Wednesday, December 29, 2010

Harry Potter Spells And Uses

Accio

A spell to bring an object back into your hand. It can be used to bring a certain object, such as in Accio Butterbeer.


Alohomora
This spell opens a locked or closed door. The opposite of this is Colloportus.

Avada Kedevra
One of the three Unforgivable Curses, this spell causes death.

Colloportus
This spell locks a door shut. Hermoine uses this to cover their escape at the end of Book 5.

Crucio
One of the three Unforgivable Curses, this spell is the Cruciatus Curse and causes great pain. Umbridge tries to cast this on Harry at the end of Book 5.

Diffindo
The spell used to rip open tapestries and such. Used quite a bit in the computer game based on Book 2.

Expecto Patronum
This spell creates a silvery protective creature, a patronus. Harry’s patronus is a stag; Cho’s is a swan. Hermoine has an Otter.

Expelliarmus
One of the more simple spells, and the first spell that the D.A. group works on in Book 5. This disarms your opponent.

Finite
A spell to cancel the effects of another spell. Lupin uses it on Neville to get him to stop dancing at the end of book 5.

Flagrate
A form of fire spell, Hermoine uses this to mark an “X” on doors in the Mysteries area in book 5.

Flipendo
A simple spell that flips something over.

Impedimenta
This spell causes a person to freeze for about a minute.

Imperio
One of the three Unforgivable Curses, this allows a wizard to take total control of another person.

Impervius
A spell to cause an invisible wall to form. Quidditch players use this to keep the rain off their faces at times.

Incarcerous
Umbridge tries this on the centaurs in book 5 - to wrap ropes around them - but the centaurs easily shake them off.

Incendio
A spell to cause a fire to burn.

Legilimens
A spell to extract memories and feelings from another person, to in essence look through the memories another has.

Levicorus
A nonverbal spell to hang a person in the air by one ankle.

Locomotor
The locomotor spell causes something to move in a given direction. For example, to move trunks along with you, you would command
Locomotor trunks. To cause someone to freeze stiff, you use Locomotor mortis.

Lumos
This spell causes the wand tips to glow and give off light.

Morsmordre
A dark spell that causes a dark mark - the sign of Voldemort - to appear.

Muffiato
A spell that fills the ears of anyone nearby with buzzing, so that conversations are not overheard.

Nox
A spell to cause darkness, the opposite of Lumos. Interestingly, the name of a fun computer RPG.

Obliviate
A memory erasing charm that Professor Lockhart was extremely fond of.

Petrificus Totalis
A spell to cause someone to freeze completely. It seems there are several different spells that cause this same effect :)

Portus
The portus spell creates a portkey that allows people to move from one destination to another easily.

Protego
A spell of protection, to ward off magical attack. Harry uses this at the end of Book 5 to keep a sphere that another is casting “Accio” on.

Reducto
An assault spell, reducto causes damage to what it is fired at. The students use Reducto to blow apart bookshelves at the end of Book 5.

Reparo
A simple spell to repair an object that is broken.

Riddikulus
An anti-boggart spell, that causes the boggart’s scary shape-changing ability to be mediated. Mrs. Weasley has trouble with this one at the beginning of Book 5 when a boggart torments her with sights of her family dead.

Scourgify
A cleaning spell, James uses this on Snape when they are young to clean Snape’s mouth out with soap.

Silencio
A spell to cause something (or someone) to become silent. As Hermoine instructs Ron, this spell is done with a sharp jab of the wand, not a wave.

Stupefy
This spell should freeze an object in place, but when Umbridge tries to use it on an escapee firework, it explodes instead.

Tarantallegra
A Death eater uses this dance-causing spell on Neville during the final battle in Book 5.

Wingardium Leviosa
Harry uses this to levitate tentacles away from him at the end of book 5.

