Thursday, February 17, 2011

KERTAS PENUH DUGA

aku ada kertas. banyak. lalu aku buat kapal terbang kertas dan beri kepada semua orang. gembira. ceria. semua suka. aku juga. mereka jerit, kami mahu lagi. aku selongkar almari. ahh, kertas habis. bagaimana nak buat kapal terbang kertas lagi? aku berkata seorang diri.

Kamisah lalu. aku tanya. Kau ada kertas? Kamisah pandang risau. dia sorokkan kertas ditangan. err tiada, tiada dia kata. tak mengapa, jawab aku.

Fatimah pula lalu didepan aku. Kau ada kertas? aku tanya. Fatimah pandang sambil senyum. ada dia jawab. sambil hulurkan sekeping kertas kecil bersaiz tapak kaki kucing. nah. ambillah. aku jawab, terima kasih Fatimah. 10 minit selepas itu, dia minta kertas itu kembali. nak cungkil tahi kuku katanya -.-"

Aku nampak Malim dari jauh. sepertinya akan melalui jalan ini. Malim disapa Fatimah. kemudian, aku nampak Malim berpatah balik sambil sorokkan kertas ditangan ke dalam baju. aku senyum sambil berkata Alhamdulillah.

aku nekad. ayuh jalan kaki ke kedai Pak Jabit ditepi sungai itu. mana tahu. barang kali ada kertas surat khabar yang tak lagi digunakan. dengan seribu satu perasaan bercampur harapan, aku pergi.

hujan. hujan sungguh lebat. aku basah. Ramona, adik kembar Winona didepan itu sedang memegang payung. aku sapa dia, tapi dia langsung pergi. aku senyum. tak mengapa. bukan selalu aku main hujan. hujan berhenti. sejuk. aku menggigil. Saodah yang lebam matanya ditumbuk Milah tempoh hari sedang menyidai kembali kain pandang aku. kau sejukkah? dia bertanya. aku kata ya. dia kata ohh dan masuk ke dalam. aku diam. cengkerik sempat berbunyi. lalu aku pergi.

sampai dikedai Pak Jabit, aku bertanya. ada tak kertas yang tak lagi digunakan? saya nak. aku kata. Pak Jabit minta telefon bimbit aku. kita tukar, dia kata. telefon usang itu. satu-satunya harta yang aku ada. aku diam. baik. demi kebahagiaan semua. baik.

aku jalan dalam panas terik. baju yang tadinya basah kini sudah kering. ahh. dahaganya. aku berbisik seorang diri. dijalanan aku terjumpa orang-orang lagi. mereka memegang ais kepal sirap merah. aku terliur. tapi kali ini, aku nekad. aku hanya senyum lalu pergi.

aku lekatkan kembali senyum manis diwajah semua orang. mereka ada kapal terbang kertas lagi. mereka gembira. bergelak dan ketawa. aku? aku tempuh pelbagai duga. aku senyum penuh makna. aku makin kenal siapa itu siapa. sambil tarik nafas dalam-dalam aku lepas dan kata ahh. tak apa aku kata. ini untuk semua. Alhamdulillah. Allah Maha Esa.

No comments:

Post a Comment