Dalam hening subuh...~ owh! maaf! saya tak perasan. buleh saya bantu anda-anda semua? owh nak cari tuan rumah ya. sat saya panggil ya. " FAREDDDDDDDD...ada orang cari!!!!".
*keluar sambil buat muka penuh nur dan iman sambil betulkan rambut*
ya? ada orang cari saya kah? apa? lama xjumpa? haa..sori lah. saya dah lama xupdate. wahhh..bajet macam ramai pulak yg baca kan kan kan? jangan sesekali lupakan niat anda untuk menghentak saya sejenak ya. HAHAHA saya bukan annoying. tapi mungkin juga. saya hanya selesa menjadi diri sendiri barangkali.
*tolak spec sambil minum nescafe 'o' panas*
haha bijak. aku memang xpakai spec. ya..terkadang mata termasuk kasut sliper hasil lontaran para audience menyebabkan aku pakai spec. mata berbakup dan litar hitam mengelilingi mata ibarat berkahwin pusing api 5 kali. haha ada-ada ja aku nih. *dang! ketuk kepala dgn bateri laptop*. apa kena dengan kau nih fared? cuba nyatakan dengan tidak lebih 15 patah perkataan. saya masih normal cuma kadang kala weng disini sana. okei. dasar tidak lebih. bagus. (jup aku jup saya. hishh..layankanlah sahaja ya.)
*pegang kepala sambil urut*
ya agak sakit kepala. pening katanya. hari ini aku menyibukkan diri dengan bekerja tidak berhenti dari awal pagi. aku xmahu berhenti. bila aku sendiri dan termenung sejenak, dengan mudah fikiran mula melayang dan air mata turun ibarat bermain ski di atas gunung Alps. HAHA mata mengantuk tetapi aku tidak boleh lelap. badan letih tetapi aku gagahkan bekerja. kepala pusing tetapi aku tetap bekerja. kerja bagai nak gila. ibarat dibayar 1 juta. rasa takut untuk terlelap. takut terfikir tentang disana. ahhh..kenapa mesti begitu?! alihkan perhatian. tumpukan pada masa hadapan!
*cari tuala sambil tolak spec*
bagaimana agaknya disana hari ini? sihatkah? eishhh..kenapa perlu berfikir tentang orang lain?! fikir diri sendiri boleh? *tampar kepala sendiri sambil mengharap tamparan itu dapat menghilangkan sedikit ingatan*. dia perlu masa mungkin. dia juga perlu ruang barangkali. apa pun jua yang dikehendaki, aku hormat dan belah angkat kaki. bimbang akan menambahkan tekanan yang dihadapi. bimbang akan menambah kerunsingan dihati. takut nih. HAHAHA ya gelak seperti tiada perasaan. dasar hati batu. T.T
*tampar kepala sendiri dan geleng-geleng kepala*
apa pun jua, terima kasih atas rasa ini. wow, panahannya...menusuk jiwa! tetapi aku xsalahkan sesiapa. pengalaman katanya. aku normal! oh yeahh! haha eh, apa-apa pun, terima kasih kerana menyinggah sejenak disini. senang-senang, datanglah lagi. dari cik hati retak 50 keping kecil-kecil bulu kaki.