Thursday, April 7, 2011

SUGAR GLIDER MEMBERONTAK

lima ratus sugar glider sedang backflip dalam perut saya. ya, saya lapar. disaat ini, rasanya sekiranya nasi beriani bersama ayam tandori di Kapitan boleh saya habiskan tanpa meninggalkan sebarang sisa. haruslah sebelum-sebelum ini, mana nak habisnya. pasti akan ada makhluk bertuah yang akan bantu saya menghabiskannya.

hendak masak, tiada bahan. yang tinggal, hanyalah biskut-biskut kering yang sudah dijamah setengah hari. diteguk air milo berulang kali. perut ini sudah tak tahan lagi! argh. ya, dramatik gila. rasa macam nak ketuk kepala sendiri dengan tin milo. hendak keluar, kedai jauh berbatu-batu. bencinya aku disini, yalah, tiada kemudahan didepan mata. masa ini, aku mula terkenangkan saat-saat indah aku dirumah. tiada bahan hendak masak? kedai makan 5 langkah dari rumah. top up habis? kedai dihujung jalan sahaja. bank? seberang jalan. itu pun terkadang aku malas jugak. sekarang, rasakan! dush3! T.T

image
aku lapar. lapar sangat. sekiranya tiada orang belikan aku makan, aku rasa aku akan hancurkan biskut ini dan buat biskut goreng. sekiranya tak dapat hubungi aku, sampaikan salam aku dekat Mama, oh katanya dekat Mama, ayam masak merah Mama terbaik! nasik tomato Mama pun sama. haih.. tap tap tap!

*jalan sambil merangkak pegang perut ke dapur*
dramatik gila

No comments:

Post a Comment