Wednesday, June 29, 2011

HARI ITU DIA KAHWIN

Hari itu hari Ahad. Aku bangun awal. Serika baju dan siapkan diri. Kemudian, tonton Spontan season 2 sebelum bertolak ke suatu tempat.

Dalam perjalanan, semua ceria. Gelak terkekeh-kekeh. Nyanyi girang dan sumbang. Riuh rendah. Dan sesat merata-rata. Sampai sahaja, aku berdebar. Mana tak nya, dah 11 tahun aku tak jumpa dia, kawan sekolah dulu, yang kahwin hari itu.

Seorang lelaki menjemput kami. Dia tanya, kawan Anis kah? Aku kata, ya kenapa? Dia kata ikut sini. Dijari dia aku lihat ada inai. Jadi aku tanya, nih husband dia? Dia senyum sipu lapar kaki dan menjawab ya. Jalan berlorong, lohong, lopong. Yang dapat aku dengar dalam perjalanan itu adalah bunyi tapak kaki dan bunyi perutku yang lapar tahap dewa. Sampai disana, dia jerit, PAYEDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD!! lepas tu dia buat bunyi muah muah muah. aku senyum. lamanya tak jumpa.

Aku teman dia. aku sembang-sembang dengan dia. kemudian aku pergi makan. dia cakap tunggulah lama sikit, lama tak jumpa nih. jadi aku tunggu dia. dan merapu dengan dia. sekali-sekala. tak apa punya. hehe

kemudian, aku ikut mereka shoot. nih aku tampalkan sekali gambar yang aku sempat selinap masa kat sana. yay!



PS : Selamat Pengantin Baru Anis! Semoga kekal hingga akhir hayat. :)

No comments:

Post a Comment