Friday, December 24, 2010

MARIE HAD A LITTLE LAMB


Ya! Sekali lagi tajuk tak kena mengena. Hahaha hobi aku.Layankan aja okay? Hari ini aku kembali normal! Sistem-sistem dalam badan bekerja seperti biasa macam anda-anda yang bekerja 9 to 5 tu. Oh yeah!

Kesalahan aku yang pertama hari ini adalah, tidak. Sangkaan anda meleset. Aku bangun awal hari ini okay. T.T Ya, mak cik yang pakai cekak bunga kantan dihujung sana itu bijak. Aku terlupa nak makan nasik! Haha yes, aku terlupa. Dalam banyak-banyak perkara aku fikir, makan jugak yang aku lupa. Agaknya, fobia nak makan tu tak habis lagi, barangkali.

Aku takdak mood. Sungguh takdak mood nak edit pic. Mood aku dah kena telan dengan resaksa berdarah biru yang tinggal dalam longkang rumah sebelah barangkali. Hoo... rasa mual dan pening bila aku nak buat kerja. Ya, aku tahu. Kerja aku banyak. Aku perlu habiskan sebelum Isnin nih. Arghhh... rasa macam nak buat Kangetsu yang Naruto dok buat tu bagi ada jelmaan aku ramai-ramailah! Haa... baru cepat sikit kerja siap! Lontar peluru macam Hari Sukan dekat aku boleh? Terima kasih. T.T

Punyalah tak mau buat editing, tadi aku buat hairband lagi. Aku jahit purse Holga lagi. Aku menjahit lagi!! Aku buang masa lagi. Aku buat busy lagi. Aku update blog lagi. Aku reblogged lagi. Aku main game lagi. Aku merapu lagi. Lagilagilagilagilagi! T.T

inilah Marie, otai dekat rumah aku

Huarghhhh... hujan. Sejuk. Badan rasa panas. Panas panas panas hati ini panas! Pusing pusing pusing kepala ini pusing! Malas nak makan ubat. Lagipun ubat dekat luar. Ini kalau tidur pon sodap! *pandang kiri pandang kanan* Good night! T.T


2 comments: