Wednesday, June 8, 2011

EDAN MACAM NIH



aku mahu jadi abnormal. tak endah jadi normal. sebab kalau normal, aku kena rasa benda-benda yang tak sedap nih. benda-benda yang kadang kala buat muka aku yang agak comel kata kucing aku, Marie, ehem, jadi seburuk dinasour diatas nih. kalau aku jadi abnormal, atau dilahirkan tanpa perasaan, mungkin aku tak perlu rasa benda-benda tak indah ini, mahupun benda-benda yang indah. ya, aku tahu. memang luaran aku nampak macam tiada perasaan. muka kosong walaupun masa tu aku tengah cerita dekat kau orang cerita yang boleh tahan suspend nya. tapi, deep down inside, I have a very bubbly-flowerly-gedikly feeling. yeah. geli bukan? macam tak kena dengan muka bukan? okay, sudah. jangan fikir yang bukan-bukan.

edan!! boleh edan. aku boleh edan!! boleh balik cepat? sebab aku ada bertimbun cerita nak kongsi kong dengan kau. itu pun kalau kau sudi dengar macam selalu. macam hari-hari aku cerita. macam hari-hari sebelum nih. boleh? boleh? BOLEH?! Malaysia pun boleh.

PS : wall kau banyak lalat. disable cepat sebelum aku sebat T.T

image


No comments:

Post a Comment