Friday, July 22, 2011

PS I LOVE YOU


I LOVE YOU, BRANDON BOYD! :)

Thursday, July 21, 2011

DI MANA AWAN COTTON CANDY?

Disini.. didalam riuh rendah gelak tawa manusia

Dalam pekikan penghibur lara dan petikan gitarnya

Dalam hinggar binggar peniaga meraih pembelinya

Aku disitu.. seorang diri.. terduduk dan mendongak ke langit

Aku tak mahu langitku begini.. tapi aku mahu langitku begitu

Sambil menunjuk kepulan awan yang cantik seperti cotton candy

Aku mahu langitku begitu.. aku tak mahu langitku begini

Sambil menunjukkan langit yang terbentang luas tanpa kepulan awan

Dan aku menggeleng-gelengkan kepala.

GAGAL LAGI

Gagalnya aku dalam menjaga mata, hidung, telinga, mulut aku.

Gagalnya aku dalam menjaga hati, fikiran, akal, nawaitu aku.

Gagalnya aku dalam menjaga tangan, lengan, jari, kaki, betis, jari kaki aku.

Gagal. Gagal. Gagal. Gagal. GAGAL!



KEMON LAH

Kau cakap macam umpama aku tak ada perasaan. as if, my heart didn’t carry any weight. Serious, kadang tu rasa macam nak rembas muka kau yang berkumis itu dengan kayu besbol sebanyak 3 kali.

Jangan terlalu drag masa lampau dalam masa depan kau. Sebab kalau kau drag, sama macam kau jatuh dalam lumpur, dan kau biarkan lumpur itu kering dibadan kau hingga ia menjadi kepingan-kepingan coklat that looks delicious but not eatable. Dan lumpur-lumpur itu, akan menyebabkan kulit kau yang putih jantan itu berkudis, kotor, berdaki. kudis itu pulak memamah kulit kau tu dan membentuk sebuah empire. Tapi, kau masih berjalan dengan lumpur tu. Eish. Umpama, kau kencing dalam seluarlah senang, tapi kau tak nak basuh seluar tu. Dan kau berjalan dengan seluar basah serta bau hancing tu. Betul tak?

Katakan aku salah, kalau kau rasa berjalan dengan seluar hancing tu tak busuk. Berjalan dengan lumpur dibadan tu tak kotor. Terpulang kepada kau. Yang pasti, kanak-kanak berusia 3 tahun pun tak mahu bermain jika sisa buangannya tidak dibasuh.

Bukan aku maksudkan dia tu kotor atau najis, atau segala kenangan-kenangan manis kau dengan dia tu busuk, berulat mahupun janji-janji antara dia dan kau tu rubbish. Aku cuma mengandaikan sahaja betapa pentingnya kau bergerak kehadapan dan tinggalkan semua benda-benda yang buat kau rasa tak comfort dan sakit tu. Yang mana sedang makan diri kau tu balik.

Redhalah weh dengan ketentuan-Nya. Nak buat macam mana… ini yang tertulis. (Yes, ayat clichĂ©, pffft!) Wah, senanglah kan aku untuk bercakap pok pek pok pek sebab aku marka pun tak pernah ada. Tak pernah ada pengalaman. Pathetic loser. Katalah apa pun. Yang pasti, aku tak mahu lihat kau macam nih. Bebal, mood swing, moody, emo, and you hurt people’s feeling dalam keadaan tak sedar. Itu tak cool.

No matter how hard for you to swallow the pain, to face the truth, to accept your destiny, please don’t neglect people who has been very supportive and concern about you. Because without them, kau mungkin masih dalam lopak lumpur tu atau masih tak sedar yang kau dah terkencing dalam seluar. Okay, aku tahu. Aku dah obsess dengan cerita lumpur dan kencing dalam seluar tu.hah hah silly me. But, it’s just some thought that can make us ponder although macam bodoh je kalau cerita kat orang kan? Hohoho So, think about it dude.

Remember, if you need me, you know where to find.

KAKI GATAL

tempoh hari kaki kiri aku kata tak mahu.. tak mahu lagi jalan tanpa teman. Dia cakap bosan asyik jalan dengan kaki kanan saja. Dia teringin nak berdepan dengan kaki kiri lain, face to face, katanya. Kaki kanan pula, senyap tanpa suara. Tapi dalam hatinya, aku tahu, dia juga mahu begitu Cuma dia tak berani nak berkata-kata. Takut aku terluka, barangkali.

