Saturday, July 21, 2018

SI PETAK PENCURI HATI

Tak pernah terfikir segala ini mampu ku rasa. Angan yang berulang kali diulit derita dan kecewa tidak singgah untuk ini cerita. Aku tak mahu yang lainnya. ini. yang ini sahaja aku mahu. sambil menunjukkan muka si petak pencuri hati yang senyumnya begini.

Dari sudut tingkap Nusa

Debu beterbangan
Mengisi ruang yang isinya kian menghilang
Dapatkah aku melihat sang suria dari sudut tingkap ini?
Yang sering kali mencuit pandangan tatkala aku terlajak bermimpi?

25/5, Jumaat

Wednesday, April 18, 2018

UNPLANNED ROADTRIP

tak dirancang dan tak terlintas. yang pasti, jika ini berlaku beberapa tahun lalu, mungkin telah ku singgahkan muka aku ni dengan hayunan selipar pada kadar 180km/j untuk menyedarkan aku bahawa ia benar-benar berlaku. seorang yang pernah memberi suka dan seorang yang sedang memberi suka, kedua-duanya di dalam satu perjalanan yang sama. bercampur-baur. kenangan lama diimbas, kenangan baru dicipta. dua-dua disayang. satu sebagai abang, satu lagi mungkin lebih dari sekarang :)

sejenak

Sejenak melawat blog yang berhabuk ini,
terkenang memori-memori suka dan duka dahulu. 
Mon dah dewasa,
Mon dah go thru berbagai duga,
Good job, Mon. 
You are what you are before. 
But stronger.
:)

Monday, September 30, 2013

Askar Jahanam.



Askar-askar berhabuk dan kotor mati diliang-liang pori. Subur memuncak jerawat sebagai penghormatan atas askar-askar jahanam itu.

Cerpendek #2 : Gwiyomi

Dia datang dengan wajah bengis menuju ke meja hujung situ. Lalu dihayun tangannya ke pipi lelaki itu dan berkata, "kau tak layak buat gwiyomi!".


image

Cerpendek #1 : Roti

"Back off bitch!", kata seorang makcik itu kepada seekor anjing betina yang cuba untuk meragut roti yang baru dibelinya selepas 4 hari mengemis.


image