Tuesday, May 10, 2011

HATI DITANGAN KIRI

satu hari, seorang lelaki muda berkulit putih berlegar-legar disekitar koridor hospital itu. seperti biasa, kedatangannya mencuri beberapa ketul hati disitu dengan rupanya yang boleh tahan eloknya.

hishhh... kacaknya, kata makcik tukang sapu sampah hospital itu. boleh makcik buat menantu? lelaki muda berkulit putih dan jambu itu tanya makcik ada anak dara lagi? makcik itu kata, tiada. yang tinggal emak dara saja. dia tanya lagi, makcik sunyi? makcik itu jawab, ya, sedikit. kemudian, dia belah dada makcik itu dan masukkan seekor rama-rama. lalu pergi tanpa kata-kata.

tiba-tiba ada seorang pesakit perempuan hulurkan surat kepada lelaki muda berkulit putih dan jambu itu dari celahan tingkap. dia ambil dan baca. debu-debu wangi keluar dari surat itu. letak bedak ye dia kata sambil senyum. kemudian dia beri jam tangannya kepada pesakit itu dan berkata, makan ubat ikut waktu ya dan berlalu pergi.

orang yang lalu lalang memandangnya sambil berbisik sesama sendiri. bila lelaki berkulit putih dan jambu itu pandang, mereka senyum-senyum malu. ada yang nak buat menantu ada yang nak jadi menantu itu.

hari itu berlalu begitu. esoknya, hari khamis, agaknya, dan matahari sudah sumbing. di latarnya, Selangor sedang terbakar. dia datang ke katil aku dan hulurkan kipas. dia cakap hari ni panas. ambil nih. kemudian, dia senyum. aku terkedu. sejam selepas itu, masih terkedu.

esoknya, dia datang bawa sweater hitam ber'hood' yang boleh tahan besarnya untuk aku. dia cakap hari ini hujan. sejuk. ambil nih. dan dia pergi. aku ambil dan bau. wah, harum. dan aku liputi tulang-tulang aku dengan bajunya itu.

petang itu, aku keluar dari wad. sweater dia! macam mana nak pulangkan? aku tunggu dekat hujung pintu. tunggu dia lalu disitu. aku tunggu dan tunggu. rasa geli dihujung bahu. ada bau. eh, bau itu! aku jerit tercengang. dia dibelakang aku. dah lama dia disitu. dah lama dia perhati aku.

nah, sweater deme. ambil le balik. awok doh sihat. awok doh buleh balik doh nih. terima kasih ye yop. terima kasih. terima kasih. aku kata.

muka dia biru. bibir dia putih. mata dia lesu. dia jatuh melutut. aku terharu, mulanya, tapi kemudiannya hairan sambil berlagu.

dia ambil tangan aku, dia cakap, teman tak mahu ni. teman mahu tu. tu tu yang ada dekat tangan kiri deme tu.

berair. basah. merah. menitik2. aku tak pernah tahu ia ada disitu. terkejut. aku terkedu 2 minit. kemudian, aku ambil dan sumbat ia ditempat yang lopong, berlubang itu.

maafkan awok yop! awok tak tahu pun awok terambil hati deme tu. sungguh. deme khabo tadi tu baru awok tahu. aku kata. sambil ada 10% panik.

dia senyum. muka dah mula ada darah. dia senyum lebar. dia cakap, terima kasih sebab bagi balik. teman terharu jugok.

lepas tu, dia jatuh lagi. aku sambut dan tanya kenapa, dia cakap hati dia hilang lagi. tengok tangan kiri. hati dia ada lagi dekat sini. macam mana nih? lalu aku ambil pisau dan potong tangan kiri nih dan sumbat dalam lubang lopong tu.

nah, kan senang kalau aku buat macam nih dari tadi?!


No comments:

Post a Comment