aku ke bazaar ramadhan itu tempoh hari. sudah hampir 2 minggu lebih berpuasa, dan itulah kali pertama aku ke bazaar ramadhan itu. ya, bunyi agak menyedihkan bukan? kalau katak dibawah tempurung tu kau anggap ketinggalan zaman dan kera sumbang itu tak bermasyarakat, kau kuasa duakan dua-dua untuk dapatkan aku pula. hahaha ya, menyedihkan!
pulangnya aku dari situ, aku terduduk diam diatas sofa sambil tersenyum sendiri. kemudian, aku didatangi kakak aku, yang boleh tahan keponya, menepuk bahu dan bertanya, dah hang nih kenapa? jadi, aku ceritakan tentang penemuan indah ini.
ketika aku berjalan dengan seleraknya semasa mencari juadah berbuka puasa di bazaar itu, mata aku kemudiannya tertampal disitu, tepat di tahi lalat dibawah dagunya, aku kata. jadinya, kakak aku gelak. aku cerita lagi. lelaki yang boleh tahan kacaknya itu berbaju hijau (oh Tuhan, sesungguhnya hijau adalah warna kegemaran aku!), berkulit sawo matang dan berambut panjang paras bahu. disisipnya rambut lurus itu dibelakang telinga. senyumannya, oh! boleh kencing manis nih! haih! anak siapalah nih! haha cair aku dibuatnya. dan dia sibuk menunjuk-nunjuk gerai dijalanan kepada kawannya yang tidak berapa kacak dan tidak berbaju hijau juga tidak berambut panjang paras bahu. hehehe
aku perlahankan langkah aku untuk mendapatkan masa tambahan untuk menarik mata aku yang tertampal kuat dimukanya. masha Allah. dramatik dak? hahaha okay,aku sambung lagi. jadinya, moment itu bertambah indah apabila dia yang kebetulannya tengah senyum, memandang ke arah aku (mungkin dengan tidak sengajanya) yang ketika itu sedang memandang ke arahnya juga sambil tersenyum. wahhh... dia lebarkan senyuman sehingga bukaan aperture matanya mengecil dan aku pun dengan gagahnya melebarkan juga senyuman aku yang sememangnya sudah lebar sehingga ke hujung telinga. hahaha haih! dan moment itu berakhir setelah dia melepasi aku. ahhh... dia tidak minta number telefon aku, juga aku tidak berbuat apa-apa. dengan jayanya, kakak aku menolak kepala aku dan berkata, berangan kuat! hehehe
namun, sungguh pun begitu, walaupun macam itu, apa pun jualah, terima kasih ya Allah sebab Kau kuncikan mata aku dan dia walaupun untuk 10 saat sahaja. indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. limited betul kat sini. hehe dan aku masih lagi tersenyum bila mengenangkan moment pendek itu. hehe
PS : mintak-mintak nama kau ahmad. boleh aku panggil kau macam nih, ah ah ah madddd! hahaha
Published with Blogger-droid v1.6.9