Thursday, November 25, 2010

KIPAS GENIUS

hello hello !

apa diatas apa diatas?! apa?! KIPAS?! hahaha bijak! siapa? kau lah. aku genius. HAHAHA rasa macam nak ikat aku dekat kipas tadi kan? miahahaha kau memang begituuuuu! ahai! apa lagi? ohhh... aku hyper terletih nih pasal seronok encik bebal yang kebal dan tebal dalam diri nih dah kurang! haha namun begitu, ianya tidak hilang terus ya sambil buat gaya macam Kamarudin Mape. hahaha ya! aku dah berjaya buat rendang separuh daripadanya raya korban yang lepas. aku namakan rendang itu "Rendang Bebal". hahaha berani sabung nyawa untuk makan? miahahahaha

*angkat kening dua-dua dan buat muka xboleh blah sebab suka buat muka buruk mcm nih masa menaip*

nak tahu? aku terima aduan baru-baru ini. hairan? hahaha ya... aku bukan warden asrama penuh atau guard pangsapuri anda juga bukan ibu anda yang kerap kali mendengar rugutan jiran tetangga tentang kucing anda yang sering membuang dirumah mereka. aku terima aduan tentang diri aku sendiri. yes... diri aku sendiri. katanya aku dah lain. menurut sumber, aku cepat loose temper. emo. cengey. sepi. ya... agak sukar untuk menerima kenyataan ini. mestilah. siapa yang suka dikritik? Voldermort pun boleh bebal kalau Harry Potter cakap dia perlu jalani pembedahan hidung. haha fakta ini disangkal berulang kali. namun selepas beberapa bukti ditunjukkan, mata aku yang kelam ini cerah sejenak. haihhhh! ya! ada sedikit lagi encik bebal yang belum dimusnahkan! T_T

jadi aku telah berhibernasi sejam selepas itu. semuanya untuk mencari punca kepada masalah ini. isolate the problem and find the solution! ahah! *sambil petik jari dan mentol putih muncul atas kepala* aku tahu apa aku perlu buat! yaaaaa!! capai camera. keluar! masalah selesai! muka ata sinyum hati ata sinang!


Tuesday, November 16, 2010

BEBAL YANG BEBAN

Hujan renyai-renyai. aku tercengang. tiba-tiba saja hujan turun. aku lekas bergegas ke luar tengokkan kucing-kucing aku takut ada yang basah. eh rupanya, mereka berempat sedang enak tidur. haihhh..penat aku lari. sambil membebel, aku jalan ke dapur balik. mata yang tadinya terbeliak risau mula rasa berat. sedapnya kalau dapat tidur macam kucing-kucing aku. haihhh...


selesai mengemas dapur, aku menyusup masuk ke bilik sambil pandang-pandang macam main polis entry want to jaga, polis mati pencuri jaga! haa...mula dah. aihhh...jangan marah-marah. nanti cepat tua! haha tidak semena-mena, aku capai buku yang dihadiahkan oleh Oh Shaze sebagai punca untuk tidur. buku bagi aku adalah medium terbaik untuk membuai aku tidur. walau sehebat mana pun buku itu, aku tetap akan tertidur masa membaca. haha bagi penulis buku, pasti ada yang rasa terhina. tapi nak buat macam mana. hubungan aku dengan buku memang begini sejak azali. separuh page sahaja, aku telah dihanyutkan langsung ke dunia fantasi dan memutuskan aku dari dunia realiti. sempat aku bermimpi. mimpi makan ayam masak merah. haha berkali-kali suap tapi masih tak dapat rasa apa-apa. memanglah. nama pun mimpi. haihhh! rasa macam nak lempang muka kalian dengan senapang gajah. hahaha ingat pesan tadi? jangan marah na.


sedang enak bermimpi, tiba-tiba rasa katil bergoyang. cahaya terang memancar tepat ke muka. apa pulak nih? aku fikir dalam tidur. aku buka mata curi-curi. arghhh!! kakak aku curi charger.