Sunday, December 26, 2010

HANYA IDEA

wooot wooot... jangan buat macam nih kat anak dara orang okay?
sebab hati boleh sakit macam kena pijak dengan kasut bola na.
dah kena pijak pastu kena sepak berulang kali! adoi doi doi.
itu tidak baik! ingatlah bahawa karma sentiasa berlaku.
hahaha renung-renungkan dan selamat beramal!

DIA KAWAN SAYA

love hate relationship! ahaha

Kami kawan baik
Kami gaduh
Kami baik

Kami kawan baik
Kami gaduh balik
Kami baik balik

Kami kawan baik
Kami kerap gaduh
Kami kerap baik

Kami kawan baik
Kami masam muka
Kami lawan caci
Kami hina menghina
Kami tunjai kepala
Tetapi kami tak boleh tak jumpa

Kami kawan baik
Walau seburuk mana
Walau sekejam mana
Walau sehodoh mana
Kami tetap kawan baik.

saya kawan dia.
dia kawan saya.
dia driver saya.
saya penumpang setia dia.
saya sayang kawan saya.
kawan saya xtau sayang saya ka tidak.
danggg!!

PS : woi kawan! tidurlah! malam-malam asyik merayap!

VACANCY : FULLTIME BOYFRIEND

Anda mempunyai rambut yang panjang / wavy / curle?
Mempunyai ketinggian tidak melebihi 180cm?
Berkulit cerah / sawo matang / tidak gelap?
tidak kurus / tidak chubby / comel chek mek molek?
ceria serta mampu menghiburkan saya?
Boleh mengendalikan sebarang kenderaan?
Dan yang paling penting, Tahan maki dan cemburu buta?

TAHNIAH!! ANDA YANG SAYA CARI!
SILA IKUTI SESI UJIBAKAT PADA KHAMIS INI DI
TEMPAT LETAK KERETA JIRAN SEBELAH
RUMAH SAYA PADA JAM 2.30 TENGAHARI!
MAKANAN TENGAHARI TIDAK DISEDIAKAN!
JUMPA ANDA DISANA!

Friday, December 24, 2010

YAY!


YAY KERJA TAK SIAP ! HAHAHAHA LAIN KALI JANGAN BUKAK
GOOGLE CHROME YANG BERHANTU TU ! KALAU TIDAK SAMPAI
SUBUH PUN KERJA TAK SIAP JUGAK ! WEHUU !!


image

GERAM BETUL AKU ! T.T APA? AKU GERAM DEKAT DIRI SENDIRI
LAH ! TAK PAYAH PUJI... AKU TAU. AMPA NAK KATA DIA COMEL
MACAM AKU KAN? BWAHAHAHAHAHA T.T

APA YANG TAK KENA

AMARAN !
ENTRY INI TIDAK SESUAI UNTUK IBU-IBU YANG SEDANG MENGANDUNG !



cuba ampa tenung dia betul-betul... dia nih real ka patung? tenung betul-betul. kalau boleh sampai 5minit. ampa rasa dia nih real ka patung? aku rasa dia nih PANDA PSYCHO! HAHAHAHA oh yeahhhh!!! panda nih macam depressed tahap 9! hahaha aku jumpa dekat Tumblr. serious scary. lepas aku tengok, aku termimpi dia. bintat sunggoh. memang macam psycho kan? sungguhlah. aku tak kejam okay. tapi menakutkan kot kalau tengok lama-lama. mula-mula memanglah nampak comel. mula-mula saja. dah lama-lama, psycho kan?! T.T haa... sekarang aku harap ampa pun akan mimpi ngeri jugak macam aku setidurnya nanti. HAHAHAHAHA kejam kan? well, well! well, well! itu tujuan aku share dengan ampa semua. benda baik harus dikongsi kong sikong bersama! wehuuu!

MARIE HAD A LITTLE LAMB


Ya! Sekali lagi tajuk tak kena mengena. Hahaha hobi aku.Layankan aja okay? Hari ini aku kembali normal! Sistem-sistem dalam badan bekerja seperti biasa macam anda-anda yang bekerja 9 to 5 tu. Oh yeah!

