aku bangun awal hari tu, lepas tu aku tidur balik lepas minum ubat batuk. aku batuk teruk. kong sana kong sini. kong si kong hey kong sini ya kong si kong si kong sini! okay. sambung cerita. aku bangun dan terasa kosong. kenapa nih? kenapa begini? aku tepuk dada. melopong. HATI AKU SUDAH DICURI!!! damn. T.T
dah agak dah. dah tahu dah. mesti dia. mesti dia yang curi. grrrr... geram. kenapa aku boleh tercuai nih? kenapa asyik begini?
hari-hari aku jaga hati aku. hari-hari aku simpan dia balang kuih raya dalam almari. hari-hari begitu. entah kenapa hari nih, hati aku tak ada dalam almari usang itu. rasa macam dah kunci dengan mangga Solex. kunci dia pun aku dah buang jauh-jauh. kenapa boleh jadi macam nih?! sambil itu aku buat gaya macam Karam Singh Walia.
aku fikir. fikir sambil goyang-goyang kaki. sambil lukis-lukis angin. sambil kerut-kerut kening. hari tu, dia dan kawan dia ada ke sini. dan aku dengan bangganya keluarkan hati aku yang masih berkilau-kilau dari balang yang digari itu. aku cakap, tengok nih. macam baru keluar dari kilang kan? mereka cakap, ya, memang pun sambil letak tangan dekat dada dan mata pandang atas. ada yang tak peduli. tapi bila diingatkan kembali, mata dia tu memang bersinar dengan seribu satu cahaya nyaman.
tak guna. kau memang tak guna. aku kata dalam hati yang ketika itu masih ada dalam balang tu. balang kaca kuih raya mak aku. yang masih bergari tu.
arghhhhhhhhhhhh! aku jerit. apa harus aku buat nih?! mana boleh dibiarkan begini. aku taip msg untuk mintak dia pulangkan hati aku balik. ahhh.. ini lebih senang. kemudian, aku cari number dia. kemudian aku save dalam draft. ahhh. tak boleh. tak boleh. cara ini tak boleh. aku kena cari lens idamannya yang masih berkilau dan silau untuk tarik perhatian dia supaya dia lepaskan hati aku pergi. atau kereta idaman dia. atau tiket perlancongan ke Eropah. atau hanya t-shirt band kegemarannya yang rare. ciss. masalah. ini semua masalah. yang aku ada hanyalah lens yang berhabuk, kereta mainan Hotwheel, tiket wayang, dan t-shirt band yang bukan kegemarannya. mati akal aku macam nih.
tak guna. TAK GUNA!
termenung. tertenung. tersenyum. lama jugak aku begitu. lama jugak aku macam tu. dari matahari keluar dari celahan bukit itu terbang hingga ia terhempas di horizon. masa berlalu. aku masih buntu.
aku dongak ke atas. dan aku angkat badan aku yang tak berdaya itu. lalu, ke bilik hujung situ. dan aku termenung. terus termenung.
tiba-tiba, aku dengar orang ketuk pintu. ARGHHHHH!! aku jerit dalam perutku! dia! dia! dia yang mencuri hati aku. kenapa dia di depan pintu rumah aku?!
tangan aku sejuk. jantung aku berdegup laju. bibir yang tadi membibit dengan maki-maki kedu. lidah kering. peluh sejuk menitis di hujung dahi.
nah, ambil balik. dia kata. sorrry, terrrrrambil. kilauannya menggoda mata nih. mata nih mintak untuk tengok lama-lama lagi. jadi, aku terambil sebelum pergi. dia kata sambil hulur tangan kanan yang diatas telapaknya ada sebijik hati yang ya, berkilau lagi.
aku capai tongkat bapa aku dan sedia. rasa macam nak pukul dia. rasa macam nak belasah dia. itu aku rasa sebelum dia senyum dekat aku. itu aku rasa sebelum dia kata sorry dekat aku. eish.. mana boleh begini!
aku ambil dan kata terima kasih daun keladi. dia pergi. duduk dibelakang sekali sambil layan lagu dihujung-hujung benak otak. sambil menghantar pesanan ringkas dan ketawakan aku kerana, ya, hati aku sudah tercalar. walaupun sedikit tapi ia masih, haihhhhhh, tercalar.
aku ambil hati aku. letak dalam peti sejuk. kemudian aku warning dia. kalau hilang lagi, aku tak mahu cari lagi.
habis.
No comments:
Post a Comment