Hujan renyai-renyai. aku tercengang. tiba-tiba saja hujan turun. aku lekas bergegas ke luar tengokkan kucing-kucing aku takut ada yang basah. eh rupanya, mereka berempat sedang enak tidur. haihhh..penat aku lari. sambil membebel, aku jalan ke dapur balik. mata yang tadinya terbeliak risau mula rasa berat. sedapnya kalau dapat tidur macam kucing-kucing aku. haihhh...
selesai mengemas dapur, aku menyusup masuk ke bilik sambil pandang-pandang macam main polis entry want to jaga, polis mati pencuri jaga! haa...mula dah. aihhh...jangan marah-marah. nanti cepat tua! haha tidak semena-mena, aku capai buku yang dihadiahkan oleh Oh Shaze sebagai punca untuk tidur. buku bagi aku adalah medium terbaik untuk membuai aku tidur. walau sehebat mana pun buku itu, aku tetap akan tertidur masa membaca. haha bagi penulis buku, pasti ada yang rasa terhina. tapi nak buat macam mana. hubungan aku dengan buku memang begini sejak azali. separuh page sahaja, aku telah dihanyutkan langsung ke dunia fantasi dan memutuskan aku dari dunia realiti. sempat aku bermimpi. mimpi makan ayam masak merah. haha berkali-kali suap tapi masih tak dapat rasa apa-apa. memanglah. nama pun mimpi. haihhh! rasa macam nak lempang muka kalian dengan senapang gajah. hahaha ingat pesan tadi? jangan marah na.
sedang enak bermimpi, tiba-tiba rasa katil bergoyang. cahaya terang memancar tepat ke muka. apa pulak nih? aku fikir dalam tidur. aku buka mata curi-curi. arghhh!! kakak aku curi charger.
"keluarrrrr!," aku jerit dengan nada bebal.
bebal sebab mimpi makan aku tergendala. lampu dibiar terbuka. cemburu barang kali. aku capai bantal dan tutup muka. sambung tidur semula. dalam sayup mimpi, aku terdengar suara takbir mendayu-dayu. esok raya! jerit aku dalam mimpi! tidak sedar pulak aku sebenarnya menjerit kuat di alam nyata. adif, anak menakan aku lari menuju ke bilik. hairan apa yang aku mengarut dalam tidur.
" Kak Chu bangun!", jerit adif dengan muka risau. terpinga-pinga.
Dengan pantas aku bangun. Sambil-sambil aku fikir, nak bangun atau tidur lagi. Ayam dah goreng, ketupat dah rebus, rendang dah siap, rumah dah kemas. Check telefon bimbit aku yang semakin usang. arghhh... 5 missed call. 8 messages. tak mahu baca. buang telefon jauh-jauh. malas!
bebal.
muka kosong.
golek kiri golek kanan. aku terus bergolek di sekitar katil.
buat muka kosong lagi.
tengok jam dan buat keputusan untuk ucap, selamat malam semua! hilang dari realiti seawal jam 8 malam! yaaaa... buang tebiat kan? aku pun perasan! haha hmmm...baru separuh jalan melangkah ke alam fantasi, tiba-tiba telefon berbunyi. Arghhh!! apa pulak nih?! aku jawab dengan nada tak ikhlas.
" Hang ada mana? Jom keluaq makan," suara dari telefon berkata.
Potong betul. ikutkan memang aku nak tidur lagi. bebal. ya.. masih bebal. arghh.. bangunlah. aku macam biol. terduduk sejenak. dalam hati aku kata, kenapa asyik nak bebal nih?! bencilah macam nih. bebal saja yang aku tahu. lepas bebal, bebal. lepas bebal, bebal lagi. bebal dan aku dah macam berkawan baik. eishhh.. tak suka. tak mahu lagi berkawan dengan si bebal. aku dah mula muak dengan diri sendiri.
capai tuala dan menuju ke toilet. eh, aku dah mandilah. nak gosok gigi sahaja. ya..aku suka gosok gigi. kadang-kadang sehari sampai 8 kali. setiap kali aku jamah makanan, aku akan gosok kemudiannya. doktor dah warning. jangan kerap gosok sebab florida boleh rosakkan gigi. eh apa cerita pasal gosok gigi nih?! arghhhh!!
okay, aku perasan. aku bebal lagi kan? haihhh! rasa macam nak pukul diri sendiri dengan mouse. huhh! sambil gosok gigi, sempat aku berfikir. kenapa aku boleh jadi sampai begini? maksud aku bebal. dulu tak pulak macam nih. adakah sebab aku kecewa dengan realiti atau aku semakin tua? ohtidak.com. aku tak suka.
apa aku nak buat? mudah. esok aku nak putus kawan dengan bebal. nak cari si gembira, si happy-go-lucky dan cik positif balik. moga-moga raya esok nih aku jumpa mereka semula. aku nak korbankan si bebal!
encik bebal, pi mati!
-tamat-
No comments:
Post a Comment