Monday, April 4, 2011

OTAK

terasa seperti hendak menepuk kepalanya dan berkata, guna otak. GUNA OTAK. kemudian beransur pergi. dia faham atau tidak, itu terpulang kepada pemahamannya. sudah besar. sudah panjang. ya. sudah besar kepala. sudah panjang akalnya juga. kejutkan hamster dalam tempurung kepala itu supaya dapat berfikir dengan pantas. paksa dia berlari laju. paksa dia bekerja kuat.

katanya, orang lain lembab. dia berbulu. katanya lagi, dia tangkas. macam selalu. ya. memang ada orang lembab. tapi tidak dalam semua perkara. macam dia juga. cuma dia tak tahu. dia tak perasan. dia tak peduli, barang kali.

sehari dua, tidak mengapa. sekali, dua, boleh diterima lagi. kalau bertubi-tubi, kalau sakitnya sampai ke sendi, tak boleh berdiam diri. riot. dalam hati ada riot. kuat. mereka memberontak. gara-gara sakit hati. tapi apa yang mampu dibuat, diam. menyendiri. sendiri. sepi.

penakut. ada suara dalam hati berbisik. kau penakut. takut untuk bersuara. takut untuk mempertahankan hak, katanya. bisikan itu kian lama kian kuat. tangan makin sejuk. gengaman makin kuat. merah telapak tangan. kemudiannya, gengaman itu dilepaskan perlahan-lahan sambil melafazkan Astag'firullah hallazim. syaitan, kau durjana. tahu menjahanamkan aura sahaja. benci.

kayu. dia ibarat kayu. kayu yang dipacak ditepi pelabuhan titi nelayan. kayu usang yang menunggu hari untuk reput. hancur. hanyut. kau macam itu. suara dalam otak fikiran berbisik. jangan tinggi diri. nanti tersungkur, merana. sakit. lara. duka. sedar diri. itu sahaja.

hormat. dia mungkin tak pernah dengar perkataan itu, barangkali. sebab itu dia begitu. kesiankan dia? ya. sangat kesian. dimasa hadapan nanti mungkin dia akan tahu. mungkin dia akan sedar. mungkin juga dia akan menyesal. tapi mungkin itu sudah terlambat. itu pun mungkin. kalau mungkin dia tak ambil kisah, mungkin dia akan begini sampai mati.

tangan yang tadinya sejuk kerana marah, geram, berang, makin suam. Alhamdulillah. tenang. itu yang dicari. hargai. itu yang perlu. kalau dia terus begini, akan ada yang berlalu pergi. akan ada yang makan hati. tidak kurang juga yang sakit hati.

sedarlah diri. tolong sedarlah diri. jangan terus begini. sakit. orang sekeliling sakit. gundah sabar tak dapat ditahan lagi. gundah marah tak dapat dikawal lagi. jadi guna otak. guna otak itu. kejutkan hamster pemalas itu. biar dia bekerja. biar dia letih. biar begitu.

No comments:

Post a Comment