Tuesday, December 14, 2010

MIMPI HEBAT T.T

Ya, tajuk macam mencurigakan bukan? Ahh... ini yang bosan nih. Mesti fikir yang ke arah kebiruan! haihhh!! jernihkan balik!! jernihkan balik!! mentaliti kelas kedua betul anda-anda ini! (kata sambil kecilkan kornea mata, hebat?) hahaha yeahhh... saya tahu. *sambil buat muka riak dan takbur*

Tempoh hari aku ada berjumpa dengan seorang budak sekolah lama aku. Masa sekolah dulu aku selalulah usha dia. dia dok kelas sebelah. Hahaha dey ini bukan sexual harassment okay?! Ini dinamakan secret admire! Muahahahaha biasalah. 5 thn sekolah perempuan. Bila bercampur mulalah mata nih nak menggalak seminit dua. Aihhhhh balik ke tajuk asal! Hahaha okay2. Dia nih nak kata handsome, tak lah sangat tapi sedaplah jugak mata aku nih memandang. Hahaha walaupun aku tak pernah tegur dia, tapi aku kira apa. Janji mata aku nih boleh dicuci tiap-tiap hari. Hahahaha masa siang hari tu, aku dah jumpa dah dia. amboi... segak bergaya. Rambut maintain ja cuma dia agak berisi. Haha standard lah. Hari-hari makan. Aku nih ja yang abnormal.

Malam tu aku menjengah ke Uptown sebelum ke Ahpai untuk hentam nasik lemak sebakul dan tekang sekilo. haa... memang aku tipu pun. HAHAHA mata liar tengok booth-booth yang ada. Jalan tak tengok depan. Ahhh... selepas beberapa kali terpijak sliper member aku, aku pun mengangkat muka tengok depan. Wow! Tiba-tiba, rasa macam ada cahaya terang didepan aku. Wahhh! Jodoh! Hahahaha hati tersenyum tetapi muka masih lagi kering ibarat jeruk limau cina! Bodoh betul! Aku kata dekat diri sendiri. Senyum tak rugilah wahai harimau oi! Maki dalam hati lagi. Lintas tepi dia tapi dia tak pandang pun. Nasib baik dia tak pandang aku. Hahaha sebab masa tu aku comot gila kot. sebab aku pakai jersi dan jeans lusuh kegemaran. memang comot lah cita dia! HAHA

Balik rumah aku mula menyesal sebab tak senyum dekat dia. 2 tahun sekolah sekali. Kenapa susah sangat urat muka nih nak senyum dekat dia yang omaigosh sedap mata memandang nih... erghhh! sebelum tidur, aku tepuk dahi mengenangkan pasal tadi tu. Why? Why? WHY?! Y U NO SMILE? *sambil tepuk dahi dan berkata, sabar ja lah*

Aihhh... nak dijadikan cerita, malam itu aku mimpi dia. hahahahaha dey mimpi baik punya. Woi, fikir bukan-bukan ya? Nak kena hempap dengan tiang eletrik depan rumah atau kereta kelisa warna kelabu? Sila buat pilihan anda sekarang. T.T okay, pilihan bijak. Sila baring hadapan rumah saya pukul 1.61 pm esok. trailer berukuran 3 kaki 2 inci menanti! haaaaaa... yalah. aku sambung cerita nih balik. Positive okay?

haa... meh aku cita apa aku mimpi. Masa tu aku baru turun bus. Nak naik tren pi mana aku pun tak dan nak tengok tiket. mimpilah katakan. dia tolong angkat beg aku yang berbunga-bunga (memang aku tak dak lah beg tu cita dia). dalam kesesakan nak turun tren, beg aku hilang. kebetulan dalam beg tu ada camera dslr d700 aku baru beli. aku pun tak tau kata ada sampailah aku baca dekat beg tu tulis, "DALAM BEG INI ADA NIKON D700 BARU BELI". bwahahaha bodo punya mimpi. Lepas hilang, aku jadi macam tak betul lah sikit. Dah la pakai baju kurung. Hao siao ohh. Dia nih dah panic macam orang gila. HAHA lawak gila muka dia. Rasa nak tampar pun ada. Yalah, dalam mimpi aku ada d700 kot!! Gila! idaman kalbu! hahaha lepas tu dia minta number telefon aku lepas tu dia call ajak keluar makan tanda mintak maaf. Masa jumpa dia abaq dia saja sorokkan beg tu sebab nak jumpa aku. Aihhhhhhhh... gila sweet. HAHAHAHA nasib baik dalam mimpi aku pakai elok. Mau nya aku pakai t-shirt cabuk, aihhh cacat jugak la mimpi aku. HAHAHA

HAHA HAHA HAHA HAHA bunyi macam loser bukan? Well, jadilah. At least, aku keluar jugak dengan dia walaupun...walaupun...walaupun hanya MIMPI! *danggggg!!!*

No comments:

Post a Comment