Kesalahan aku yang pertama hari ini adalah, tidak. Sangkaan anda meleset. Aku bangun awal hari ini okay. T.T Ya, mak cik yang pakai cekak bunga kantan dihujung sana itu bijak. Aku terlupa nak makan nasik! Haha yes, aku terlupa. Dalam banyak-banyak perkara aku fikir, makan jugak yang aku lupa. Agaknya, fobia nak makan tu tak habis lagi, barangkali.

Aku takdak mood. Sungguh takdak mood nak edit pic. Mood aku dah kena telan dengan resaksa berdarah biru yang tinggal dalam longkang rumah sebelah barangkali. Hoo... rasa mual dan pening bila aku nak buat kerja. Ya, aku tahu. Kerja aku banyak. Aku perlu habiskan sebelum Isnin nih. Arghhh... rasa macam nak buat Kangetsu yang Naruto dok buat tu bagi ada jelmaan aku ramai-ramailah! Haa... baru cepat sikit kerja siap! Lontar peluru macam Hari Sukan dekat aku boleh? Terima kasih. T.T

Punyalah tak mau buat editing, tadi aku buat hairband lagi. Aku jahit purse Holga lagi. Aku menjahit lagi!! Aku buang masa lagi. Aku buat busy lagi. Aku update blog lagi. Aku reblogged lagi. Aku main game lagi. Aku merapu lagi. Lagilagilagilagilagi! T.T

inilah Marie, otai dekat rumah aku

Huarghhhh... hujan. Sejuk. Badan rasa panas. Panas panas panas hati ini panas! Pusing pusing pusing kepala ini pusing! Malas nak makan ubat. Lagipun ubat dekat luar. Ini kalau tidur pon sodap! *pandang kiri pandang kanan* Good night! T.T


Thursday, December 23, 2010

SAYA TEMBAK ORANG

saya penembak tegar.
hati-hati.
saya boleh tembak anda juga.

PS : mata saya macam baru bangun pagi. benci!

BATUK BATUK

*batuk* BIRTHDAY PRESENT *batuk*
*batuk kuat2* size 5 us! *batuk kuat2 lagi*

CE CITE CE CITE

untuk orang yang ada BMI tak normal macam aku nih memang senang letih. nak buat macam mana... bukan tak makan tapi memang tak naik berat badan. metabolisme tinggi. tinggi mana aku pun kurang pasti. hahaha sebagai seorang yang abnormal, (terpaksa mengaku ya disini!) aku paling meluat kalau aku letih. hala... orang lain okay lagi tapi aku dah separuh hancur! grrrr... sebab tu aku selalu paksa diri sendiri. kadang tu mata dah mengantok tahap dewa kayangan, tapi aku tak mau jugak tidur! sanggup aku minum nescafe untuk segarkan mata! hahaha gilakan? yah! saya tahu! saya sudah seperti mutan! yah! saya adik wolverine! miaow. T.T

pagi kelmarin aku buat gila. bangun tidur aku terus ke toilet gosok gigi dan cuci muka sebelum sidai kain. tidak, aku bangun lewat. lewat 20minit. matahari dah naik tapi kain belum ada diampaian. yosh! telinga sudah dihidangkan dengan leteran. terima kasih untuk nyanyian itu mama! (^_^) lepas dari itu aku menjengah ke peti sejuk. *tadaaaaaa!!* eh eh, tapai! dengan hebatnya, aku hentam 3 bungkus tapai sekaligus. sedap. memang sedap. lepas dari itu, aku tak makan apa-apa. minum sahaja. petang itu aku keluar main bowling. yes, aku terlupa makan nasik. hahahaha bengap. sungguh bengap. malam baru aku makan. yosh! ini dinamakan kerja gila.

