Al-kisah... ini berlaku tahun lepas masa aku menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai student kat tempat orang. salah aku sebab malas nak cari tempat practical yang dekat dan salah aku jugak sebab last minit baru terhegeh-hegeh nak cari. hahaha serves me right. kadang-kadang pernah jugak rasa nak cubit diri sendiri sampai terkeluar isi tapi memang gilalah nak buat. hahaha there's a risk in every action we take. ingat itu na! na! na! hooo..10 markah seharusnya ku beri hei!
okay, aku xmengarut lagi.
masa kejadian nih berlaku, aku sesat. kaki berbalut sebab terseliuh. kredit xdak. bateri handphone pulak ala-ala hidup segan mati xmau. kena berdiri dari start jejak kaki naik bus sampai naik tren. ada orang gila kacau pulak kot atas. kena kejar dengan anjing gila babi barang kali. kira miserable lah. completely miserable. dengan letih, lapar, semua ada. tengah aku dalam keadaan kusut masai, terpinga-pinga, aku dapat panggilan telefon.
"Kucing hitammmmm... kau berjalan sendiriann..ku tak hairannnnnn..."
"hallo! kak chaq!", aku jawab sambil berjuta mata memandang. nokhorommm..terasa gabai. ahhh..tolak tepi semua pandangan!
"adek, hang kat mana?," kakak aku tanya.
"adek ada dalam tren. nak patah balik pi KL Sentral. Awat aih?" aku jawab dengan tenang kononnya.
"Hang makan dak lagi? aku ada dekat Kelana Jaya. Hang turun kat stesen LRT sana. Aku pi ambil hang. Kita pi makan," kakak aku memberi sinar harapan baru untuk aku.
Ahh..lega. Ibarat berjemur tengah panas kemudian minum air sejuk. sampai saja dekat KL Sentral, aku lari sambil berhencot-hencot menuju ke arah LRT. hahahaha aku gelak puas hati selepas beli tiket. tapi kemudian, gelak puas hati aku jadi tidak puas hati sebab masa itu peak hour so ramai na naik tren! terima kasih arrr!
dengan xdapat tempat duduknya aku, dengan berdiri tanpa dapat berpegang pada apa-apa, dengan terhimpit ibarat duduk dalam tin sardin yang mampat, dengan beg berat dan sarat dengan bahan bacaan yang sendiri xsempat nak baca pun, aku terkapai-kapai seorang diri sementara nak tunggu sampai ke arah yang dituju. haihhhh..dugaan. tapi xpa. orang kata selalu akan dapat unexpected gift. haaaa... aku positifkan diri. positif. positif.
berasak orang nak keluar. arghhhh..benci betul. aku kata dalam hati. sampai saja dekat station aku, arghhhh...xsempat nak keluar!kerjasama zero! terima kasih lah kalian! saya terpaksa naik tren untuk patah balik! terima kasih na! hmmm...positif kata aku lagi sambil perut berdendang dumm dum dang!
okay...okay. kali nih aku nak cari port depan pintu. kena selfish!
"kiss meeee...beneath the milky tree heartttt..."
message masuk.
"Adek, tunggu 15 minit. aku pi bank sat."
haa..elok lah. aku pun bukan nak sampai lagi. kira sempatlah. aku monolog seorang diri.
"Stesen berikutnya, Kelana Jaya. Next station, Kelana Jaya."
Hati girang, resah hilang! yaaaaa..sinar harapan tiba sudah! yehaaaa! berasak aku untuk ke pintu. arghhh..pedulikan sakit dikaki nih! asalkan aku dapat keluar!
yes..berjaya. hati ata sinang, muka ata sinyum!
Hahahahaha aku senyum sambil berjalan dengan bangga. dapat keluar katanya. kemudian, aku terdengar satu bunyi kuat. jeng jeng jengggg!!
"arghhhh..!"
dalam masa yang sama message aku masuk.
"Kiss meeee...beneath teh milky tree heartttt"
Aku pandang ke belakang dengan mengerut kening sambil tangan gagau cari handphone. zinggggggggg!!!! seorang lelaki yang agak comel, rambut panjang macam Brandon Boyd, segak berkemeja serta beg kerja, panggung muka sambil menolak rambutnya ke belakang sambil mengeluh kerana kaki dia terlekat kat chewing gum. rasa macam tengah slow-motion. haha poyo? yes! adalah sikit.
dengan iringan message tone, suasana malam, sunyi pulak tu, hujan rintik-rintik, rasa macam ada cahaya kat muka dia bila angin tiup rambut dia ke belakang. hahahaha aihhhh..rasa macam nak sepak diri sendiri jugak. dangggg!!
ya... disini agak berlaku seperti drama. yup, agak pathetic dan loser disana. aku turun sambil tersenyum. lintas langsung yang berlaku xsampai 1 minit tu aku ingat sampai sekarang. hahaha kemudian aku cepat bergegas ke bus stop yang diberitahu. haaa...itu dia! haaa...xdak orang! haaa...takut na! tapi xpalah. sat ja nih. sambil standby perfume dengan pisau dalam beg. takut na. T.T
pandang kiri pandang kanan. pandang kanan pandang kiri... erghhhh!!! budak itu menuju ke arah sini! hahaha gabra. gabai. gaban semua ada! ehemmm.. pura-pura tengok kereta. pandang kiri lama-lama kononnya tunggu kereta dari arah sana. dia berhenti dan duduk di bus stop yang sama.
dia pandang dan senyum. haihhhhhhhhhhhhhhhh! aku pandang ke kanan sambil senyum lebar kemudian buat muka kosong bila pandang depan dan kiri. konon cool. kononlah. curi-curi pandang. kenapa senyum? kan dah angau aku jadinya!
"hai. hang handsome noo.. jom jadi boyfriend aku," aku cakap sorang. gila pa nak kata kat dia aihhh! hahaha.
tik tok tik tok. dia dok tengok jam. agaknya tunggu orang jugak kot. xrasa macam nak marah bila kakak aku lambat sampai. xrasa lapar jugak. haha namun kemudian, tiba-tiba bunyi lagi message.
"Adek, aku dah nak sampai."
arghhhhhhhhhhhhhhhh... dah nampak kereta kakak aku.
"bosan...bosan...bosan!! kenapa sampai awal?!" aku jerit dalam hati.
aku bukak pintu sambil mata memandang dia. tutup pintu pun sambil pandang ke arah dia. dia pandang aku jugak. kemudian aku senyum dan lambai. dalam hati aku berkata, bodoh lah kau. dah jauh baru bagi respon. kalau awal-awal tadi mungkin kita dah berkawan sekarang. kemudian aku pandang depan. dengan harapan, dikemudian hari jumpa lagi ya! okay, sila tekapkan iron panas dimuka saya. terima kasih.
No comments:
Post a Comment