Saturday, May 28, 2011

ALAHAI


Okay. Aku rasa macam dah lama sangat tak tengok wayang and rasa macam nak tengok sangat wayang sampai tak kisah kalau terpaksa tengok cerita Karak atau Nur Kasih (aku tak kisah sangat cerita apa janji tengok wayang) so kalau ada yang mulia dan baik hati nak ajak aku tengok wayang dan merapu meraban lepas tu sila hubungi talian tetap aku terima kasih daun keladi senang-senang jumpa lagi bila rasa sakit gigi atau rasa tak senang hati hihihi.T.T

Friday, May 27, 2011

SLOW LORIS


where are you? I'm not getting any younger, my man. my skin are not getting any tighter. get your butt here now before I kick it once you are here, slow loris! T.T

PANDA THE RETURN


OHHHH EMMMMM JAYYYY!
BRANDON BOYD IS ONE OF THEM.
MY SWEET CHARMING BRANDON BOYD IS ONE OF THEM!!
WHY LAH WHY BRANDON.. WHY MUST PANDA? WHY MUST PANDA?!!
WHY MUST PANDA?
T.T

DREAM HEAD

you was in my dream, last night.

you were crying. you run to me and tell me that you are pretty sad. I need you, says you. i gave you a shoulder to cry on. i gave you my tiny skinny hug. i cried with you. cried until you fall asleep.

the sun was too bright. there's a familiar tone ringing besides me. the sounds increased. it was my alarm clock. I woke up for Subuh. then i realize that it was just a dream. i was sad then. i was sad because it was just a dream. it was just in a dream for me to be with you.

it was just in a dream.


okay, I know, this picture spoiled everything. HAHA I need something to cheers me up and cheers you too. hee good night fella! (deep inside, I'm still sad okay? T.T)

Wednesday, May 25, 2011

MARIMAR

I had enough of this. Let's pack our bag and travel. really. let's JOM!

Sunday, May 22, 2011

PERGI

tengah syok Tumblr, terlalu depan gambar nih. sama macam ayat yang dia cakap dengan aku tempoh hari. sama. sebijik. saling tak tumpah. jadi, sekarang macam mana nih? jadinya begini. aku rasa aku nak jadi macam nih! merantau. belajar cara hidup orang. belajar sesuaikan diri. belajar survive di luar tempat sendiri. berjalan kaki sana sini. kan indah macam nih? WAHAHAHAHAHAHAHAHAHA T.T

PENCURI HATI YANG AKU LETAK DALAM BALANG KUIH

aku bangun awal hari tu, lepas tu aku tidur balik lepas minum ubat batuk. aku batuk teruk. kong sana kong sini. kong si kong hey kong sini ya kong si kong si kong sini! okay. sambung cerita. aku bangun dan terasa kosong. kenapa nih? kenapa begini? aku tepuk dada. melopong. HATI AKU SUDAH DICURI!!! damn. T.T

dah agak dah. dah tahu dah. mesti dia. mesti dia yang curi. grrrr... geram. kenapa aku boleh tercuai nih? kenapa asyik begini?

hari-hari aku jaga hati aku. hari-hari aku simpan dia balang kuih raya dalam almari. hari-hari begitu. entah kenapa hari nih, hati aku tak ada dalam almari usang itu. rasa macam dah kunci dengan mangga Solex. kunci dia pun aku dah buang jauh-jauh. kenapa boleh jadi macam nih?! sambil itu aku buat gaya macam Karam Singh Walia.

aku fikir. fikir sambil goyang-goyang kaki. sambil lukis-lukis angin. sambil kerut-kerut kening. hari tu, dia dan kawan dia ada ke sini. dan aku dengan bangganya keluarkan hati aku yang masih berkilau-kilau dari balang yang digari itu. aku cakap, tengok nih. macam baru keluar dari kilang kan? mereka cakap, ya, memang pun sambil letak tangan dekat dada dan mata pandang atas. ada yang tak peduli. tapi bila diingatkan kembali, mata dia tu memang bersinar dengan seribu satu cahaya nyaman.

tak guna. kau memang tak guna. aku kata dalam hati yang ketika itu masih ada dalam balang tu. balang kaca kuih raya mak aku. yang masih bergari tu.

arghhhhhhhhhhhh! aku jerit. apa harus aku buat nih?! mana boleh dibiarkan begini. aku taip msg untuk mintak dia pulangkan hati aku balik. ahhh.. ini lebih senang. kemudian, aku cari number dia. kemudian aku save dalam draft. ahhh. tak boleh. tak boleh. cara ini tak boleh. aku kena cari lens idamannya yang masih berkilau dan silau untuk tarik perhatian dia supaya dia lepaskan hati aku pergi. atau kereta idaman dia. atau tiket perlancongan ke Eropah. atau hanya t-shirt band kegemarannya yang rare. ciss. masalah. ini semua masalah. yang aku ada hanyalah lens yang berhabuk, kereta mainan Hotwheel, tiket wayang, dan t-shirt band yang bukan kegemarannya. mati akal aku macam nih.

tak guna. TAK GUNA!

termenung. tertenung. tersenyum. lama jugak aku begitu. lama jugak aku macam tu. dari matahari keluar dari celahan bukit itu terbang hingga ia terhempas di horizon. masa berlalu. aku masih buntu.