Jadi aku bawa kaki aku berjalan-jalan. Bermacam kaki aku jumpa. Kaki auta, kaki pau, kaki bangku, kaki makan, kaki bebal, kaki pukul, ahhh.. macam-macam kaki. Dengan harapan, kaki aku akan kata, okay, lepas ini tak mahu lagi meminta untuk berjumpa dengan kaki-kaki lain. Tapi, harapan aku meleset, sama sekali. Kaki kiri aku tetap memberontak. Dia cakap, dalam semua kaki yang dijumpa tadi tu, tiada satu kaki pun yang ada chemistry dengan kaki-kaki aku.

Lalu, aku duduk dan marah dia. Aku cakap kau jangan nak macam-macam. Kaki kiri aku memekak kemudiannya. Dia kata itu, dia kata ini. Lalu, aku sarungkan stokin yang aku lupa basuh untuk diamkan dia.

Tiba-tiba, kaki kanan aku yang tadinya berhibernasi itu, berlunjur. Kemudian, dia gedik-gedikkan kaki seperti hendak menari. Dan dia cakap dengan nada perlahan, pandang depan, pandang depan. dengan muka penuh hairan, aku pandang depan. Yang ada sepasang kaki lelaki, maksud aku, milik seorang lelaki, besarnya lebih kurang kaki aku, bersepatu Vans biru lusuh, ada embroidery corak dibelakangnya. Kecil, kering betisnya.

Aku panggung muka penuh tanda tanya itu dan aku lihat kau. Kau tersenyum dan tanya, boleh duduk disebelah? kaki kanan I kata dia ada chemistry dengan kaki kiri you. Dan sejak dari itu, kaki aku tidak lagi merungut.

PAHIT PERIT

Pahit tu… pahit tu aku kena telan

Telan telan telan telan TELAN

Aku jerit lagi, pahit tu!

Tapi pahit itu yang disuap

Naknya aku meludah balik

Naknya aku sembur balik

Naknya…

Tuesday, July 19, 2011

ejen pembunuh

merenung ketat kaca bercahaya dengan jari telunjuk yg bergerak ke atas dan ke bawah. sesekali ia menekan utk memuaskan curiousity melampau milik dia. dan ia menjadi ejen pembunuh kpd dirinya sendiri.
Published with Blogger-droid v1.6.9

2 drunk guys and a half

it happen that night when we were walking to the car after urbanscape. there was 3 young man, 2 of them were drunk and they can't walk well and the other one is not. seriously, i never met this kind of situation before and you guys should see my face when i saw them! haha okay, forget about my face then.

so they were walking, and talking about getting wasted for that night. as i'm passing them with my friends who was busy with the lock cheng (pfffft!), the undrunk man who has a long curly hair starred at me sharply and i was like maybe because my face kinda said "yeah, you guys freak me out!".

haha so i put my face down and then he said to his friend, he wanted to wait for his brother, who was vomitting behind a tree. then the other drunk man was looking at me with the "i'm tired like i jog for 5 rounds" position and i was like "oh man, all i got is my camera pls don't say that you want it!!". but, luckily, a group of boys who were sitting by the road called him to settle him down.

so they've cross the road and we were walking opposite them. and then, they've gone nuts. they were yelling, saying the 'f' word over and over and cursing their girlfriends. that is when the undrunk man said, "to the lady with the red shirt, hello! nice seeing you there! i'm..." i couldn't recall his name. and he waving like i was in a boat.. drifting away. pfffft. so there they goes. a half drunk guy says hi to me. among all of the normal guys. oh man. T.T
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, July 15, 2011

sabariah

sabar aku ada tahapnya

sabar aku ada tahapnya

sabar aku ada tahapnya

sabar aku sudah sampai tahapnya

aku tak nak maki sebab maki itu macam tahi

tapi... tapi.. sabar aku ada tahapnya

okay, kau memang "lembu pendek"

pergi meninggal dunia, bye.

