Askar-askar berhabuk dan kotor mati diliang-liang pori. Subur memuncak jerawat sebagai penghormatan atas askar-askar jahanam itu.
Monday, September 30, 2013
Askar Jahanam.
Askar-askar berhabuk dan kotor mati diliang-liang pori. Subur memuncak jerawat sebagai penghormatan atas askar-askar jahanam itu.
Cerpendek #2 : Gwiyomi
Dia datang dengan wajah bengis menuju ke meja hujung situ. Lalu dihayun tangannya ke pipi lelaki itu dan berkata, "kau tak layak buat gwiyomi!".
Cerpendek #1 : Roti
"Back off bitch!", kata seorang makcik itu kepada seekor anjing betina yang cuba untuk meragut roti yang baru dibelinya selepas 4 hari mengemis.
KERING, KEBAS, KEBAL
Kalau boleh disidai hati ni, aku dah sidai.
Sidai sampai betul-betul kering.
Biar sampai tak boleh merasa.
Biar kebas.
Biar kebal.
Sunday, September 29, 2013
YANG NAMANYA MANUSIA
Saya pun manusia
Punya rasa, punya cela.
Lainlah kalau saya ni robot
tiada rasa, tiada jiwa.
Jadi macam mana?
Atau biar saya telan saja semua dan pura-pura
tiada rasa sampai semua kebas dan hati bertukar warna?
Soalnya,
sampai bila?
Kita dicipta berbeza-beza.
Kalau kau nak yang sama,
cari Mattel, bukan manusia.
Hah.
Di suatu tempat,
Di suatu ketika,
Kita terkandas dalam susah,
Tapi semuanya masih suka,
Dan bila dibuka mata,
Nampak dia.
Dan mereka.
-Melaka, Aug, 2013
Di suatu ketika,
Kita terkandas dalam susah,
Tapi semuanya masih suka,
Dan bila dibuka mata,
Nampak dia.
Dan mereka.
-Melaka, Aug, 2013
BUKU DAN JIWA
Buku tu makanan jiwa
Jiwa yang mahu lari
Lari dari hiruk pikuk luar
Lari dari omongan-omongan besar
Lari tinggal didalam dunia sendiri
Dunia yang bebas dari manusia
Buat seketika.
Sunday, January 13, 2013
Buntu
Bila terlalu banyak benda hang simpan dalam otak
sampai overload and memory is getting low
hang kena sabaq dan pikiaq, Allah takkan duga
kita melebihi kemampuan kita.
kemudian, hang pura-pura tough dan kuat supaya
hang dapat kalahkan entiti negatif dalam kepala
hotak hang yang berjambul tu,
okay? No? Alright.
Terminum Teh Bunga Siang Tadi
Dan disaat kita ketawa dan bergembira
kau pulang ke negara penjajah.
Tinggalkan aku, disitu
Menanti dan menanti sesuatu yang masih,
samar dan kurang pasti.
Tapi putus asa bukanlah alasan untuk aku
meninggalkan segala memori-memori wangi
dan putus asa bukan alasan untuk aku
membuka hatiku kepada peluang yang baru.
disini, aku akan terus menanti.
disitu, kau akan tetap kembali.
disana, apa aku merapu ni.
okay bye.
Muntah Gagal
ntah kenapa berulang kali aku cuba muntahkan apa yang aku rasa sekarang ini tapi aku gagal. yang lahir hanyalah entri-entri berbaur emosi dan misteri. ya, aku suka beri subtle hints. dan kalau aku ada band, aku akan namakan ia dengan terma itu. hah! okay, itu saja. hehehe hehe hee (epic failed laugh)
Subscribe to:
Posts (Atom)