"keluarrrrr!," aku jerit dengan nada bebal.


bebal sebab mimpi makan aku tergendala. lampu dibiar terbuka. cemburu barang kali. aku capai bantal dan tutup muka. sambung tidur semula. dalam sayup mimpi, aku terdengar suara takbir mendayu-dayu. esok raya! jerit aku dalam mimpi! tidak sedar pulak aku sebenarnya menjerit kuat di alam nyata. adif, anak menakan aku lari menuju ke bilik. hairan apa yang aku mengarut dalam tidur.

" Kak Chu bangun!", jerit adif dengan muka risau. terpinga-pinga.

Dengan pantas aku bangun. Sambil-sambil aku fikir, nak bangun atau tidur lagi. Ayam dah goreng, ketupat dah rebus, rendang dah siap, rumah dah kemas. Check telefon bimbit aku yang semakin usang. arghhh... 5 missed call. 8 messages. tak mahu baca. buang telefon jauh-jauh. malas!


bebal.


muka kosong.


golek kiri golek kanan. aku terus bergolek di sekitar katil.


buat muka kosong lagi.


tengok jam dan buat keputusan untuk ucap, selamat malam semua! hilang dari realiti seawal jam 8 malam! yaaaa... buang tebiat kan? aku pun perasan! haha hmmm...baru separuh jalan melangkah ke alam fantasi, tiba-tiba telefon berbunyi. Arghhh!! apa pulak nih?! aku jawab dengan nada tak ikhlas.


" Hang ada mana? Jom keluaq makan," suara dari telefon berkata.


Potong betul. ikutkan memang aku nak tidur lagi. bebal. ya.. masih bebal. arghh.. bangunlah. aku macam biol. terduduk sejenak. dalam hati aku kata, kenapa asyik nak bebal nih?! bencilah macam nih. bebal saja yang aku tahu. lepas bebal, bebal. lepas bebal, bebal lagi. bebal dan aku dah macam berkawan baik. eishhh.. tak suka. tak mahu lagi berkawan dengan si bebal. aku dah mula muak dengan diri sendiri.


capai tuala dan menuju ke toilet. eh, aku dah mandilah. nak gosok gigi sahaja. ya..aku suka gosok gigi. kadang-kadang sehari sampai 8 kali. setiap kali aku jamah makanan, aku akan gosok kemudiannya. doktor dah warning. jangan kerap gosok sebab florida boleh rosakkan gigi. eh apa cerita pasal gosok gigi nih?! arghhhh!!


okay, aku perasan. aku bebal lagi kan? haihhh! rasa macam nak pukul diri sendiri dengan mouse. huhh! sambil gosok gigi, sempat aku berfikir. kenapa aku boleh jadi sampai begini? maksud aku bebal. dulu tak pulak macam nih. adakah sebab aku kecewa dengan realiti atau aku semakin tua? ohtidak.com. aku tak suka.


apa aku nak buat? mudah. esok aku nak putus kawan dengan bebal. nak cari si gembira, si happy-go-lucky dan cik positif balik. moga-moga raya esok nih aku jumpa mereka semula. aku nak korbankan si bebal!


encik bebal, pi mati!


-tamat-

Sunday, November 14, 2010

OH MISERY

Al-kisah... ini berlaku tahun lepas masa aku menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai student kat tempat orang. salah aku sebab malas nak cari tempat practical yang dekat dan salah aku jugak sebab last minit baru terhegeh-hegeh nak cari. hahaha serves me right. kadang-kadang pernah jugak rasa nak cubit diri sendiri sampai terkeluar isi tapi memang gilalah nak buat. hahaha there's a risk in every action we take. ingat itu na! na! na! hooo..10 markah seharusnya ku beri hei!

okay, aku xmengarut lagi.

masa kejadian nih berlaku, aku sesat. kaki berbalut sebab terseliuh. kredit xdak. bateri handphone pulak ala-ala hidup segan mati xmau. kena berdiri dari start jejak kaki naik bus sampai naik tren. ada orang gila kacau pulak kot atas. kena kejar dengan anjing gila babi barang kali. kira miserable lah. completely miserable. dengan letih, lapar, semua ada. tengah aku dalam keadaan kusut masai, terpinga-pinga, aku dapat panggilan telefon.