esoknya, aku kosongkan hari aku dari sebarang aktiviti luar. malas nak bersiap. lagipun muka ada jerawat. besar punya!!! T.T seharian tu aku buat kerja. bangun saja pagi tadi, aku macam normal sahaja. tapi, lepas saja mandi, kepala rasa berat! mata jadi kabur. takut betul aku. apa kena nih? takkan aku darah tinggi? aku cuba lelapkan mata. boleh dengar kepala berdenyut-denyut. aihhhhhhhh... tak suka betul. aku lari tidur depan tv. belum sempat pejam mata, aku berlahak pelik. tanpa segan silu aku lari ke dapur kerana dalam toilet ada mama. yosh! aku muntah. rugi betul nasik yang aku makan tadi. ayam masak merah lagi. hidung rasa macam berapi. mana tak nya, dari hidung pon keluar muntah. ya, kotorkan? bayangkan apa aku rasa. yes, pedas hidung!!!! T.T

aku claim sebagai food poisoning sebab aku sendiri tak tau kenapa jadi macam itu. mama kata sebab aku paksa diri. buat kerja sampai muntah. mungkin betul mungkin salah. hahaha anggapan saja. petang tu aku demam. tidak, aku masih demam. tapi berlagak sihat. sebab aku meluat bila orang ambil berat pasal aku. rasa macam penting. hahahah ya, aku tau. rasa macam nak baling pasu bunga kertas dekat aku kan? well, sila baling dengan tepat dipipi kiri ya.

Wednesday, December 15, 2010

ARGH !


AKU TAK SEMPAT SAVE ARTWORK AKU LAGI !
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!
3 JAM AKU BUAT AKHIRNYA TAK SEMPAT SAVE !
OH YEAH, CS3 MENDUGA DIRI !
YES ! BANYAK KALI SUDAH JADI !
YA, MASIH BERULANG LAGI !
WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!

_____________________________________________________

Tuesday, December 14, 2010

MIMPI HEBAT T.T

Ya, tajuk macam mencurigakan bukan? Ahh... ini yang bosan nih. Mesti fikir yang ke arah kebiruan! haihhh!! jernihkan balik!! jernihkan balik!! mentaliti kelas kedua betul anda-anda ini! (kata sambil kecilkan kornea mata, hebat?) hahaha yeahhh... saya tahu. *sambil buat muka riak dan takbur*

Tempoh hari aku ada berjumpa dengan seorang budak sekolah lama aku. Masa sekolah dulu aku selalulah usha dia. dia dok kelas sebelah. Hahaha dey ini bukan sexual harassment okay?! Ini dinamakan secret admire! Muahahahaha biasalah. 5 thn sekolah perempuan. Bila bercampur mulalah mata nih nak menggalak seminit dua. Aihhhhh balik ke tajuk asal! Hahaha okay2. Dia nih nak kata handsome, tak lah sangat tapi sedaplah jugak mata aku nih memandang. Hahaha walaupun aku tak pernah tegur dia, tapi aku kira apa. Janji mata aku nih boleh dicuci tiap-tiap hari. Hahahaha masa siang hari tu, aku dah jumpa dah dia. amboi... segak bergaya. Rambut maintain ja cuma dia agak berisi. Haha standard lah. Hari-hari makan. Aku nih ja yang abnormal.

Malam tu aku menjengah ke Uptown sebelum ke Ahpai untuk hentam nasik lemak sebakul dan tekang sekilo. haa... memang aku tipu pun. HAHAHA mata liar tengok booth-booth yang ada. Jalan tak tengok depan. Ahhh... selepas beberapa kali terpijak sliper member aku, aku pun mengangkat muka tengok depan. Wow! Tiba-tiba, rasa macam ada cahaya terang didepan aku. Wahhh! Jodoh! Hahahaha hati tersenyum tetapi muka masih lagi kering ibarat jeruk limau cina! Bodoh betul! Aku kata dekat diri sendiri. Senyum tak rugilah wahai harimau oi! Maki dalam hati lagi. Lintas tepi dia tapi dia tak pandang pun. Nasib baik dia tak pandang aku. Hahaha sebab masa tu aku comot gila kot. sebab aku pakai jersi dan jeans lusuh kegemaran. memang comot lah cita dia! HAHA

