Friday, September 3, 2010

LATIHAN VOKAL

maa mee miiii moooo muuuu... mamemimomuuuuu!! maaa...eh sorry. apa aku buat? tengah buat latihan vokal. untuk apa? haa... biasa la time cuti-cuti sekolah nih. berlaku lambakan kanak-kanak di rumah. jadi harus bagaimana lagi....dan terus beginiiii...dengarkan akuuuu...lihat ke matakuuuuu...okay better aku stop. sebelum banjir kilat melanda. haha aku terpaksa tengok-tengok serta didik-didikan juga tangan-tangankan anak-anak menakan aku. hahaha bab tangan-tangankan itu hanya akan berlaku jika mereka memperkotak-katikkan kucing-kucing aku sahaja.

sebagai seorang mak cik yang paling digeruni serta paling kurang kasih sayang dicurahkan oleh kanak-kanak ini akibat daripada ibu bapa mereka serta mak cik pak cik mereka yang agak biol, menggunakan nama aku untuk menakut-nakutkan mereka, aku harus kekal garang serta bengis di mata mereka supaya mereka akan terus takut dan mendengar kata-kata dan arahan komander haip!! dari kiri cepat lompat! apa? nak sepak aku dengan kasut? pastikan itu but kawat yang dilekatkan dengan ladam seberat 1kg.

apabila berlaku lambakan kanak-kanak seperti ini, mulalah berlaku situasi seperti, "Sapa calet kuah ayam percik dekat skrin laptop Kachu nih?!!!!", atau "Sapa yang buang nasik kucing dalam longkang?!! ngaku cepat sebelum Kachu kurung ampa semua dalam toilet!!!", juga "Cepat pi mandi kalau tidak Kachu bagi ampa semua dekat indu botoi!!", malah "turun dari katil Kachu sebelum Kachu suruh Mambo cakaq ampa sekoq2!". begitulah antara dialog-dialog yang pernah digunakan ketika mengawal keadaan. ya...seperti tajuk entri ini tadi, latihan vokal perlu dimantapkan supaya pitching juga vibrato aku tidak lari sejauh 8km.

oleh yang demikian, pengawalan vokal adalah amat penting sekiranya anda menjadi yang paling digeruni serta ditakuti dikalangan kelompok manusia yang bernama keluarga. sungguh pun begitu, aku sayang anak-anak menakan aku walaupun kadang-kadang, eh bukan, selalu, mereka akan meronta-ronta supaya dibawa bersama jika diminta tinggal bersama aku yang sering pura-pura manis dan sering memberikan senyuman seribu makna kepada mereka ketika mereka bersama ibu bapa dan tidak behave, terutamanya. jadi, ambil yang keruh buang yang jernih. karam singh padia melaporkan.



No comments:

Post a Comment