ke hilir. kemudian, dia pakaikan earphone ditelinga. dia tekup untuk dengar dengan lebih jelas. dia cakap, sana bising. situ kena kuatkan sikit. boom kena bawah sedikit. dalam nada terpaling rendah. rendahnya yang aku jarang dengar seorang teruna keluarkan.
kemudian, dia jalan sana dan sini lagi. sibuk. dia agak sibuk. rambutnya yang lurus dan panjang paras bahu bergulung dihujung kerana dia sering membongkokkan badannya. ahh.. bagaimana aku nak terangkan ini?
dua hari berturut, bajunya dan baju aku hampir sama. disitu, aku terasa seperti ada sedikit palitan jodoh. namun, aku abaikan sahaja. masakan aku boleh dapat teruna sehebat dia? tidak mungkinlah. minat dia, cara dia, fikiran dia, gaya dia, aneh. dan itu, aku suka.
dan saat itu, hanya berlangsung 2 hari sahaja. mungkin itu sahaja kesempatan yang diberi-Nya untuk aku menghayati keindahan ciptaan-Nya. Alhamdulillah.
hari ini, aku menjalani hidup aku seperti biasa. dengan dia, dihujung kotak fikiran, nun jauh disana. disudut kecil namun impaknya luar biasa.
No comments:
Post a Comment