Monday, April 4, 2011

KOSONG DAN BERDEBU

Lopong. Kosong. badi barang kali. selepas beberapa bulan aku membelah dada kawan aku untuk melihat keadaan hatinya, hati aku terkena jangkitan. ini merbahaya. aku bisik dalam beg galas. pasti sebab aku tak pakai sarung tangan tempoh hari. tengok apa dah jadi. ahhh. KOSONG! aku jerit lagi.

sehari selepas itu, bahu aku terasa berat. apa pulak nih? aku tanya dalam bantal. saya masalah anda. sekarang saya akan duduk dibahu anda sehingga anda berjaya menghalau saya. tapi kenapa dibahu saya? aku tanya dengan muka habis tak boleh blah. masalah itu memandang aku begini (T_T) sambil berkata hang ingat aku kisah ka? aku terdiam. aku cakap duduk diam-diam. aku akan buang dia nanti. dia ketawa dengan sinis. aku tengok dengan bengis sambil berkata ciss!

dia cakap lagi. dia kata, itulah. lain kali, bayar PTPTN on time. jangan tunggu surat sampai baru nak bayar. lepas itu dia senyum sinis. sambil korek gigi guna cotton bud. aku tengok sambil kata, pfffffft dan buat muka macam nih (@.@).

kemudiannya, hati aku kian membiru. ahh. aku perlu hati baru. bisik aku dalam baju. sambil menepuk-nepuk dada yang kian berabuk. nanti aku ganti yang baru. kata aku lagi. dia cakap okay. jangan lambat-lambat. nanti aku berbulu (T_T).
magicfran:  by Rob Lee
berbulu macam ini.

No comments:

Post a Comment