Tuesday, July 5, 2011

CERMIN TU KATA AKU MEGAN FOX

Hari itu kami di KLCC. Kaki aku kata, please pergi ke kinokuniya. Tapi, kaki dia kata, jom pergi kedai ini dahulu. Jangan bantah kalau tidak aku pijak. Jadi kami ke Kedai itu. yang ada jual camera lomo itu. Disitu. Mata kami tertampal dicermin kaca itu. Sungguh terkasima. Kalau aku kaya, aku rembat semua! Aku kata dalam hati. Dan aku dengar, dalam hati dia jugak macam itu.

Sedang asyik membelek,dia toleh ke belakang. Dan kemudian dia terkejut. Dia kata, eh, ingat ada orang kat belakang. Rupanya cermin. Kemudian, aku pun paling dan berkata, eh, aku ingat Megan Fox rupanya aku!

Ya, cerita ini habis begini sahaja.

MAAFLAH

Maaf sebab aku tak ada kulit muka yang even

Maaf sebab aku ada satu set gigi yang berterabur

Maaf sebab aku tak putih gebu

Maaf sebab aku tak pakai kasut tinggi

Maaf sebab aku tak suka make up

Maaf sebab aku tak cantik

Maaf sebab aku pendek

Maaf sebab aku suka buat lawak

Maaf sebab aku suka buku

Maaf sebab aku suka fikir

Maaf sebab aku tak manja

Maaf sebab aku tak macam dia

Maaf sebab aku tak boleh berubah untuk jadi orang lain

Maafkan aku.

DALAMNYA

Kau tak pakai tali pinggang keledar ketika memandu. Kau memandu laju. Kau langgar lampu isyarat. Kau bercakap dengan telefon bimbit ketika kau tengah speeding. Kau dah buat macam-macam kesalahan. Dan penguat kuasa pun membiarkan sahaja. Kerana, dia rasa bahagia bila tengok kau bebas. Bebas bermain di ruang legar mindanya yang pada ketika ini, infiniti.

Rasa ini indah namun aku harus kunci dan simpan dia dalam-dalam.

Lalu, aku telah menggorek satu lubang, dan aku muatkan rasa indah ini yang aku dah kunci rapi dengan mangga paling mahal aku beli dan aku tanam dia. Dalam-dalam. Supaya rasa indah ini terus dengan aku.

NOTA TANPA PRASANGKA

Aku bangun dan aku capai kaca mata. Eish, kau ada.

Kemudian, aku capai tuala, dan mandi. Eish, kau depan dicermin pula.

Lalu, aku ke dapur dan jamah makanan. Eish, kau dalam lauk pula.

Aku bukak peti sejuk kemudian ambil air dan teguk. Eish, kau dalam cawan pula.

Aku jalan ke ruang kegemaran, depan tv. Eish, kau dikaki aku pula.

Lalu aku pijak kaca mata, aku pecahkan cermin, aku tuang lauk, aku hempuk cawan dan aku potong kaki aku.

Eish, kau dihati aku pula!!!!

MUKA GANAS HATI JAMBU

Aku Tanya kau semalam. Tapi kau tipu. Kau ingat aku tak tahu. Tapi sebenarnya kau yang tak tahu yang aku dah tahu benda yang kau ingat aku tak tahu tu. Jadi, aku geram. Aku rasa nak marah.

Lalu, aku baring. Dan aku rancang, apa yang nak aku kata dekat kau nanti. Aku nak bagi tahu kau yang aku kecewa dengan kau sebab kau tipu aku. Aku tahu siapa dia. Dan aku nak Tanya kau dengan lantangnya, kau suka dia ke tidak. Kalau kau suka, aku nak pungut balik hati aku yang kau dah curi, secara tak sengaja. Dan aku rancang nak jemur hati aku ditengah terik matahari. Biar ia kering. Lagi bagus.

Dan hari ini, kau pun sms. Kau kata, sorry, semalam dah tidur. Dan aku Tanya dia benda-benda itu. Aku herdik dia. Aku kata aku kecewa gila khinzir dengan dia. Sungguh-sungguh kecewa dengan sikap sambil lewa dia. Sedangkan aku dah usaha macam-macam untuk dia. Dan dia mintak maaf. Dia kata dia tak sengaja dan tak akan ulang lagi kesalahan dia. Dia kata perempuan itu kawan biasa sahaja. Aku sahaja kawan luar biasa dia.

Itu, itu semua. Aku, aku tipu. Dia Cuma kata sorry, semalam dah tidur. Dan aku senyum dan reply, it’s okay. Tak dak menda pun.

Bencinya aku dengan diri sendiri. Bencinya aku dengan hati yang lembut nih. Khinzir betul.

KEKABU-KEKABU INDAH


Disudut hujung kotak kenderaan yang bergerak diatas rel, aku duduk dan perhati luar gelas lutsinar itu. Panas. Badan aku panas. Kemarau tekak aku ini. Aku basahkan ia dengan saliva aku yang pada ketika itu, sedikit. Aku sandarkan kepala aku, ya, kepala, bukan kenangan. Dan aku perhati diatas syiling. Kemudian aku baca notis yang ditampal. Awas, kenderaan ini akan membawa anda ke awangan. Sila pakai tali pinggang keledar anda. Kemudian, aku rasa seperti badan aku terapung. Disekeliling aku ada kekabu yang aku selalu pandang setiap hari. Kekabu-kekabu itu melapik badan aku yang kering dan kontang itu dan membawa aku terbang. 250 ekor arnab yang selalu menggigit urat kepala aku senyum dan bermain dengan aku. 350 ekor sugar glider yang sering back flip dalam perut aku menggeletek aku. Girang. Suka. Seronok. Aku rasa bahagia. Kemudian, aku dengar ada satu suara, ‘STESEN BERIKUTNYA KLCC, NEXT STATION, KLCC”.

Cis, aku tertidur rupanya.

SAKIT HATI 2 KALI

kau cakap kau sakit. Aku Tanya kau baik-baik kau sakit apa? Kau kata kau sakit hati. Jadi, aku tanya lagi bagaimana rasa itu? kau kata rasa macam orang lukakan tangan aku dengan pisau yang tajam kemudian diperah limau nipis dekat luka tu. Lepas tu kau Tanya, sakit tak? Aku kata tak tahu sebab tak pernah lagi orang lukakan tangan aku kemudian perahkan limau dekat luka itu.

Kemudian kau ambil tangan aku, kau capai pisau dan kau lukakan tangan aku. Kau Tanya lagi, sakit tak? Sakit ini aku pernah rasa, aku kata. Kau cakap, baik, aku akan bagi sakit yang kau belum rasa. Kau ambil limau dari mee goreng aku dan kau perah ke luka aku. Aku jerit. Aku kata kau bodoh. Kau kejam. Kau tak guna. Tapi kau senyum sahaja. Dan kau kata sekarang kau tahu macam mana aku rasa kan? Aku jawab ya, Cuma kali ini aku rasa dua kesakitan, bodoh!