Friday, July 22, 2011

PS I LOVE YOU


I LOVE YOU, BRANDON BOYD! :)

Thursday, July 21, 2011

DI MANA AWAN COTTON CANDY?

Disini.. didalam riuh rendah gelak tawa manusia

Dalam pekikan penghibur lara dan petikan gitarnya

Dalam hinggar binggar peniaga meraih pembelinya

Aku disitu.. seorang diri.. terduduk dan mendongak ke langit

Aku tak mahu langitku begini.. tapi aku mahu langitku begitu

Sambil menunjuk kepulan awan yang cantik seperti cotton candy

Aku mahu langitku begitu.. aku tak mahu langitku begini

Sambil menunjukkan langit yang terbentang luas tanpa kepulan awan

Dan aku menggeleng-gelengkan kepala.

GAGAL LAGI

Gagalnya aku dalam menjaga mata, hidung, telinga, mulut aku.

Gagalnya aku dalam menjaga hati, fikiran, akal, nawaitu aku.

Gagalnya aku dalam menjaga tangan, lengan, jari, kaki, betis, jari kaki aku.

Gagal. Gagal. Gagal. Gagal. GAGAL!



KEMON LAH

Kau cakap macam umpama aku tak ada perasaan. as if, my heart didn’t carry any weight. Serious, kadang tu rasa macam nak rembas muka kau yang berkumis itu dengan kayu besbol sebanyak 3 kali.

Jangan terlalu drag masa lampau dalam masa depan kau. Sebab kalau kau drag, sama macam kau jatuh dalam lumpur, dan kau biarkan lumpur itu kering dibadan kau hingga ia menjadi kepingan-kepingan coklat that looks delicious but not eatable. Dan lumpur-lumpur itu, akan menyebabkan kulit kau yang putih jantan itu berkudis, kotor, berdaki. kudis itu pulak memamah kulit kau tu dan membentuk sebuah empire. Tapi, kau masih berjalan dengan lumpur tu. Eish. Umpama, kau kencing dalam seluarlah senang, tapi kau tak nak basuh seluar tu. Dan kau berjalan dengan seluar basah serta bau hancing tu. Betul tak?

Katakan aku salah, kalau kau rasa berjalan dengan seluar hancing tu tak busuk. Berjalan dengan lumpur dibadan tu tak kotor. Terpulang kepada kau. Yang pasti, kanak-kanak berusia 3 tahun pun tak mahu bermain jika sisa buangannya tidak dibasuh.

Bukan aku maksudkan dia tu kotor atau najis, atau segala kenangan-kenangan manis kau dengan dia tu busuk, berulat mahupun janji-janji antara dia dan kau tu rubbish. Aku cuma mengandaikan sahaja betapa pentingnya kau bergerak kehadapan dan tinggalkan semua benda-benda yang buat kau rasa tak comfort dan sakit tu. Yang mana sedang makan diri kau tu balik.

Redhalah weh dengan ketentuan-Nya. Nak buat macam mana… ini yang tertulis. (Yes, ayat cliché, pffft!) Wah, senanglah kan aku untuk bercakap pok pek pok pek sebab aku marka pun tak pernah ada. Tak pernah ada pengalaman. Pathetic loser. Katalah apa pun. Yang pasti, aku tak mahu lihat kau macam nih. Bebal, mood swing, moody, emo, and you hurt people’s feeling dalam keadaan tak sedar. Itu tak cool.

No matter how hard for you to swallow the pain, to face the truth, to accept your destiny, please don’t neglect people who has been very supportive and concern about you. Because without them, kau mungkin masih dalam lopak lumpur tu atau masih tak sedar yang kau dah terkencing dalam seluar. Okay, aku tahu. Aku dah obsess dengan cerita lumpur dan kencing dalam seluar tu.hah hah silly me. But, it’s just some thought that can make us ponder although macam bodoh je kalau cerita kat orang kan? Hohoho So, think about it dude.

Remember, if you need me, you know where to find.

KAKI GATAL

tempoh hari kaki kiri aku kata tak mahu.. tak mahu lagi jalan tanpa teman. Dia cakap bosan asyik jalan dengan kaki kanan saja. Dia teringin nak berdepan dengan kaki kiri lain, face to face, katanya. Kaki kanan pula, senyap tanpa suara. Tapi dalam hatinya, aku tahu, dia juga mahu begitu Cuma dia tak berani nak berkata-kata. Takut aku terluka, barangkali.

Jadi aku bawa kaki aku berjalan-jalan. Bermacam kaki aku jumpa. Kaki auta, kaki pau, kaki bangku, kaki makan, kaki bebal, kaki pukul, ahhh.. macam-macam kaki. Dengan harapan, kaki aku akan kata, okay, lepas ini tak mahu lagi meminta untuk berjumpa dengan kaki-kaki lain. Tapi, harapan aku meleset, sama sekali. Kaki kiri aku tetap memberontak. Dia cakap, dalam semua kaki yang dijumpa tadi tu, tiada satu kaki pun yang ada chemistry dengan kaki-kaki aku.

Lalu, aku duduk dan marah dia. Aku cakap kau jangan nak macam-macam. Kaki kiri aku memekak kemudiannya. Dia kata itu, dia kata ini. Lalu, aku sarungkan stokin yang aku lupa basuh untuk diamkan dia.

Tiba-tiba, kaki kanan aku yang tadinya berhibernasi itu, berlunjur. Kemudian, dia gedik-gedikkan kaki seperti hendak menari. Dan dia cakap dengan nada perlahan, pandang depan, pandang depan. dengan muka penuh hairan, aku pandang depan. Yang ada sepasang kaki lelaki, maksud aku, milik seorang lelaki, besarnya lebih kurang kaki aku, bersepatu Vans biru lusuh, ada embroidery corak dibelakangnya. Kecil, kering betisnya.

Aku panggung muka penuh tanda tanya itu dan aku lihat kau. Kau tersenyum dan tanya, boleh duduk disebelah? kaki kanan I kata dia ada chemistry dengan kaki kiri you. Dan sejak dari itu, kaki aku tidak lagi merungut.

PAHIT PERIT

Pahit tu… pahit tu aku kena telan

Telan telan telan telan TELAN

Aku jerit lagi, pahit tu!

Tapi pahit itu yang disuap

Naknya aku meludah balik

Naknya aku sembur balik

Naknya…

Tuesday, July 19, 2011

ejen pembunuh

merenung ketat kaca bercahaya dengan jari telunjuk yg bergerak ke atas dan ke bawah. sesekali ia menekan utk memuaskan curiousity melampau milik dia. dan ia menjadi ejen pembunuh kpd dirinya sendiri.
Published with Blogger-droid v1.6.9