aku dongak ke atas. dan aku angkat badan aku yang tak berdaya itu. lalu, ke bilik hujung situ. dan aku termenung. terus termenung.

tiba-tiba, aku dengar orang ketuk pintu. ARGHHHHH!! aku jerit dalam perutku! dia! dia! dia yang mencuri hati aku. kenapa dia di depan pintu rumah aku?!

tangan aku sejuk. jantung aku berdegup laju. bibir yang tadi membibit dengan maki-maki kedu. lidah kering. peluh sejuk menitis di hujung dahi.

nah, ambil balik. dia kata. sorrry, terrrrrambil. kilauannya menggoda mata nih. mata nih mintak untuk tengok lama-lama lagi. jadi, aku terambil sebelum pergi. dia kata sambil hulur tangan kanan yang diatas telapaknya ada sebijik hati yang ya, berkilau lagi.

aku capai tongkat bapa aku dan sedia. rasa macam nak pukul dia. rasa macam nak belasah dia. itu aku rasa sebelum dia senyum dekat aku. itu aku rasa sebelum dia kata sorry dekat aku. eish.. mana boleh begini!

aku ambil dan kata terima kasih daun keladi. dia pergi. duduk dibelakang sekali sambil layan lagu dihujung-hujung benak otak. sambil menghantar pesanan ringkas dan ketawakan aku kerana, ya, hati aku sudah tercalar. walaupun sedikit tapi ia masih, haihhhhhh, tercalar.

aku ambil hati aku. letak dalam peti sejuk. kemudian aku warning dia. kalau hilang lagi, aku tak mahu cari lagi.

habis.

Tuesday, May 10, 2011

HATI DITANGAN KIRI

satu hari, seorang lelaki muda berkulit putih berlegar-legar disekitar koridor hospital itu. seperti biasa, kedatangannya mencuri beberapa ketul hati disitu dengan rupanya yang boleh tahan eloknya.

hishhh... kacaknya, kata makcik tukang sapu sampah hospital itu. boleh makcik buat menantu? lelaki muda berkulit putih dan jambu itu tanya makcik ada anak dara lagi? makcik itu kata, tiada. yang tinggal emak dara saja. dia tanya lagi, makcik sunyi? makcik itu jawab, ya, sedikit. kemudian, dia belah dada makcik itu dan masukkan seekor rama-rama. lalu pergi tanpa kata-kata.

tiba-tiba ada seorang pesakit perempuan hulurkan surat kepada lelaki muda berkulit putih dan jambu itu dari celahan tingkap. dia ambil dan baca. debu-debu wangi keluar dari surat itu. letak bedak ye dia kata sambil senyum. kemudian dia beri jam tangannya kepada pesakit itu dan berkata, makan ubat ikut waktu ya dan berlalu pergi.

orang yang lalu lalang memandangnya sambil berbisik sesama sendiri. bila lelaki berkulit putih dan jambu itu pandang, mereka senyum-senyum malu. ada yang nak buat menantu ada yang nak jadi menantu itu.

hari itu berlalu begitu. esoknya, hari khamis, agaknya, dan matahari sudah sumbing. di latarnya, Selangor sedang terbakar. dia datang ke katil aku dan hulurkan kipas. dia cakap hari ni panas. ambil nih. kemudian, dia senyum. aku terkedu. sejam selepas itu, masih terkedu.

esoknya, dia datang bawa sweater hitam ber'hood' yang boleh tahan besarnya untuk aku. dia cakap hari ini hujan. sejuk. ambil nih. dan dia pergi. aku ambil dan bau. wah, harum. dan aku liputi tulang-tulang aku dengan bajunya itu.

petang itu, aku keluar dari wad. sweater dia! macam mana nak pulangkan? aku tunggu dekat hujung pintu. tunggu dia lalu disitu. aku tunggu dan tunggu. rasa geli dihujung bahu. ada bau. eh, bau itu! aku jerit tercengang. dia dibelakang aku. dah lama dia disitu. dah lama dia perhati aku.

nah, sweater deme. ambil le balik. awok doh sihat. awok doh buleh balik doh nih. terima kasih ye yop. terima kasih. terima kasih. aku kata.

muka dia biru. bibir dia putih. mata dia lesu. dia jatuh melutut. aku terharu, mulanya, tapi kemudiannya hairan sambil berlagu.

dia ambil tangan aku, dia cakap, teman tak mahu ni. teman mahu tu. tu tu yang ada dekat tangan kiri deme tu.

berair. basah. merah. menitik2. aku tak pernah tahu ia ada disitu. terkejut. aku terkedu 2 minit. kemudian, aku ambil dan sumbat ia ditempat yang lopong, berlubang itu.

maafkan awok yop! awok tak tahu pun awok terambil hati deme tu. sungguh. deme khabo tadi tu baru awok tahu. aku kata. sambil ada 10% panik.

dia senyum. muka dah mula ada darah. dia senyum lebar. dia cakap, terima kasih sebab bagi balik. teman terharu jugok.

lepas tu, dia jatuh lagi. aku sambut dan tanya kenapa, dia cakap hati dia hilang lagi. tengok tangan kiri. hati dia ada lagi dekat sini. macam mana nih? lalu aku ambil pisau dan potong tangan kiri nih dan sumbat dalam lubang lopong tu.

nah, kan senang kalau aku buat macam nih dari tadi?!