telefon berbunyi. kawan baik aku telefon. dia cakap dia nak bawak aku keluar. dia cakap nak kenalkan dekat awek dia. aku kata okay takdak hal. jomlah kawan. dia ambil aku lepas tu bawak aku pergi.
tak lama lepas tu, kami jumpa. aku senyum, awek dia tidak. kemudian, dia bawak kami pergi mall. awek dia aneh. dia tengok aku dari atas sampai ke bawah. belek dari kiri ke kanan. aku kata, 10 minit lagi kalau dia buat benda yang sama aku nak lempang dia dengan sliper aku nih.
kemudian, masa kawan aku pergi bank keluarkan duit, awek dia datang ke sisi aku dan kata kesian dekat kau kan, tak ada yang mahu. tengok aku. aku ada dia. dia kata sambil ketawa sinis. aku, yang ketika itu tengah senyum sebab jumpa seluar yang aku nak beli tu, pandang dia sambil kening tergedik-gedik geram, sambil menggigit-gigit bibir aku yang pecah itu, dan sambil kembangkan hidung tunggu api keluar.
cinabeng. berani betul dia. aku blah tanpa kata. geramnya. tiba-tiba aku rasa ada air suam-suam kuku dekat pipi. eish. mesti aku menangis nih. arghhh!!! aku tumpas. kenapa aku perlu rasa sedih tak ada yang mahu aku? mana dia tahu tak ada orang yang mahu aku? setiap manusia tu Allah swt dah ciptakan pasangan utk dia. cepat dengan lambat ja jumpa. untungnya dia, dia jumpa dulu. bukan macam aku. tengah tunggu lagi.
kemudian, aku dengar azan subuh. nyamannya. aku lap air mata dan bangun. mujurlah ini mimpi saja ya Allah! lega rasa hati. tapi, dihujung bucu kotak hati aku tu ada calar sikit. grrr... mimpi, mimpi!
No comments:
Post a Comment