22 June 2010, Selasa
semalam aku rasa hari yg agak tidak bersedia utk aku. aku tidur lewat sbb tgk spain vs honduras dan bangun awal. kemudian, terus lakukan aktiviti harian. tetapi, aku rasa seperti ada yg xkena sahaja. hati rasa gundah tanpa mengetahui sebab yg pasti.
ahh..mungkin perasaan aku sahaja. herdik aku sendiri.
boleh dikatakan apa yg perlu dilakukan pada hari itu tidak menjadi. boleh pulak terlupa bawak handphone, satu benda yg xpernah aku lupa sebelum ini. hati rasa xselesa..jantung berdegup lain macam.
"weh..antaq aku balik," aku bersuara. mungkin ini sahaja yg boleh menenangkan aku.
sampai dirumah, terus aku mendapatkan handphone. wahh..banyaknya miscall. baru 2 jam. selepas tukar baju, terus aku mendapatkan Luna the lappy dan online. terkejut yg amat apabila aku membaca wallpost dari kakak aku di Fb.
woi..xreti angkat tepon ka?!ABAH XCIDENT!!
terdiam membisu. hati bagai dipaku. xtentu arah buat seketika. terfikir benda yg tidak-tidak. terus capai handphone dan call abah.
"You have insufficient credit to make this call."
nenek lah kau. gusar gundah tidak ketahuan makin bertambah. handphone berbunyi lagi.
aku : "Hello.."
abah : "Adek ada kt mana?"
"abah okei..abah ada kt balai polis, tgh bt report."
aku : "Abah dgn sapa? Sapa bwk abah?"
abah : "Malaikat bawak abah mai sini."
berkaca air mata. kenapa abah kata macam 2? jantung makin berdegup kencang.
aku : "Kenapa abah kata cmni? Sapa yg bwk abah? Abaq la betoi2."
abah : "Betoi la, malaikat. dia ja yg tolong abah. yg len tgk ja."
aku : "sapa dia abah?"
abah : "Cina belakang keta abah."
fuhhhhh..lega rasa hati bila dengar abah masih boleh gelak-gelak. Syukur alhamdulillah abah hanya kena jahit dikepala dan hanya luka2 kecil.
Bila ditanya tentang accident itu, abah jawab..
"Abah kena langgaq lari. Dia langgaq pastu dia lari tinggal keta dia. Hahahaha".
Dalam duka abah tertawa. sedikit sebanyak, risau aku hilang sejenak.
"Abah...Abah.." aku membebel sambil menggeleng kepala.
No comments:
Post a Comment