mata berkelip-kelip. bukaan aperture semakin kecil. oksigen semakin berkurangan. huargh. T_T super mengantuk. tapi tak boleh tidur lagi. kalau aku tidur confirm aku terlajak! siapa yang akan siapkan sahur dan gerakkan bala-bala tentera dekat rumah? Hmm.. terus berjaga. pura-pura letakkan mancis di mata. ahhh... sama saja. baik aku cucuk saja mata nih dengan mancis tadi. hmmm... apa nak dibuat? kemas bilik? done! kemas rumah? done! lipat baju? done done dondondon para rapapa papa! okay, aku tau. rasa mcm nak hentak kepala aku dekat monitor nih kan? haha okay, terasa sedikit tidak mengantuk disitu. mungkin 1% saja. eh, jadilah dari tak ada langsung. T.T
nak dibandingkan dengan hari sebelum-sebelum nih, bukan main susah aku nak tidur time-time macam nih. insomnia kononnya. padahal petang semalam tu dah terlajak tidur. hahaha eh tapi bulan puasa saja aku jadi macam nih. entah kenapa. mungkin aku tak jaga waktu tidur aku. dan mungkin juga sebab aku tak jaga sleeping-beauty time aku. haha beauty konon. muka kau dengan periuk nasi Mama, jauh lebih segak senduk nasi itu sendiri. huhh! okay, tambah 10%.
apa tengok-tengok? T_T apa? itu bukan aku. masa kan tangan aku berbulu macam tu.-.-" ini gambar siapa saja aku rembat dari deviantart. haha tak ada isi blog kali nih? haa...salah tu. ada isi tersirat. mari aku suratkan. haha apa? macam siot? eh mana ada. mungkin kau yang siot haha apa? okay. sudah2. jangan nak cacatkan entry nih Fared. haa..yalah *sambil mengangguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk* haha ya..sila cucuk mata aku dengan mancis tadi. kalau boleh asah dulu untuk mendapat kesan yang lebih menarik. dah terpesong jauh. *masuk gear reverse*
haa...waktu tidur sebenarnya perlu diberi perhatian. jangan tidur sesuka hati serta sesuka mata juga sesedap rasa sahaja. knorr pasti sedap. saya sayang sayangkan mami! haha poke me please. T_T kembali ke bentuk asal. jika tidak, pasti akan ada bunyian yang memeritkan serta posisi badan dalam keadaan mencekak pinggang disekitar anda. hahaha apadia? aiyo...itu adalah bunda! ehem...oleh yang demikian, sila pastikan anda mendapat tidur cantik anda <--direct translation ya disini> serta tidur dengan secukupnya untuk mengelakkan diri dari situasi-situasi sulit seperti ini. by the way, rasa mcm nak lempang ja orang yang nyanyi lagu mama papa [agak seperti mahu muntah hijau disitu] dekat radio nih. apa tak ada nickname manja lain kah nak guna?! -.-" senduk dengan sudu ka pinggan dengan mangkuk ka...kan banyak lagi.haihhhh! T_T
No comments:
Post a Comment