Balik rumah aku mula menyesal sebab tak senyum dekat dia. 2 tahun sekolah sekali. Kenapa susah sangat urat muka nih nak senyum dekat dia yang omaigosh sedap mata memandang nih... erghhh! sebelum tidur, aku tepuk dahi mengenangkan pasal tadi tu. Why? Why? WHY?! Y U NO SMILE? *sambil tepuk dahi dan berkata, sabar ja lah*

Aihhh... nak dijadikan cerita, malam itu aku mimpi dia. hahahahaha dey mimpi baik punya. Woi, fikir bukan-bukan ya? Nak kena hempap dengan tiang eletrik depan rumah atau kereta kelisa warna kelabu? Sila buat pilihan anda sekarang. T.T okay, pilihan bijak. Sila baring hadapan rumah saya pukul 1.61 pm esok. trailer berukuran 3 kaki 2 inci menanti! haaaaaa... yalah. aku sambung cerita nih balik. Positive okay?

haa... meh aku cita apa aku mimpi. Masa tu aku baru turun bus. Nak naik tren pi mana aku pun tak dan nak tengok tiket. mimpilah katakan. dia tolong angkat beg aku yang berbunga-bunga (memang aku tak dak lah beg tu cita dia). dalam kesesakan nak turun tren, beg aku hilang. kebetulan dalam beg tu ada camera dslr d700 aku baru beli. aku pun tak tau kata ada sampailah aku baca dekat beg tu tulis, "DALAM BEG INI ADA NIKON D700 BARU BELI". bwahahaha bodo punya mimpi. Lepas hilang, aku jadi macam tak betul lah sikit. Dah la pakai baju kurung. Hao siao ohh. Dia nih dah panic macam orang gila. HAHA lawak gila muka dia. Rasa nak tampar pun ada. Yalah, dalam mimpi aku ada d700 kot!! Gila! idaman kalbu! hahaha lepas tu dia minta number telefon aku lepas tu dia call ajak keluar makan tanda mintak maaf. Masa jumpa dia abaq dia saja sorokkan beg tu sebab nak jumpa aku. Aihhhhhhhh... gila sweet. HAHAHAHA nasib baik dalam mimpi aku pakai elok. Mau nya aku pakai t-shirt cabuk, aihhh cacat jugak la mimpi aku. HAHAHA

HAHA HAHA HAHA HAHA bunyi macam loser bukan? Well, jadilah. At least, aku keluar jugak dengan dia walaupun...walaupun...walaupun hanya MIMPI! *danggggg!!!*

Monday, December 13, 2010

APABILA ENCIK PATUT MENYERANG

Assalamualaikum... Ohoi !

Yes, hari ini hujan. Turun dengan lebat dan hebat. Kental saja aku memerhatikan baju-baju yang aku sidai dibasahi hujan sebab tak sempat nak angkat. yeahhh.. aku memang suka buat kerja 4, 5, 6, 7, 8 kali. HAHA apa? aku memang tak sempat lah! Nature call! Memang tak sempat! T.T

*angkat kening konon hairan* apa? ya, aku tak makan lagi. dan bukan, aku tak tertelan tebuan. HAHAHA tadi masa aku tengah selamatkan kain-kain kat penyidai, sempat aku berfikir tentang sesuatu. yah! aku fikir tak kena tempat dan yah! apa aku nak hairankan? miahahaha aku tahu. aku berlaku kejam. sila sumbat telinga saya dengan pau kaya suri. haa... aku fikir pasal satu benda nih. benda nih aku dah realise lama cuma baru terdetik untuk berfikir sedemikian rupa. tiba-tiba... dang!!!! serangan encik patut pun menyerang! arghhhh... run for your life!!!!! HAHAHAHA