PS : maaf, hati panas macam air mendidih.

parah marah pasrah

cecair merah menitik-nitik dari bajunya. dadanya disedut. ada bahagian kosong disitu. mukanya tak indah. percakapan dan teks dia juga tidak indah.

jadi aku beranikan diri. aku tanya kenapa begitu? dia diam. dan hembusan nafasnya adalah hembusan nafas yang marah. aku diam. kemudian, dia hidangkan telinga aku dengan satu set percakapan yang pura-pura. aku tahu. itu bukan punca masalahnya.

dan aku terus mendengar. makin lama makin tebal denial nya. dan aku tak mampu untuk buat apa-apa. takut gering hatinya bertambah. lalu, aku tarik telinga aku dan goncang-goncangkan ia, hingga putus. dan aku lekatkan ia ditelefon bimbit aku.

ahhh... lega sebab aku tak perlu menahan bibir kering ini dari memanculkan soalan-soalan kritikal yang mungkin menggeringkan kau yang tengah gering tu.

perempuan cantik

buka majalah, perempuan cantik.
jalan-jalan, jumpa perempuan cantik.
bukak facebook, perempuan cantik.
tengok tv, perempuan cantik.
tengok lelaki hensem itu dengan perempuan cantik.
ex-girlfriend dia, perempuan cantik.
shoot model, perempuan cantik.
kat tin milo, perempuan cantik.
kat pencuci muka, perempuan cantik.
pontianak harum sundal malam, perempuan cantik.
*sigh*


*sigh* ALONE


ke book store, alone.
ke kedai, alone.
shoot, alone.
shopping, alone.
jalan-jalan, alone.
cycling, alone.
makan, alone.
minum, alone.
movie, alone.
jogging, alone.


dan ya, aku sudah merasakan yang buat semua benda alone itu loser.

Thursday, July 14, 2011

kau yang ciwi pt 2

dia berjalan. ke hulu ke hilir. kemudian, dia pakaikan earphone ditelinga. dia tekup untuk dengar dengan lebih jelas. dia cakap, sana bising. situ kena kuatkan sikit. boom kena bawah sedikit. dalam nada terpaling rendah. rendahnya yang aku jarang dengar seorang teruna keluarkan.

kemudian, dia jalan sana dan sini lagi. sibuk. dia agak sibuk. rambutnya yang lurus dan panjang paras bahu bergulung dihujung kerana dia sering membongkokkan badannya. ahh.. bagaimana aku nak terangkan ini?

dua hari berturut, bajunya dan baju aku hampir sama. disitu, aku terasa seperti ada sedikit palitan jodoh. namun, aku abaikan sahaja. masakan aku boleh dapat teruna sehebat dia? tidak mungkinlah. minat dia, cara dia, fikiran dia, gaya dia, aneh. dan itu, aku suka.

dan saat itu, hanya berlangsung 2 hari sahaja. mungkin itu sahaja kesempatan yang diberi-Nya untuk aku menghayati keindahan ciptaan-Nya. Alhamdulillah.

hari ini, aku menjalani hidup aku seperti biasa. dengan dia, dihujung kotak fikiran, nun jauh disana. disudut kecil namun impaknya luar biasa.


SI PEMBERI SEPATU BATMAN

dia intip aku. katanya duduk jauh pun mesti kena kerap pantau pergerakan aku sebab aku kadang kala diluar kawalan. okay, aku maafkan. jadi, setiap hari, jika masanya terluang, dia akan pakaian serba hitam dan mula mengintip aku dia muka buku, tumblr dan blog.

aku gembira. bukan sebab menjadi bahan intipan tetapi sebab aku rasa macam ada peminat setia! hahaha jadi, dia dapat tahu satu benda. aku suka satu benda. benda ini memang macam budak-budak tapi dia ambil berat tentang itu.

satu hari, dia jalan-jalan di Ohio. ketika itu, sales barangkali. jadi, ketika dia berjalan-jalan makan angin, dia telah berjumpa dengan sepasang sepatu yang agak cantik, dimata aku lah kan. hehehe dan dia telah beli ia! ini dia! 



PS : I love you, Sharifah Nadiah Syed Mukhiar! Not because you bought me this cool, awesome pair of shoes, but because of the remembrance! weee!!

PANDA again!


It's not like I hate panda but look, they are pretty psycho.
remember the panda on the rocking chair?
and.. and.. this one! It's freaky dude!
yeah... it's all about the CHEESE!
hmmm... sounds spooky huh?
tell me about it!

KAU YANG CIWI pt 1

rupanya
gayanya
caranya
cukup.

senyumnya
suaranya
jelingnya
cukup.

malunya
kurusnya
curi pandangnya
cukup.

cukup untuk buat aku
terpandang
tersenyum
terangau.

cukup untuk buat aku
tertanya
tercari
tertunggu.



dan sekarang aku drolling, badly.

Tuesday, July 12, 2011

asap busuk sebusuk mulutmu

Kau turun dari kereta yang kau pinjam dari bonda. kemudian kau libas-libas kunci kereta itu sambil buat muka bangga "mak aku naik kereta BMW bayar bulan tak habis lagi".

Kau angkat kening sebelah masa dan pandang aku. Aku pula pandang kau dengan hairan "dah kau kenapa?".

Mata kau tak putus tengok aku hingga kepala kau terkiat ke belakang "aku usha kau tajam gila nih". Aku roll mata ke atas dan paling ke arah lain. Dan kau keluarkan sebatang rokok dari poket depan kemeja kau dan hisap penuh nikmat rokok itu.

Muka kau bangga lagi sedangkan aku tahu kau beli rokok kretek itu dekat kedai runcit India seberang jalan tu tadi. -.-"


mal-aimĂȘ

Aku kaki perempuan. Ya. Masa kan aku berkaki lelaki pulak kan? LOL Dengan kaki sepasang yang berparut dilutut ini aku akan terus bergerak kehadapan. Aku akan berdiri diatas kaki sendiri. Aku akan gerakkan kaki ini tanpa kaki-kaki lain disisi. Walaupun orang kata aku kaki bangku, kaki pau, kaki pukul, kaki buli. Aku boleh. Kaki aku boleh!

Ps : Kaki kau kaki apa?
Published with Blogger-droid v1.6.9

JANGAN PANDANG BELAKANG

Kau dan aku dah janji akan jalan kehadapan dan tak akan toleh-toleh ke belakang lagi. kata kau, yang ada dibelakang kau semuanya pahit. aku kata, okay, jangan pandang belakang lagi. dan kami, berjalan kehadapan dan tidak menoleh ke belakang.

kemudian, sesuatu dari belakang kau sapa kau, yang ketika itu sedang memandang kehadapan. lalu, kau terhenti dan berdiri disitu. menunggu. aku tanya kau, nak kehadapan atau terus dibelakang? kau kata, biar aku pilih. walaupun tempoh hari, aku tanya antara memilih dan dipilih yang mana kau nak pilih dan kau lebih rela dipilih dari memilih kerana kau kata kau tak mahu menyesal dengan pilihan kau.

aku berdiri disitu, seketika. dan aku tanya. nak dibelakang lagi atau maju kehadapan? kau paksa aku beri masa. jadi, aku berdiri disitu untuk 2 minggu 5 hari, 3 jam 45 minit. kebas. kaku. kaki aku.

dan kau berikan dia jambangan dan baju itu. kau hadiahkan aku duka dan baju macam itu juga. terima kasih aku kata. peritnya aku akan simpan. supaya aku akan ingat rasa ini sampai bila-bila.

kemudian, aku lafaz, Alhamdulillah. Allah sedarkan aku tepat pada masanya. aku tarik nafas dalam-dalam, dan aku lepaskan ia, sambil berjalan kehadapan berbekalkan hati yang duka lagi terluka. ouch! terima kasih ya!

hati kering dan sedikit masin

Aku bertungkus sehabis lumus. Aku cuba sehabis upaya. Aku pulun sehabis pulut. Tapi, tetap sama. Lalu aku keluarkan hati aku dan capai sebilah pisau. Kemudian aku salai, letak secubit garam, dan jemur diampaian biar kering. Dan aku pakai, tanpa perasaan. Tak tahu apa rasanya.

ya, aku sudah hilang akal.

Published with Blogger-droid v1.6.9

KL URBANSCAPES 2011

This superb event is held on July 16th 2011, which is this Saturday starts from 12pm to 12am! It's the city's all-day creative arts festival where there will be music, fashion, arts, design and photography (weee!!). wanna know the good news about this event? you'll get discount if you are the TM's customer! ticket price will be only rm25! omaigosh that's cheap okay? early bird ticket are at rm30 and while pre-sales at rm40. unfortunately, there's only left pre-sales ticket. arghhh! lucky me T.T so for those who are around KL, come and join me! I'll be going.. ALONE! T_T



PS : anybody going? nope? okay.

