Wednesday, September 21, 2011
dalam luar begini
satu pagi di Lokin
that day, we went to Kuala Kangsar to meet some friends. nak tag shoot wedding. habis ja, we end up, tengok bola ramai-ramai sebab game best-best kot. jadinya, nak balik malam tu jugak kira berkira jugaklah sebab dah lewat. hehehe we decide to join the rest pergi Lokin dekat Ipoh, pagi berikutnya. Lokin nih lebih kurang macam Rope Walk dekat Penang tu jugak. cumanya, barang dekat Lokin wayyyyyyyy lebih rare dari Rope Walk! jadi, dah alang-alang ada kat Perak, alang-alangkanlah saja. hahaha
sampai-sampai Lokin pukul 8 camtu, kedai tak banyak bukak lagi sebab hujan rintik-rintik. tapi lepak hujan berhenti, Lokin menjadi sangat rancak! haa... punya berjalan tengok barang sampai tak perasan dah 3 jam kami pusing-pusing kat situ. cik ririn sempat sebat sepasang kasut yang boleh tahan cun (ngam-ngam size dia!), make up pouch yang teramatlah rare dan cun, and record lama. so, Lokin is a great place for those yang gila barang-barang antik dan lama.
lepas penat berjalan, kami ramai-ramai tibai nasi ganja (legend, katanya) dekat satu kedai nih. sedap tapi pedas sikit. hee hee balik dengan tersenyum walaupun aku hanya beli dominos zaman purba dengan harga rm5 sahaja. hahahaha I had a really good time. thank you semua! serious. hee so, here's few things yang aku sempat snap masa kat sana. :)
ilmu memotret. gila legend buku nih tapi mahal! aiyo yo!
record zaman dulu kala. murah nih. rm10 ja.
M. Nasir masa muda-muda. haha
bake me!
kalau aku susah hati, kecenderungan untuk mengemas dan mencuci sangatlah tinggi. kalau aku senang hati, kecenderungan untuk baking boleh tahan tinggi. jadi, mai nak share recipe cake rainbow yang aku selalu buat. senang ja, tak susah. :)
(drum rolls) bahan-bahannya adalahhhhhhhhh ;
butter 250gm panjang 125mm padu kedalaman 3kaki 2 inci
telur 6 bijik tolak 3 kali 2
gula halus lus 2 cawan wan
tepung gandum dum 3 cawan wan ju ju gak gak
baking powder 3 sudu kecil kecil cili padi
esen vanilla 1 tudung dia bukan 1 botol okay?
food coloring (jangan guna water color pulak! hahaha)
___________________________________________________________________
Ini cara-cara membuatnya ye makcik-makcik (sambil buat mulut tangguk)
mula-mula, asingkan telur putih dengan telur kuning. kemudian, pukul telur putih nih sampai gebu dan bila terbalikkan mangkuk telur putih nih, tak terkeluar hasil pukulan ini.
sampai macam nih. haaaaaa! (padahal aku terbalikkan, terkeluar jugak telur nih. hahaha)
dimangkuk yang berasingan, masukkan butter dengan gula. lepas tu pukul sampai lebam.
pukul sampai putih macam nih. aku tak suka guna mixer, al-kisah. lenguh jugak la pukul. tapiiiii, nih baru warm up! :)
kemudiaan, masukkan esen vanilla bebeh. lepas tu, pukul sampai sebati.
masukkan telur kuning dalam adunan tadi nih. pukul lagi sampai sebati. yeah! warm up, 2nd round :D
dia akan jadi pekat bila dah sebati.
kemudian, masukkan tepung gandum, sikit demi sedikit. time nih memang kompem lenguh tangan. hehehehe
adunan akan jadi super pekat! yeahhhh!
lepas tu, tuangkan putih telur yang kita dah pukul awai-awai tadi nih.
dia akan jadi ringan sikit dari tadi nih. (maaf, gambar blur! hee)
okay, then, bahagikan adunan kepada 4 atau beberapa bahagian. ikut suka hati lah nak buat berapa cover pun.
part feveret, masukkan coloring!!!!
kacau wau sampai color mixed well then tuangkan dalam tin pembakar!! yay! :D
macam nih.
macam tu.
begini. haaa!
sampailah adunan tadi habis macam nih.
dan macam tu. hehehe lepas tu bakar selama sejam dengan api kecil-kecil cili padi.
dah inilah hasilnya, tadaaaaaa!!
yay! dah siap, sila bagi boyfriend anda makan dan paksa dia kata sedap! haha
(kalau takdak boyfriend, bagi la kat sapa-sapa pastu paksa depa pulak! kikikih)
SELAMAT MENCUBA! :)
tak mahu tengok lagi
Tuesday, September 20, 2011
tunggu macam batu
Tiap kali
Tiap kali terdengar suara kau, segala patah kata dalam tekak aku, hilang
Bibir kering dan pecah ini yang tidak henti bergerak, terdiam
Otak yang tadinya berputar laju ibarat tayar kereta F1, tidak berfungsi
Jantung bergetap dengan deras, sederas air terjun yang mencurah-curah
Dan tiada bait-bait indah dapat aku muntahkan melainkan, wey ang apa cita?
Apa cita?? Huh?! Huh?! HUH?!
Stu. Pid. Lah. Kau. Fa. Red. Pfffft.