Monday, February 28, 2011

JANGAN KETAT-KETAT

jam menunjukkan pukul 2 tengahari. aku baru mandi. ya. jangan tiru aksi ini. bahaya. takut tidak dilamar suatu hari nanti. haha ya. aku mandi lewat hari itu. hari sebelum-sebelumnya juga. T.T

aku capai telefon antik aku yang kian hari kian nazak. aku tekan-tekan ia untuk mencari satu jawapan. hampa. semua jawapannya dingin. macam mana nih? Oh sekadar bertanya. Oh yaka? Ohhh. mintak maaf. itu jawapan aku. kemudian, aku tinggalkan mereka dan kedinginan mereka. biar mereka sejuk membeku dahulu.

termenung.

terfikir.

apa puncanya. hairan. sejam berlalu. jawapan aku temu.

kemudian aku naikkan status, " orang yang stress adalah orang yang tidak berak pagi".

THE END

SARANGE OH!

Aku dapat dengar lagu “There she goes”. Dia pun sama. Angin sepoi-sepoi bahasa. Wahh.. macam drama, aku kata dalam hati kecil aku nih.

Dia duduk diatas kerusi dimeja makan. Aku duduk di sofa. Walaupun jauh, kami saling memandang. Wahh… sekali lagi aku buat bunyi itu sambil buat muka macam nih :O

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Aku terkebil. argh. kalah aku disana. Dia bangun ke pintu dan buka. Ada seorang perempuan menangis. Dia terkejut. Aku pandang sinis. Lalu perempuan itu pun memeluknya. Cliché drama. Argh, gatal. Aku kata sambil buat muka macam ini (T_T).

Dia cakap korea. Aku terkedu. Apa nak jawab nih? Aku kata “abuleh?” yang maksudnya apa. Dia cakap lagi korea. Aku tak faham lagi sekali. Aku cakap “sarange oh”. Dia masih cakap-cakap lagi. Rasa macam nak lempang pipi dia yang gebu dan nampak lembut itu tapi aku senyap dan buat muka macam nih pula (ToT).

Tiba-tiba loceng berbunyi lagi. dua orang budak berbaju sekolah lari masuk sambil berkata, " Mama kami sudah pulang mana janjinya? cucur adabi yang enak!". Aku tenung dia sambil kata, “Argh! Time aku dok tengah layan cerita korea nih la nak ada banyak iklan pun! “.

Sunday, February 20, 2011

hah! hah! hah!


well, I am so so sorry people! T_T

Thursday, February 17, 2011

KERTAS PENUH DUGA

aku ada kertas. banyak. lalu aku buat kapal terbang kertas dan beri kepada semua orang. gembira. ceria. semua suka. aku juga. mereka jerit, kami mahu lagi. aku selongkar almari. ahh, kertas habis. bagaimana nak buat kapal terbang kertas lagi? aku berkata seorang diri.

Kamisah lalu. aku tanya. Kau ada kertas? Kamisah pandang risau. dia sorokkan kertas ditangan. err tiada, tiada dia kata. tak mengapa, jawab aku.

Fatimah pula lalu didepan aku. Kau ada kertas? aku tanya. Fatimah pandang sambil senyum. ada dia jawab. sambil hulurkan sekeping kertas kecil bersaiz tapak kaki kucing. nah. ambillah. aku jawab, terima kasih Fatimah. 10 minit selepas itu, dia minta kertas itu kembali. nak cungkil tahi kuku katanya -.-"

Aku nampak Malim dari jauh. sepertinya akan melalui jalan ini. Malim disapa Fatimah. kemudian, aku nampak Malim berpatah balik sambil sorokkan kertas ditangan ke dalam baju. aku senyum sambil berkata Alhamdulillah.

aku nekad. ayuh jalan kaki ke kedai Pak Jabit ditepi sungai itu. mana tahu. barang kali ada kertas surat khabar yang tak lagi digunakan. dengan seribu satu perasaan bercampur harapan, aku pergi.

hujan. hujan sungguh lebat. aku basah. Ramona, adik kembar Winona didepan itu sedang memegang payung. aku sapa dia, tapi dia langsung pergi. aku senyum. tak mengapa. bukan selalu aku main hujan. hujan berhenti. sejuk. aku menggigil. Saodah yang lebam matanya ditumbuk Milah tempoh hari sedang menyidai kembali kain pandang aku. kau sejukkah? dia bertanya. aku kata ya. dia kata ohh dan masuk ke dalam. aku diam. cengkerik sempat berbunyi. lalu aku pergi.