untuk pengetahuan anda, serangan encik patut boleh menyerang sesiapa yang pernah alami satu "drama" dimana dimatamuuuu, ku lihattt senyumannnnn...ehem. behave please. okay sambung. dimata anda semuanya nampak macam real padahal benda itu sebenaqnya satu mainan ilusi untuk mengaburi optik umum! (aku macam pernah dengar orang guna ayat nih. copy paste saja, kesah?!) kemudian, serangan akan bermula apabila anda dapat tahu tentang kebenaran "drama" lakonan para pelakon realiti ini. behind the scene lah kiranya. yes, memang sep kredit pasai tak payah nak susah-susah vote depa nih. sep duit jugak pasai tak payah buat banner ka t-shirt tanda sokong puak-puak kurdishian ini. hell yeah! T.T

dan ya, encik patut akan mula menyerang once anda-anda realise anda tertipu oh! tipah tertipu tertipu tipu tertipah eh! tipah tertipu lagi! HAHAHA irritating bukan? haa... tapi bila anda dapat tahu tentang kebenaran itu lagi annoying tahap cipan kuku cagu. serious. T.T dan bila anda bersendirian, anda akan mudah dipatuk oleh encik patut seperti, Oh, patutlah dia macam nih macam nih! patutlah dia ada camera nih! patutlah dia buat macam tu! patutlah dia suka pakai macam nu! patutlah dia kata macam ni! ohhh.. patutlah! patutlah! PATUTLAHHHHHHHHH!!! T.T

yes, saya benci encik patut. saya benci anda juga sebab buat encik patut singgah sejam dua. tetapi ada baiknya kena serangan nih sebab at least, kita dapat merungkai suatu benda yang memusykilkan kita berabad lamanya. teneeee tennnneeeee (aku cuba buat bunyi macam cita X-Files) layankan aja okay? cun.


Sunday, December 5, 2010

A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS

A picture is worth a thousand words. Pernah dengar quote nih? betulkan apa yang dimaksudkan? kalau tengok pic nih, apa agaknya dalam kotak fikiran anda? (Abaikan skirt dia yang super pendek itu yah T.T) macam-macam kan? mungkin akan ada yang kata perempuan nih sedang melepaskan sesuatu yang dia dah lama hold yakni burung-burung itu lah. atau mungkin dia sedang membiarkan burung-burung itu membuat pilihan hidup sama ada hendak terus kekal berada dalam sangkar itu atau terbang keluar mendapatkan kebebasan seperti sesetengah rakyat Malaysia kita mahu, iaitu kebebasan bersuara! yah! aku sedang melalut disitu. yes! sila sumbat kepala aku dalam sangkar burung itu! yah! abang dah pulang! siapkan tab mandi untuk abang! yah lagi! aku sedang merapu meraban! T.T

*tampar dahi dengan mug sambil menyanyi lagu Senyum* apa kena-mengena picture nih dengan entri kali nih? haa... agak-agak burung gagak kutip batu masukkan ke dalam jag untuk mendapatkan air dari dalam jag tersebut. yes... aku juga tak paham apa yang aku taip. malas nak delete. hahaha yes, perangai aku agak buruk disitu. seperti tindak-tanduk dan keputusan yang aku ambil. aku tak mahu rasa menyesal. setiap apa yang aku buat, semuanya sudah ditimbang kati serta kilo. jadi, aku perlu tanggung semua risiko tak kiralah ianya besar mahupun sekecil bulu hidung anda. hahaha

*tarik nafas sambil tolak spec yang mengendong 5org power rangers* selepas beberapa ketika aku letakkan diri aku dalam situasi yang macam haram rasanya atau dalam bahasa yang lebih sopan, macam bengap, aku telah mengambil keputusan untuk blah angkat kaki (sekali lagi). yah! mana kopi abang?!

apa pandang-pandang? bebal aku merapu? aku pun bebal jugak nih. apa kena dengan hang nih farid?! okay, inhale, exhale. inhale calm, exhale hate. inhale happiness, exhale hatred. inhale, inhale, inhale, okay tahan, tahannnn... tahannnn... okay, sila lepas angin itu. angin atas bukan bawah okay.