"Kucing hitammmmm... kau berjalan sendiriann..ku tak hairannnnnn..."

"hallo! kak chaq!", aku jawab sambil berjuta mata memandang. nokhorommm..terasa gabai. ahhh..tolak tepi semua pandangan!

"adek, hang kat mana?," kakak aku tanya.

"adek ada dalam tren. nak patah balik pi KL Sentral. Awat aih?" aku jawab dengan tenang kononnya.

"Hang makan dak lagi? aku ada dekat Kelana Jaya. Hang turun kat stesen LRT sana. Aku pi ambil hang. Kita pi makan," kakak aku memberi sinar harapan baru untuk aku.

Ahh..lega. Ibarat berjemur tengah panas kemudian minum air sejuk. sampai saja dekat KL Sentral, aku lari sambil berhencot-hencot menuju ke arah LRT. hahahaha aku gelak puas hati selepas beli tiket. tapi kemudian, gelak puas hati aku jadi tidak puas hati sebab masa itu peak hour so ramai na naik tren! terima kasih arrr!

dengan xdapat tempat duduknya aku, dengan berdiri tanpa dapat berpegang pada apa-apa, dengan terhimpit ibarat duduk dalam tin sardin yang mampat, dengan beg berat dan sarat dengan bahan bacaan yang sendiri xsempat nak baca pun, aku terkapai-kapai seorang diri sementara nak tunggu sampai ke arah yang dituju. haihhhh..dugaan. tapi xpa. orang kata selalu akan dapat unexpected gift. haaaa... aku positifkan diri. positif. positif.

berasak orang nak keluar. arghhhh..benci betul. aku kata dalam hati. sampai saja dekat station aku, arghhhh...xsempat nak keluar!kerjasama zero! terima kasih lah kalian! saya terpaksa naik tren untuk patah balik! terima kasih na! hmmm...positif kata aku lagi sambil perut berdendang dumm dum dang!

okay...okay. kali nih aku nak cari port depan pintu. kena selfish!

"kiss meeee...beneath the milky tree heartttt..."

message masuk.

"Adek, tunggu 15 minit. aku pi bank sat."

haa..elok lah. aku pun bukan nak sampai lagi. kira sempatlah. aku monolog seorang diri.

"Stesen berikutnya, Kelana Jaya. Next station, Kelana Jaya."

Hati girang, resah hilang! yaaaaa..sinar harapan tiba sudah! yehaaaa! berasak aku untuk ke pintu. arghhh..pedulikan sakit dikaki nih! asalkan aku dapat keluar!

yes..berjaya. hati ata sinang, muka ata sinyum!

Hahahahaha aku senyum sambil berjalan dengan bangga. dapat keluar katanya. kemudian, aku terdengar satu bunyi kuat. jeng jeng jengggg!!

"arghhhh..!"

dalam masa yang sama message aku masuk.

"Kiss meeee...beneath teh milky tree heartttt"

Aku pandang ke belakang dengan mengerut kening sambil tangan gagau cari handphone. zinggggggggg!!!! seorang lelaki yang agak comel, rambut panjang macam Brandon Boyd, segak berkemeja serta beg kerja, panggung muka sambil menolak rambutnya ke belakang sambil mengeluh kerana kaki dia terlekat kat chewing gum. rasa macam tengah slow-motion. haha poyo? yes! adalah sikit.

dengan iringan message tone, suasana malam, sunyi pulak tu, hujan rintik-rintik, rasa macam ada cahaya kat muka dia bila angin tiup rambut dia ke belakang. hahahaha aihhhh..rasa macam nak sepak diri sendiri jugak. dangggg!!

ya... disini agak berlaku seperti drama. yup, agak pathetic dan loser disana. aku turun sambil tersenyum. lintas langsung yang berlaku xsampai 1 minit tu aku ingat sampai sekarang. hahaha kemudian aku cepat bergegas ke bus stop yang diberitahu. haaa...itu dia! haaa...xdak orang! haaa...takut na! tapi xpalah. sat ja nih. sambil standby perfume dengan pisau dalam beg. takut na. T.T

pandang kiri pandang kanan. pandang kanan pandang kiri... erghhhh!!! budak itu menuju ke arah sini! hahaha gabra. gabai. gaban semua ada! ehemmm.. pura-pura tengok kereta. pandang kiri lama-lama kononnya tunggu kereta dari arah sana. dia berhenti dan duduk di bus stop yang sama.