sampai dikedai Pak Jabit, aku bertanya. ada tak kertas yang tak lagi digunakan? saya nak. aku kata. Pak Jabit minta telefon bimbit aku. kita tukar, dia kata. telefon usang itu. satu-satunya harta yang aku ada. aku diam. baik. demi kebahagiaan semua. baik.

aku jalan dalam panas terik. baju yang tadinya basah kini sudah kering. ahh. dahaganya. aku berbisik seorang diri. dijalanan aku terjumpa orang-orang lagi. mereka memegang ais kepal sirap merah. aku terliur. tapi kali ini, aku nekad. aku hanya senyum lalu pergi.

aku lekatkan kembali senyum manis diwajah semua orang. mereka ada kapal terbang kertas lagi. mereka gembira. bergelak dan ketawa. aku? aku tempuh pelbagai duga. aku senyum penuh makna. aku makin kenal siapa itu siapa. sambil tarik nafas dalam-dalam aku lepas dan kata ahh. tak apa aku kata. ini untuk semua. Alhamdulillah. Allah Maha Esa.

SUARA ITU

aku ada suara. suara aku sengau bila selsema, garau bila batuk dan tak merdu bila sihat. setiap hari, aku letak suara aku dalam dompet dan aku akan keluarkan suara aku bila perlu. terkadang tu, bila tidak perlu jugak. ehem. ada hati yang terhibur bila aku bersuara. ada hati yang panas bila aku bersuara. dan ada hati terluka bila aku bersuara. kadang kala, aku simpan suara aku dalam balang sebelum keluar. biar aku bisu. biar begitu.

suatu hari, aku terjumpa satu suara. suara itu tak sedap. suara itu garau. suara itu buat hati aku yang kecil ini makin kecil sebesar syiling 10sen. suara itu juga buat gegendang telinga aku bingit dan nyaris pecah. suara itu boleh buat aku tak senang. semua menghindar dari suara itu. semua meninggalkan suara itu. tinggallah aku dan suara itu. sepi. yang dapat aku dengar deruan angin dan bunyi cengkerik. suara itu bisu. aku sapa ia. ia bersuara. ia buat aku tertawa. gembira. hampir berguling kerana ia. aku tekad untuk membawa ia pulang. biar suara aku berteman. biar begitu.

kini suara itu kian pudar. ia tidak lagi seperti dahulu. suara itu sudah berubah. tiada lagi gelak tawa. tiada lagi gurau senda. tiada lagi hati bermadah. yang tinggal hanyalah ego yang menebal, bebal yang beban dan hati bengkak membiru. terdiam terpaku. diam membisu. suara aku tidak lagi berkata-kata. ia hanya mampu berdoa. agar suara itu pulih dan tidak terus terluka. agar suara itu sedar. agar suara itu tahu.

keesokan harinya, aku nekad. tekad. muktamad. aku ambil suara itu, masukkan dalam blender dan kisar sehingga hancur. kemudian, aku bancuh dengan kopi. kemudian aku minum. ahhh.

padan muka.

Friday, February 11, 2011

BUNUH MATA AKU LAGI

buka facebook. tengok toolbar atas tu. merah2. baru sekejap aku tinggal, dah ada notification bagai. berlambak pulak tu. sambil buat muka bangga lapar penampar beruang.

friend requests. ahhh... tak kenal. ignore. ini pun tak kenal, ignore. ini tak kenal, tengok mutual friends. tunggu setengah jam. nanti-nantilah add hang.

setengah jam berlalu. profile tadi aku redah. tengok profile picture. argh! aku jerit dalam perut. mata aku drooling. aku gosok dengan bantal. drooling balik. aku tumbuk mata aku. kemudian aku korek buat keychain. T_T

dia pakai baju hijau. aku ulang, dia pakai baju HIJAU! rambut dia panjang. aku ulang, rambut dia PANJANG! dia pakai baju band itu. aku ulang, dia pakai baju BAND tu!

ahh. aku kata. sambil buat muka macam nih (T_T). aku korek mata aku sebijik lagi. kemudian, aku celup dalam air teh. jadilah air teh o ais mata.