NOTA TANPA PERASAAN


aku bangun. tengok jam dan mandi. dan bersenam 2 rakaat. nyaman. aku tampalkan senyuman palsu dan pergi ke set. rehat, aku makan. kosong. rasa makanan itu kosong. habis kerja, aku balik. bersenam lagi. tapi aku tak bersenam tadi, terlupa. berdosa. dan mandi. kemudian, makan roti. dan tengok tv. dan bersujud. dan tidur. dan bangun secara mengejut. dan solat. dengan lewat. dan tidur lagi. dan esok hari aku akan terus begini. cuma mungkin menu perasaan ada penambahan pura-pura, lagi.


SEDIH TAK TERSISIH


Sedih yang sukar disisih
makin lama makin mendalam
kalau terus-terus dipendam
jari kering penuh kealpaan diangkat
mohon agar diberi seluruh kekuatan
terima kasih, ya Allah.
hanya Kau yang mengetahui.



oh panda, hi.


while I was reblogging emo-ly at Tumblr, he came across. pffffffftt!
oh, well.. at least he put a smile on my face.
for like, 5 seconds? yeah. enough lah kan?
bye.

Monday, July 11, 2011

Terrr


Tersangat mahu.. Tersangat-sangat mahu.. Tersangat terlalu terlampau termahu sungguh, itu. Tiket concert In. Cu. Bus. Okay bai.
Published with Blogger-droid v1.6.9

SATU DUA TIGA

loseyourpride:  untitled by b r e e on Flickr.

"If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you love the first one, you wouldn't love the second one."


Tuesday, July 5, 2011

CERMIN TU KATA AKU MEGAN FOX

Hari itu kami di KLCC. Kaki aku kata, please pergi ke kinokuniya. Tapi, kaki dia kata, jom pergi kedai ini dahulu. Jangan bantah kalau tidak aku pijak. Jadi kami ke Kedai itu. yang ada jual camera lomo itu. Disitu. Mata kami tertampal dicermin kaca itu. Sungguh terkasima. Kalau aku kaya, aku rembat semua! Aku kata dalam hati. Dan aku dengar, dalam hati dia jugak macam itu.

Sedang asyik membelek,dia toleh ke belakang. Dan kemudian dia terkejut. Dia kata, eh, ingat ada orang kat belakang. Rupanya cermin. Kemudian, aku pun paling dan berkata, eh, aku ingat Megan Fox rupanya aku!

Ya, cerita ini habis begini sahaja.

MAAFLAH

Maaf sebab aku tak ada kulit muka yang even

Maaf sebab aku ada satu set gigi yang berterabur

Maaf sebab aku tak putih gebu

Maaf sebab aku tak pakai kasut tinggi

Maaf sebab aku tak suka make up

Maaf sebab aku tak cantik

Maaf sebab aku pendek

Maaf sebab aku suka buat lawak

Maaf sebab aku suka buku

Maaf sebab aku suka fikir

Maaf sebab aku tak manja

Maaf sebab aku tak macam dia

Maaf sebab aku tak boleh berubah untuk jadi orang lain

Maafkan aku.

DALAMNYA

Kau tak pakai tali pinggang keledar ketika memandu. Kau memandu laju. Kau langgar lampu isyarat. Kau bercakap dengan telefon bimbit ketika kau tengah speeding. Kau dah buat macam-macam kesalahan. Dan penguat kuasa pun membiarkan sahaja. Kerana, dia rasa bahagia bila tengok kau bebas. Bebas bermain di ruang legar mindanya yang pada ketika ini, infiniti.

Rasa ini indah namun aku harus kunci dan simpan dia dalam-dalam.

Lalu, aku telah menggorek satu lubang, dan aku muatkan rasa indah ini yang aku dah kunci rapi dengan mangga paling mahal aku beli dan aku tanam dia. Dalam-dalam. Supaya rasa indah ini terus dengan aku.

NOTA TANPA PRASANGKA

Aku bangun dan aku capai kaca mata. Eish, kau ada.

Kemudian, aku capai tuala, dan mandi. Eish, kau depan dicermin pula.

Lalu, aku ke dapur dan jamah makanan. Eish, kau dalam lauk pula.

Aku bukak peti sejuk kemudian ambil air dan teguk. Eish, kau dalam cawan pula.

Aku jalan ke ruang kegemaran, depan tv. Eish, kau dikaki aku pula.

Lalu aku pijak kaca mata, aku pecahkan cermin, aku tuang lauk, aku hempuk cawan dan aku potong kaki aku.

Eish, kau dihati aku pula!!!!

