Thursday, April 7, 2011

ARNAB-ARNAB KECIL DALAM KEPALA

terasa seperti ada seribu arnab kecil sedang menggigit urat-urat dalam kepala. aduh sakitnya. berdenyut-denyut. tiba-tiba ada orang bunyikan loceng kat luar. ting tong ting tong. berulang-ulang kali. haih tak reti sabar barang kali. dengan kepala sakitnya, dengan bunyi bisingnya, dengan jauh jalannya (saja bagi dramatik sikit), aku keluar dengan muka macam kucing parsi yang baru bangun tidur. dia kata tolong sain sini, sambil tengok muka aku yang ya, mata berbakup, macam baru sudah menangis selama 6jam. haihh lepas itu dia buat muka pelik. rasanya aku dah mandi. apa yang peliknya. aku buat tak tahu. dia pandang lagi. kepala tengah sakit nih. perkara sekecil kuku kura-kura pun boleh jadi isu. kemudian, tanpa bercakap banyak lagi, aku buat macam ini. (tanpa carut)
ya. aku buat macam ini. tapi dalam mimpi. sejam selepas itu, aku tak tahan lagi. lalu aku tidur. apa jadi dekat postman tadi? dia balik lah selepas hantar parcel tu. aku tak buat apa-apa pun. cuma aku buat muka penting saja. macam selalu.
image
ya, muka macam ini. macam selalu. muka yang mintak penyapu. kadang mintak orang paku. haha. kadang tu tak mintak pun orang paku tapi dapat ja selalu. haih -.-"

No comments:

Post a Comment