untuk orang yang ada BMI tak normal macam aku nih memang senang letih. nak buat macam mana... bukan tak makan tapi memang tak naik berat badan. metabolisme tinggi. tinggi mana aku pun kurang pasti. hahaha sebagai seorang yang abnormal, (terpaksa mengaku ya disini!) aku paling meluat kalau aku letih. hala... orang lain okay lagi tapi aku dah separuh hancur! grrrr... sebab tu aku selalu paksa diri sendiri. kadang tu mata dah mengantok tahap dewa kayangan, tapi aku tak mau jugak tidur! sanggup aku minum nescafe untuk segarkan mata! hahaha gilakan? yah! saya tahu! saya sudah seperti mutan! yah! saya adik wolverine! miaow. T.T
pagi kelmarin aku buat gila. bangun tidur aku terus ke toilet gosok gigi dan cuci muka sebelum sidai kain. tidak, aku bangun lewat. lewat 20minit. matahari dah naik tapi kain belum ada diampaian. yosh! telinga sudah dihidangkan dengan leteran. terima kasih untuk nyanyian itu mama! (^_^) lepas dari itu aku menjengah ke peti sejuk. *tadaaaaaa!!* eh eh, tapai! dengan hebatnya, aku hentam 3 bungkus tapai sekaligus. sedap. memang sedap. lepas dari itu, aku tak makan apa-apa. minum sahaja. petang itu aku keluar main bowling. yes, aku terlupa makan nasik. hahahaha bengap. sungguh bengap. malam baru aku makan. yosh! ini dinamakan kerja gila.
esoknya, aku kosongkan hari aku dari sebarang aktiviti luar. malas nak bersiap. lagipun muka ada jerawat. besar punya!!! T.T seharian tu aku buat kerja. bangun saja pagi tadi, aku macam normal sahaja. tapi, lepas saja mandi, kepala rasa berat! mata jadi kabur. takut betul aku. apa kena nih? takkan aku darah tinggi? aku cuba lelapkan mata. boleh dengar kepala berdenyut-denyut. aihhhhhhhh... tak suka betul. aku lari tidur depan tv. belum sempat pejam mata, aku berlahak pelik. tanpa segan silu aku lari ke dapur kerana dalam toilet ada mama. yosh! aku muntah. rugi betul nasik yang aku makan tadi. ayam masak merah lagi. hidung rasa macam berapi. mana tak nya, dari hidung pon keluar muntah. ya, kotorkan? bayangkan apa aku rasa. yes, pedas hidung!!!! T.T
aku claim sebagai food poisoning sebab aku sendiri tak tau kenapa jadi macam itu. mama kata sebab aku paksa diri. buat kerja sampai muntah. mungkin betul mungkin salah. hahaha anggapan saja. petang tu aku demam. tidak, aku masih demam. tapi berlagak sihat. sebab aku meluat bila orang ambil berat pasal aku. rasa macam penting. hahahah ya, aku tau. rasa macam nak baling pasu bunga kertas dekat aku kan? well, sila baling dengan tepat dipipi kiri ya.
No comments:
Post a Comment