sekarang mata aku tiada. sukanya. tak boleh tengok dia yang agak kacak tambah-tambah bila berbaju hijau itu lagi. (realiti; tengah belek gambar dia. cair macam ais ditengah-tengah padang pasir -.-" )

KOTAK HATI DIA SIFAR (untuk Ainol)

Ahh. garu kepala seperti kucing yang ada 10 ekor kutu atau lebih dikepalanya. haru. biru. lapar luku. itu yang terpancul dimukanya.

mari sini. aku panggil. dia datang. muka seperti lapar siku. apa? dia kata dengan garang. mari aku periksa hati hang. aku perintah. dia bagi. dengan tidak rela.

aku guna gunting untuk buka dadanya yang didasar penuh dengan bekas-bekas alergiknya. ibarat bulan keadaannya, aku tepikan semua itu.

aku tengok jantungnya. masih berdengup. berwarna merah lagi. sihat. aku hisap shisha saja. katanya. aku periksa slot hatinya. eh! aku jerit kehairanan. muka dia cuak. kenapa? patutlah. aku kata dengan muka habis tak boleh blah. kenapa?! dia jawab dengan panik. patutlah! aku jawab dengan tenang.

mukanya tidak berdarah. mata terjojol. muka lapar penampar. aku tenung sambil geleng-geleng kepala. patutlah hang macam nih. aku kata dengan nada ala-ala rosnah mat aris. hati hang kosong. lopong. ibarat kasut bundle onisuka biru hang yang sudah bocor tu. dia tersentap. lalu ku tersedarrrrr... cuaca dingin... melawan hati yang kian rawannnn... maaf. ternyanyi sebentar. ehem. sambung cerita.

kenapa macam tu? dia tanya lagi. aku jawab ntah. mungkin hang dah makan. tapi yang pasti, dia kosong. aku stapler dada dia. ya, ia semakin hodoh.

dia hairan. kemudian naikkan status di Facebook, " : just checked up my heart... damn its empty! : "

Thursday, February 10, 2011

MAN KACAK BERBAJU HIJAU!

"Betul Milah... Man anak Pak Husin kacak bila berbaju hijau! " kata Saodah kepada Milah 30 minit sebelum rombongan meminang tiba. Dan alasan itu digunakan oleh Milah untuk menolak pinangan Abe, anak Pak Mat.

Milah lari keluar dari bilik berkaki ayam untuk ke kampung sebelah untuk mencari Man, anak Pak Husin yang katanya kacak bila berbaju hijau. Fatimah yang terdengar Winona dan Esah berbisik turut berlari mengejar Milah untuk ke kampung sebelah. beberapa minit kemudian, hampir semua anak dara di kampung itu lari berkaki ayam untuk ke rumah Pak Husin. T_T

Pak Husin sedang menggulung rokok daun ketika rombongan merentas desa anak-anak dara itu tiba. terkejut. terkedu. Pak Husin tercengang.

" Man, anak Pak Husin katanya kacak bila berbaju hijau! " jerit Fatimah yang sedang tercungap-cungap tak cukup udara.

Pak Husin ketawa kecil. Lama kelamaan, ketawa kecil itu menjadi ketawa besar. Tiada darah dimuka anak-anak dara itu. oh yeah!

Betulkah Man, anak Pak Husin kacak bila berbaju hijau? benarkah kata-kata Saodah itu?

Pak Husin memanggil Mak Yah, isterinya yang tengah menggoreng keropok lekor didapur. Mak Yah ketawa besar bila terdengar Pak Husin bisikkan tentang hal Man kacak bila berbaju hijau.

Mak Yah masuk ke rumah untuk gerak Man yang sedang tidur dengan berbaju hijau di ruang tamu.

Anak-anak dara yang merentas desa itu kian gementar. jantung berdegup dengan kencang. siapa yang bakal memiliki hati Man yang katanya kacak bila berbaju hijau itu.

"Bangun pun dia," kata Mak Yah sambil memandang dari arah bawah.

"Inilah Man, anak Pak Husin yang katanya kacak berbaju hijau tu," kata Pak Husin kepada anak-anak dara tersebut sambil mengangkat Man ke atas meja. dan ya, Man adalah seekor beruk kacukan Burma dengan Kemboja.

semua anak-anak dara itu termasuk Milah hampa kecewa. pulang dengan hampa. Ramona, adik kembar Winona berputih mata. Fatimah juga berputih mata. Saodah pula lembam matanya. T.T

Habis.