Thursday, February 17, 2011

SUARA ITU

aku ada suara. suara aku sengau bila selsema, garau bila batuk dan tak merdu bila sihat. setiap hari, aku letak suara aku dalam dompet dan aku akan keluarkan suara aku bila perlu. terkadang tu, bila tidak perlu jugak. ehem. ada hati yang terhibur bila aku bersuara. ada hati yang panas bila aku bersuara. dan ada hati terluka bila aku bersuara. kadang kala, aku simpan suara aku dalam balang sebelum keluar. biar aku bisu. biar begitu.

suatu hari, aku terjumpa satu suara. suara itu tak sedap. suara itu garau. suara itu buat hati aku yang kecil ini makin kecil sebesar syiling 10sen. suara itu juga buat gegendang telinga aku bingit dan nyaris pecah. suara itu boleh buat aku tak senang. semua menghindar dari suara itu. semua meninggalkan suara itu. tinggallah aku dan suara itu. sepi. yang dapat aku dengar deruan angin dan bunyi cengkerik. suara itu bisu. aku sapa ia. ia bersuara. ia buat aku tertawa. gembira. hampir berguling kerana ia. aku tekad untuk membawa ia pulang. biar suara aku berteman. biar begitu.

kini suara itu kian pudar. ia tidak lagi seperti dahulu. suara itu sudah berubah. tiada lagi gelak tawa. tiada lagi gurau senda. tiada lagi hati bermadah. yang tinggal hanyalah ego yang menebal, bebal yang beban dan hati bengkak membiru. terdiam terpaku. diam membisu. suara aku tidak lagi berkata-kata. ia hanya mampu berdoa. agar suara itu pulih dan tidak terus terluka. agar suara itu sedar. agar suara itu tahu.

keesokan harinya, aku nekad. tekad. muktamad. aku ambil suara itu, masukkan dalam blender dan kisar sehingga hancur. kemudian, aku bancuh dengan kopi. kemudian aku minum. ahhh.

padan muka.

No comments:

Post a Comment