Hmm... sudah sampai masanya aku lepaskan apa yang telah terbukti dengan nyatanya. well, a picture is worth a thousand words. haha haha haha because of a picture, I'm backing off and moving on with my life. have a nice day. Tata!

Saturday, December 4, 2010

YES , SAYA KECEWA DENGAN ANDA !

Hahaha comel tapi tak boleh blah gila muka kucing. haaa... ada dua sebab ja dia buat muka macam ini. satu sebab air sejuk, yang kedua mungkin sebab dia bengang tuan dia masukkan dia ke dalam air! haha

Buat masa sekarang, muka aku pun lebih kurang macam nih jugak. cuma yang bezanya, muka aku tiada bulu berwarna orange, misai dan mata yang hijau macam kucing nih. hahaha apa? sebab aku buat muka macam nih? haha sebab aku suka. hahaha eh, jangan baling handphone! baling saja lesung batu tepat mengenai monitor anda. hahaha aipp..jangan marah na. ehehe haa... ada dua sebab sahaja aku buat muka habis tak boleh blah nih.

satu sebab aku tengah sakit perut. ya, 2-3 hari ini perut aku selalu buat hal. mungkin sebab aku jarang penuhkan dia kot. ahh... mengada. Lantak dia nak sakit. aku tak hairan. jangan sampai masuk hospital sudah!

sebab kedua? haihhh... sebab aku kecewa dengan anda lah! ya, kamulah! yes, you lah! seriously, you! aihhh! bunyi macam marah betul kan? sebenarnya, marah 50% ja. campur emosi yang tak stabil diawal bulan jadi marah 100%! tak tahu macam mana nak express. bukan marah. entahlah. susah nak explain. bercampur-baur.

tapi, secara kesimpulannya, saya kecewa. anda mungkin tahu kenapa. kenapa agaknya ya? tapi please jangan kata saya sombong. please jangan kata saya sibuk hingga tak mampu layan anda. saya tak pernah tiada masa untuk anda. saya sentiasa mencari masa saya untuk anda. please jangan kata saya begitu. anda tak cukup kental barangkali untuk menerima tekanan sebanyak 2% dari tekanan yang anda berikan kepada saya.

banyak sungguh please. naik menyampah. hahahaha please, please, please, kamu jangan nakal! please lagi. haihhh rasa macam nak sumbat mata sendiri dengan mouse. haa... apa kata kalian yang tolong sumbatkan. pasti lebih interesting. hahahah tapi make sure mouse itu wireless. susah sikit nak tarik keluar. biar tragis. boleh masuk bestgore.com! hahaha eh, pernah tengok cerita Expandable? ada satu quote yang aku rasa menarik tertarik kau memang dabom yang aku nak share. haa... ini dia!

-"Now you know my job, no matter what. It's worth waiting for me"-

Friday, December 3, 2010

STEREOTYPE !


I have alot of guy friends so I’ve must have hooked up with all of them

I smile alot, so I must have the perfect life

I'm a girl, so I cannot make a decision

My opinion matters, so I must be a bitch

I’m comfortable with my body, so I get around?

I like to help out, so I can be bullied

I laugh and smile, so I cannot be depressed

I like spending my day at home, so I don’t have any friends

Most of my friends are dudes, so I must be a tomboy

I’m a Muslim, so I must be a terrorist

I make alot of mistakes so I must be stupid/retarded

I like rasta colors, so I must smoke weed

I’ve made mistakes, so I must be untrustworthy

I really love him, so I must hold on

I really love him, so I must be taken for granted

I’m a Politician, so I must be corrupt

I’m wearing a black shirt, so I must be emo

I wear make up, so I must be a flirt

I am a teenager, so I must be misunderstood.

SAY NO TO STEREOTYPING.