MUKA GANAS HATI JAMBU

Aku Tanya kau semalam. Tapi kau tipu. Kau ingat aku tak tahu. Tapi sebenarnya kau yang tak tahu yang aku dah tahu benda yang kau ingat aku tak tahu tu. Jadi, aku geram. Aku rasa nak marah.

Lalu, aku baring. Dan aku rancang, apa yang nak aku kata dekat kau nanti. Aku nak bagi tahu kau yang aku kecewa dengan kau sebab kau tipu aku. Aku tahu siapa dia. Dan aku nak Tanya kau dengan lantangnya, kau suka dia ke tidak. Kalau kau suka, aku nak pungut balik hati aku yang kau dah curi, secara tak sengaja. Dan aku rancang nak jemur hati aku ditengah terik matahari. Biar ia kering. Lagi bagus.

Dan hari ini, kau pun sms. Kau kata, sorry, semalam dah tidur. Dan aku Tanya dia benda-benda itu. Aku herdik dia. Aku kata aku kecewa gila khinzir dengan dia. Sungguh-sungguh kecewa dengan sikap sambil lewa dia. Sedangkan aku dah usaha macam-macam untuk dia. Dan dia mintak maaf. Dia kata dia tak sengaja dan tak akan ulang lagi kesalahan dia. Dia kata perempuan itu kawan biasa sahaja. Aku sahaja kawan luar biasa dia.

Itu, itu semua. Aku, aku tipu. Dia Cuma kata sorry, semalam dah tidur. Dan aku senyum dan reply, it’s okay. Tak dak menda pun.

Bencinya aku dengan diri sendiri. Bencinya aku dengan hati yang lembut nih. Khinzir betul.

KEKABU-KEKABU INDAH


Disudut hujung kotak kenderaan yang bergerak diatas rel, aku duduk dan perhati luar gelas lutsinar itu. Panas. Badan aku panas. Kemarau tekak aku ini. Aku basahkan ia dengan saliva aku yang pada ketika itu, sedikit. Aku sandarkan kepala aku, ya, kepala, bukan kenangan. Dan aku perhati diatas syiling. Kemudian aku baca notis yang ditampal. Awas, kenderaan ini akan membawa anda ke awangan. Sila pakai tali pinggang keledar anda. Kemudian, aku rasa seperti badan aku terapung. Disekeliling aku ada kekabu yang aku selalu pandang setiap hari. Kekabu-kekabu itu melapik badan aku yang kering dan kontang itu dan membawa aku terbang. 250 ekor arnab yang selalu menggigit urat kepala aku senyum dan bermain dengan aku. 350 ekor sugar glider yang sering back flip dalam perut aku menggeletek aku. Girang. Suka. Seronok. Aku rasa bahagia. Kemudian, aku dengar ada satu suara, ‘STESEN BERIKUTNYA KLCC, NEXT STATION, KLCC”.

Cis, aku tertidur rupanya.

SAKIT HATI 2 KALI

kau cakap kau sakit. Aku Tanya kau baik-baik kau sakit apa? Kau kata kau sakit hati. Jadi, aku tanya lagi bagaimana rasa itu? kau kata rasa macam orang lukakan tangan aku dengan pisau yang tajam kemudian diperah limau nipis dekat luka tu. Lepas tu kau Tanya, sakit tak? Aku kata tak tahu sebab tak pernah lagi orang lukakan tangan aku kemudian perahkan limau dekat luka itu.

Kemudian kau ambil tangan aku, kau capai pisau dan kau lukakan tangan aku. Kau Tanya lagi, sakit tak? Sakit ini aku pernah rasa, aku kata. Kau cakap, baik, aku akan bagi sakit yang kau belum rasa. Kau ambil limau dari mee goreng aku dan kau perah ke luka aku. Aku jerit. Aku kata kau bodoh. Kau kejam. Kau tak guna. Tapi kau senyum sahaja. Dan kau kata sekarang kau tahu macam mana aku rasa kan? Aku jawab ya, Cuma kali ini aku rasa dua kesakitan, bodoh!

Sunday, July 3, 2011

AKU TAK MAHU

aku xmahu jadi pembersih lagi
aku xmahu mengemas lagi
aku xmahu orang lain masuk ke bilik aku lagi
aku xmahu kongsi bilik lagi

ps: aku tak ambil seluar tights berjenama yang kau beli beratus-ratus tu.
Published with Blogger-droid v1.6.9