dia pandang dan senyum. haihhhhhhhhhhhhhhhh! aku pandang ke kanan sambil senyum lebar kemudian buat muka kosong bila pandang depan dan kiri. konon cool. kononlah. curi-curi pandang. kenapa senyum? kan dah angau aku jadinya!

"hai. hang handsome noo.. jom jadi boyfriend aku," aku cakap sorang. gila pa nak kata kat dia aihhh! hahaha.

tik tok tik tok. dia dok tengok jam. agaknya tunggu orang jugak kot. xrasa macam nak marah bila kakak aku lambat sampai. xrasa lapar jugak. haha namun kemudian, tiba-tiba bunyi lagi message.

"Adek, aku dah nak sampai."

arghhhhhhhhhhhhhhhh... dah nampak kereta kakak aku.

"bosan...bosan...bosan!! kenapa sampai awal?!" aku jerit dalam hati.

aku bukak pintu sambil mata memandang dia. tutup pintu pun sambil pandang ke arah dia. dia pandang aku jugak. kemudian aku senyum dan lambai. dalam hati aku berkata, bodoh lah kau. dah jauh baru bagi respon. kalau awal-awal tadi mungkin kita dah berkawan sekarang. kemudian aku pandang depan. dengan harapan, dikemudian hari jumpa lagi ya! okay, sila tekapkan iron panas dimuka saya. terima kasih.

Tuesday, November 2, 2010

AIR SIRAP BULAN PUASA

*tenung Brandon utk 10 saat*

Encik Boyd, sungguh comel na anda nih. terasa seperti melihat air sirap pada waktu tengahari di bulan puasa. hahaha haihhh... temptation. nasib ang xdak kt sini Don... tajuk mcm xkena kan? hahaha aku mati idea. *geleng kepala sambil buat muka xboleh blah sebab saja suka buat T.T*

ahhh.. bosankan kalau asyik cakap pasal apa aku rasa? tapi kan weh, aku nak cakap jugak sikit. hee xbanyak. sikit saja. macam mana kalau banyak? okei2... sila baling iphone @ blackberry anda tepat ke arah batang hidung saya yg seakan-akan ada nih okei? haha main2 kan aku nih. ya saya perasan disitu. hishh.. mmg berperangai buruk lah ang nih! wuhai T.T

aku xsure lah apa aku rasa sekarang. kadang rasa mcm hati nih kena pijak dengan kasut bola pun ada jugak. dah la kena pijak, sental pulak. haihhh... kadang rasa mcm kosong, berkabus saja. terkadang tu rasa mcm air hujan. turun mencurah sampai banjir jadinya. haha macam2 aku rasa. tapi rasa yg paling hebat adalah rasa-rasanya korang nak mengamuk jika aku terus melalut. hahahah

yang pasti rasa tawar ibarat masak gulai separuh jalan ini xbest na. rasa mcm cerita harry potter yang tiada ending. rasa mcm pakai make-up 10 inci tebal tapi masih rasa mcm xcukup tebal. rasa mcm main nyorok2 tapi xjumpa lagi orang yg menyorok. rasa mcm itu lah. rasa yg aku xmao rasa. dey...berapa banyak rasa daaa... T_T

walau apa pun yang aku rasa, sedap atau tawar, manis atau kelat, pahit atau pedas, semuanya aku ambil dengan positif. senyum saja na. inilah dugaan. kalau hidup xdak dugaan, xthrill lah. hahaha aku pandang dari sudut berbeza. there's a risk in every action we take. apa2 pun, jangan lupa, saksikan ulang tayang cerita ini dihari dan waktu yang sama minggu hadapan dalam rancangan, baling sliper dekat saya! weehuuuuu!! T_T